Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2007

SEDANG BACA - The God Delusion oleh Richard Dawkins

Buku kontroversi. Pasti. Aspirasi penulisnya mahu kumpulan Atheis keluar dari persembunyian, dan bersuara kepada dunia. Dalam prefacenya, beliau mengklaim yang hujah-hujah rasionalnya mampu mengubah seorang believer kepada seorang yang skeptikal dengan kewujudan tuhan, setelah selesai membaca buku ini. Saya fikir agak sombong bila penulisnya menghukum bahawa pembacanya pasti bersetuju dengan beliau. Samaada setuju atau tidak, pembaca juga kritikal dengan hujah beliau. Mahu cari buku yang menjawab beliau, dari kacamata Muslim atau Kristian selepas ini.

Pelangi akan dijadikan syarikat private

Rumor dalam pasaran mengatakan yang PNB akan menjadikan Pelangi syarikat private. Pelangi memang menghadapi masalah. Jualan jatuh dari RM 70 juta dalam tahun 2005, ke RM59 juta dalam tahun 2006. Untung bersih juga jatuh dari RM8.7 juta tahun 2005 ke RM6.7 juta dalam tahun 2006. Mengikut pelangi ini kerana polisi kredit yang lebih cermat, dan juga polisi return baru yang lebih ketat. Dari berita dalam pasaran, kita juga dengar ada pengurus senior yang telah berkhidmat lama, berhenti dari Pelangi, dan ada beberapa muka baru dalam senior management.

Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia 2007

Berita baik buat penggiat buku tempatan - ABKM akan dimulakan semula. Menurut orang lama, anugerah ini terkubur selama beberapa tahun keran tidak ada pihak yang mahu menganjurkannya. Sekarang dimulakan semula. Tidak ada website khusus, hanya ada entri dalam ruang berita laman web persatuan penerbit buku malaysia (MABOPA).

Kedai buku di Malaysia 5 tahun kedepan.

Dalam masa beberapa tahun akan datang ini kita akan lihat transformasi industri retail jualan buku yang besar di Malaysia. Satu trend yang pasti berlaku adalah rempuhan chain bookstore ke kawasan kedai buku independent. Ini sedang berlaku, dan akan menjadi semakin sengit. Trend kedua adalah, beberapa kedai buku tradisional akan berubah menjadi kedai buku moden atas dasar survival, dan baki yang tidak mampu berubah akan menjadi semakin marginal. Trend yang belum berlaku adalah Chain bookstore vs Internet retailer. Mungkin jauh lagi. Faktor pertama adalah perkembangan pusat belibelah (mall) di Malaysia. Chain bookstore duduk dan tumbuh didalam mall. Dalam satu temuramah di BusinessTime hari ini menunjukkan yang potensi untuk membangunkan lebih banyak mall baru, terutamanya di kawasan baru seperti Kuching, KK, Ipoh dan Kelang masih luas. Dan saya percaya bahawa mall developer tidak akan duduk diam dalam tahun-tahun mendatang ini. Q: Do we have enough malls? Where do retailers wish there

Bagaimana buku IT tumbang di kedai buku.

Patah balik ke tahun 1994 - tahun dimana semua orang mula mabuk dengan revolusi internet. Dalam tempoh 2 tahun ke depan, beribu-ribu tajuk dalam bidang IT diimport ke malaysia. Tajuk-tajuk pengenalan popular seperti Outlook dan Office terjual beberapa ribu naskah setiap tajuk. Kedai buku membesarkan rak buku komputer dan IT dengan agresif. Harga bukunya mahal. Jualannya substansial. Datang tahun 1997 dan kehancuran semua jenis dotcom. Semua buku-buku tadi tinggal jadi hiasan dalaman dalam kedai buku. Sehingga hari ini, era jualan buku IT yang mencapai ribuan naskah tinggal kenangan manis, satu era, satu zaman. Hari ini kalau dapat jual 30 naskah satu tajuk juga sudah dikira sangat baik. RIP.

Buku teks 100% percuma - kesan kepada Kedai Buku dan Penerbit (Bahagian 2)

Keputusan ini juga beri impetus kepada pertemuan MABOPA (persatuan penerbit) - MBA (persatuan penjual buku) yang sudah lama tidak berlaku. Antara keputusan paling penting dalam pertemuan ini adalah deklarasi bahawa MBA perlu berubah. Kebanyakkan ahli MBA adalah pekedai buku sekolah. Cabang bisnes utama mereka adalah Buku teks Buku kerja Alat tulis. Kini bisnes buku teks sudah hilang. Dianggarkan bahawa kerajaan membelanjakan tambahan sebanyak rm30 juta untuk melaksanakan skim buku teks percuma 100%. Bermakna jualan pasaran terbuka sebanyak rm30 juta telah hilang dari kedai buku. Tetapi, kerugian yang lebih besar bukan buku teks. Saya mengambil anggaran bahawa ibubapa yang masuk ke kedai buku membelanjakan 3 kali lebih banyak untuk membeli alat tulis, beg sekolah, buku kerja, kamus dan lain-lain bahan untuk anak mereka. Setiap rm1 jualan buku teks, ada rm3 jualan berkaitan yang berlaku. Ini bermakna sebanyak rm 120 (buku teks = rm30 juta dan jualan berkaitan = rm90 juta) jualan setahun