Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2007

Satu semakan semula dengan undang-undang hakcipta sekarang.

Ditulis oleh John Tehranian, Professor Undang-undang, dari University of Utah. Dimulakan dengan contoh sehari-hari, dan diselang seli dengan sinisnya kegilaan kita dengan undang-undang hakcipta sekarang. "By the end of the day, John has infringed the copyrights of twenty emails, three legal articles, an architectural rendering, a poem, five photographs, an animated character, a musical composition, a painting, and fifty notes and drawings. All told, he has committed at least eighty-three acts of infringement and faces liability in the amount of $12.45 million (to say nothing of potential criminal charges). There is nothing particularly extraordinary about John’s activities. Yet if copyright holders were inclined to enforce their rights to the maximum extent allowed by law, he would be indisputably liable for a mind-boggling $4.544 billion in potential damages each year. And, surprisingly, he has not even committed a single act of infringement through P2P file sharing. Such an out

Nanyang buat pusingan (Turnaround?)

Nanyang Press Holding ada beberapa akhbar cina dibawah pengurusannya. Nanyang Siang Pau dengan jualan harian 120,000 naskah, dan China Pres s dengan jualan harian 230,696 naskah. Pada tahun kewangan lepas merekodkan kerugian RM12 juta, tetapi berjaya membuat perubahan dalam suku pertama tahun ini dengan untung RM2.84 juta. Saya fikir selain dari kos kertas (sedikit menurun ke RM2000/ton dari paras RM2300/ton), faktor paling penting adakah komuniti pembaca akhbar cina akan terus menyokong mereka, bila nanyang hampir memonopoli semua akhbar cina. Teman-teman pembaca akhbar cina memaklumkan yang secara umumnya, mereka ini sangat merdeka jiwanya. Mereka akan sokong akhbar yang berani memperjuangkan isu dan masalah kaum cina di Malaysia. Kalau akhbar nanyang menjadi mesin propoganda kerajaan, jumlah pembaca boleh turun dengan drastik - seperti yang berlaku kepada BH dan Utusan. Berita lanjut di Star Business

Lagi Pencetak (dan juga Penerbit) ke Papan Ke-2 Bursa Malaysia.

BHS Industries Bhd akan ke papan ke 2 hari selasa depan. Pengumuman tentang IPO ini sudah ada di laman Bursa Malaysia. Tahniah kepada Pustaka Sistem dan Pustaka Yakin, yang mana merupakan subsidiari kepada BHS. Dari propektusnya, kita boleh lihat bahawa Bisnes percetakan ini sangat kompetatif dan menggunakan kapital yang besar untuk mesin, dan modal kertas. BHS mengimport sendiri kertasnya secara langsung tanpa menggunakan pengedar tempatan. BHS merancang untuk membawa masuk modal baru sebanyak RM18 juta. Akan digunakan untuk membeli mesin cetak dan binder baru, dengan kapasiti lebih besar. Akan mencari pelanggan baru luar negara. 2 imprint utama kumpulan ini, Yakin dan Sistem menyumbang kira-kira 18 peratus dari jualan. Kedua-dua imprint ini terlibat dalam buku teks & buku kerja. Menurut BHS, mereka ada majalah - tetapi saya tidak nampak majalah mereka di pasaran (mungkin tidak popular) Pesaing utama dalam cetakan buku dan majalah adalah Pelangi , Kum, dan Times. Menurut BHS, KumW

Ebook dari Amazon: Cerita paling konkrit setakat ini.

TAMBAHAN Dapat membeli edisi Newsweek, dengan gambar Kindle di muka hadapan. Tiba-tiba bulu roma terasa meremang, dan sejuk. Mungkinkah ini ipod bagi buku yang kita tunggu-tunggu selama ini? ------------------------------- rujuk http://www.newsweek.com/id/70983 "Buku, rupanya satu alat yang sangat hebat" kata Bezos. Setelah buat bertimbun-timbun wang dari Amazon.com, kini beliau mahu mengubah benteng pertahanan analog terakhir - buku. Dari analog kepada Digital. Tak puas baca di web, perlu cari majalah edisi cetak.

Bahan pengajaran percuma untuk tahap sekolah rendah.

Bahan pengajaran percuma (tidak sama dengan buku teks percuma) sudah ada untuk pembelajaran tahap kolej & universiti - antara yang popular adalah siri lecture dari MIT. Kini sudah ada usaha untuk menghasilkan bahan pengajaran percuma untuk sekolah rendah. Free Reading - sumber percuma, open source , dihasilkan secara wiki untuk guru dan pelajar sekolah rendah (prasekolah?). Mereka masih perlu cetak sendiri bahan yang ingin digunakan. Malah kita sudah dengar usaha yang sama di Indoensia, bila kerajaan membeli hakcipta buku-buku teks dan meletakkan bahan-bahan ini online. Ini supaya bahan-bahan ini boleh direplikasi tanpa had oleh guru dan sekolah. Free-Reading is an “open source” instructional program that helps teachers teach early reading. Because it's open source, it represents the collective wisdom of a wide community of teachers and researchers. It's designed to contain a scope and sequence of activities that can support and supplement a typical “core” or “basal” prog