Ada 2 acara dunia yang akan memberi kesan kepada industri media tempatan;
1. Sukan olimpik tahun 2008 di Beijing, dan juga
2. Kejohanan bolasepak Euro 2008.
Bagi penyiar, ini pasti akan menambahkan pendapatan dari iklan mereka. Tetapi dalam masa yang sama, kos untuk mendapatkan hak siaran kedua-dua rancangan dunia ini akan menjadikan belanja operasi meningkat dalam tahun 2008. Penerbit majalah sukan dan seksyen sukan dalam semua akhbar akan memberikan fokus besar kepada acara ini.
Saya belum dengar ada gerakan dari penerbit buku tempatan untuk mengambil kesempatan dari 2 acara ini.
Malah, para bookie juga akan menyambut tahun baru 2008 dengan penuh optimistik.
25 Disember, 2007
2 acara besar yang akan beri kesan kepada industri media tempatan.
Temuramah Computerworld dengan Craig Newmark.
Temuramah oleh Computerworld dengan pengasas craiglist, Craig Newmark. Ada cerita tentang bagaimana beliau dapat idea memulakan craiglist dan motifnya. Kenapa beliau sendiri bertugas di bahagian khidmat pelanggan, bukan sebagai CEO, dijawab dalam interview ini.
Paling menarik adalah pendapat beliau seperti dibawah;
There have been ongoing concerns and criticisms from the newspaper industry that free online ad sites like Craigslist are eating them alive and drastically reducing their revenues. What's your reaction? No one in the newspaper industry seriously says that. I've spoken to a lot of publishers, editors and industry analysts. They say that our site does have a small but measurable effect on classified revenues. But they say the bigger problems are those niche-classified sites which go after the more profitable classified categories, specifically cars and jobs. There's Autotrader.com and Monster.com. Newspapers have much bigger problems. Newspapers are going after 10% to 30% profit margins for their businesses and that hurts them more than anything. A lot of things are happening on the Internet that never happened before because the Internet is a vehicle for everyone. The mass media is no longer only for the powerful, and that's a huge change for the entire newspaper and news industry.
11 Disember, 2007
Akhbar di Malaysia - 2 gerakan korporat.
Ada 2 pergerakan yang signifikan dalam Media & Publishing yang dilaporkan oleh TheEdge edisi 10 Dec 2007, kedua-duanya tentang akhbar.
Pertama, NSTP menjual Malay Mail.
Malay mail dijual kepada Gabungan Kasturi Sdn Bhd. Gabungan kasturi dipegang oleh Datuk Mohd Ibrahim (BluInc), Abd Rahman Ahmad (MD Media Prima), Shahril Ridza (MRCB) dan dipercayai GK adalah terkait dengan kepentingan UMNO.
Selepas penjualan ini, MM dipercayai akan menjadi akhbar gaya hidup & hiburan. Kakitangan MM diberikan pilihan untuk VSS, diserap ke NSTP, atau menyertai BlueInc.
MM pernah mencapai edaran setinggi 70,000 sehari dalam tahun 96, dan kemudiannya jatuh sehingga 20,000 sehari dalam tahun 2006.
Kini, MM dirombak semula untuk memfokus kepada pembaca muda dengan isi hiburan, gaya hidup dan sukan. Menurut pengurusan baru, ini supaya lebih bersinergi dengan BlueInc dan MediaPrima.
Ada banyak sebab yang diberikan tentang kejatuhan MM;
- Cuba menjadi akhbar nasional, dari asalnya akhbar lembah kelang sahaja. Keputusannya, tidak berjaya menjadi akhbar nasional.
- Cuba menjadi akhbar pagi, dan berlawan dengan banyak akhbar nasional pagi. Ini lari dari tradisi asal akhbar petang.
- TheStar menerbitkan seksyen Classified pada akhir 90-an, dengan harga iklan yang lebih murah. Banyak pengiklan lari ke TheStar. MM pernah terkenal dengan seksyen Classifiednya yang penuh dengan iklan kerja, dan jualan produk yang pelbagai.
Kedua, penggabung syarikat media bawah Tan Sri Tiong Hiew King mendapat lampu hijau dari SC.
Gabungan Sin Chew Media Corp, Nanyang Press Holding dan juga Ming Pao Enterprise (syarikat public listed di Hong Kong) diluluskan oleh SC.
Ming Pao akan menjadi holding company untuk kumpulan ini, yang akan mendapat status dual listing - Malaysia dan Hong Kong. Sin Chew & Nanyang akan di delisted dari Bursa.
Kumpulan ini akan menjadi penerbit akhbar bahasa cina terbesar di Malaysia, dan berharap untuk menggunakan platform Ming Pao untuk menembusi pasaran China. Mereka percaya satu hari nanti, kumpulan ini boleh menjadi kumpulan media yang besar dalam bahasa cina untuk pasaran global.
09 Disember, 2007
5 penerbit utama untuk Pendidikan Tinggi
Pasaran buku berasaskan silibus ini bernilai beratus-ratus juta setahun.
Jenis produknya terdiri dari buku teks, buku kerja/revision/rujukan/persediaan peperiksaan, alat bantu mengajar. Secara umumnya, saya tidak masukkan jurnal dan buku profesional, yang lebih fokus kepada practitioner, bukan pelajar.
Kalau kita lihat secara bertahap, buku berasaskan silibus boleh difokuskan kepada tahap dibawah;
- Prasekolah
- Sek Rendah
- Sek Menengah
- STPM/A-level
- Kolej/Universiti.
Bagi tahap STPM, ini diterbitkan oleh penerbit yang punya hubungan antarabangsa - Pearson Malaysia dan Oxford Fajar. Lebih sukar subjek itu, lebih besar penerbitnya.
Jika kita masuk ke peringkat Pendidikan tinggi, majoriti buku-bukunya adalah diterbitkan oleh nama besar seperti ;
- McGraw-Hill
- Wiley
- Taylor-Francis
- Pearson
- Cengage
Inilah satu kelebihan strategik yang dipunyai oleh penerbit antarabangsa. Bisnes penerbitan buku teks kolej/universiti ini stabil, dan konsisten dari tahun ke tahun selaras dengan perkembangan pendidikan tinggi.
Berbanding dengan bisnes buku umum (general book trade), yang sangat bergantung kepada tajuk-tajuk Hit. Jika tahun itu tiada tajuk Hit, maka sangat sukar untuk memberikan prestasi perkembangan yang baik.
Bagi banyak pengimport buku teks kolej & universiti Malaysia, tentangan paling kuat mereka adalah isu pemain dari Singapura. Kebanyakkan penerbit antarabangsa menggunakan syarikat-syarikat di Singapura sebagai agen/pengedar mereka. Walhal, pasaran utama mereka adalah Malaysia (Indonesia & Thailand banyak menterjemah!). Tetapi, harus melalui kutipan tol di Singapura.
Banyak pengimport ini sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk melangkau Singapura, dan mendapatkan hak agensi/mengedar terus ke Malaysia. Mereka percaya, jika diberikan hak terus, mereka dapat menjual lebih banyak buku dan mengutip lebih banyak untung.
Tanda-tanda awal telah mula nampak; contohnya dari segi Pesta Buku. Dalam tahun 80-an, semua perpustakawan, pensyarah dan ahli akademik akan turun ke Singapore Book Fair untuk melihat dan memilih buku terbaru. Kini, semuanya berlaku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Malah, semua agensi/pengedar dari Singapura akan membuka gerai di Malaysia.
Saya doakan kejayaan rakan-rakan dari Malaysia ini.
08 Disember, 2007
Wishlish dari seorang perpustakawan untuk penerbit Ebook
Oleh John Dupois, dari York University, Toronto.
This is what an scitech ebook can be, a good source of information on a topic. Up to date, reviewing the literature, covering a topic comprehensively at multiple skill and knowledge levels, annotatable, sharable, copy and paste-able, blogable, citable, authoritative yet responsive and mashupable. We need to reimagine the scholarly monograph in the scitech fields, to find a business model that works, that rewards creators and meets the needs of readers. If it's something I'm going to pay for it needs to be better and easier to use than the free web, although I'm not sure I yet understand how I would evaluate that. Certainly, there has to be a compelling reason that students and researchers would use it rather than the free web, and I'm not sure what the range of those compelling reasons is yet either.
Dan 9 poin lagi didalam blog beliau. Menarik untuk diperhatikan bagi penerbit Ebook. Ini terutamanya soal model, harga, dan isi kandungan.
Saya sendiri selalu membayangkan Ebook itu sama seperti buku yang saya baca dalam edisi cetak. Pendapat beliau ini menarik, dan menimbulkan soalan "dimana status pengarang asal" jika bukunya sudah menjadi mashable?
Penerbitan konvensional - satu model zaman dinosour?
Setelah 7 tahun terlibat dalam bidang penerbitan, saya melihat banyak perkara yang kami buat dalam industri ini sangat kuno sifatnya. Praktis yang dianggap lazim dalam industri ini, hampir sahaja sudah tidak diterima dalam industri lain. Malah, dalam industri lain, pemain yang mengamalkan praktik kuno ini pasti sudah punah.
Saya sendiri terfikir, kenapa praktik kita terlalu ketinggalan. Selalu kami membuat jenaka, "pandainya penerbit itu hanya setakat dari dapat monuskrip, hingga siap cetak. Lepas itu semua jadi bodoh". Banyak orang luar yang tidak duduk dalam industri ini, tidak tahu 'cerita dalam' industri ini.
Semua amalan ini, seolah-olah direka untuk memastikan tidak ada pemain baru yang dapat tumbuh dan hidup - kecuali yang yang benar-benar gigih. Memastikan monopoli pemain sedia ada tidak digugat, atau memastikan pemain baru mati dalam tempoh terpendek. Dalam jangka masa panjang, kita lihat sedikit sekali kreativiti dan inovasi dalam dunia penerbitan buku tempatan - semuanya mati ditengah jalan.
1. Diskaun dagangan (trade discount) hampir 50%.
Separuh dari nilai buku yang diterbitkan hilang kepada kos distribusi. You lose half of your book value upfront!
Malah bagi penerbit baru, ada yang kena diskaun sehingga 60%. Dalm kategori buku-buku komoditi seperti buku mewarna, buku agama asas - diskaun dagangan boleh naik setinggi 70%. Apa yang tinggal untuk penerbit?, dan berapa pula pengarang dapat dalam situasi begini (biasanya dibayar Lump-sum sahaja!).
Akhirnya, kita dapat lihat yang kualiti buku kanak-kanak tempatan, dari segi inovasi, kreativiti, dan kualiti penulisannya, jatuh teruk. Penerbit yang serius tidak mahu memasuki pasaran ini kerana tidak mahu menerbitkan buku dengan tiada untung. Hanya penerbit terbang malam (fly-by-night) atau one-man-show sahaja yang sanggup buat buku kategori ini. Penulis yang berkualiti juga tidak mahu dibayar dengan harga rendah untuk menulis karya yang baik.
Sukar kita cari praktik diskaun dagangan buku dalam industri lain. Ramai teman-teman dari sektor lain yang geleng kepala bila kita buka cerita pengedaran buku. Saya tidak tahu siapalah yang membuat preseden ini waktu-waktu awal dahulu. Kalau kita rujuk buku bisnes, kebiasaan yang lazim bagi barang yang purata inventory turnover-nya sekitar 6 bulan, margin setakat 40% sahaja diperlukan dalam distribusinya - bukan 50% dan keatas.
2. Tempoh kredit sangat panjang - antara 90 hingga 180 hari itu normal!
Dalam industri ini, jika anda dibayar antara 3 hingga 6 bulan itu normal. Malah sangat beruntung jika mendapat bayaran tepat masa kredit. Banyak masalah penerbit di Malaysia, adalah bersangkutan tempoh kredit, dan kutipan hutang (poin 3).
Kesan utama kepada penerbit (dan memberi kesan juga kepada bayaran royalti pengarang) adalah kelemahan aliran tunai. Secara teorinya, bagi kredit 90 hari, penerbit hanya dapat mengutip bayaran maksimum setakat 75%, dari jumlah jualan tahun itu. Bakinya hanya boleh dikutip bila invois telah matang dalam tahun hadapan.
Contoh;
Jualan tahunan RM100,000.00
Kredit 90 hari.
Hanya 75% boleh dikutip dalam tahun itu, iaitu RM75,000.00. Bakinya hanya akan matang dalam kuarter satu tahun hadapan.
Baki RM15,000 itu, mesti dibiayai oleh penerbit sendiri sementara menunggu tahun depan.
Lebih parah, semakin besar jualannya, semakin besar defisit yang perlu ditanggung oleh penerbit setiap tahun (kalau jualan RM1juta, kena biaya defisit RM250,000 setahun).
Jika tempoh kreditnya 6 bulan, maka hanya 50% sahaja jualannya boleh dikutip dalam tahun itu? Manakala kos-kos cetak, gaji, dan sebagainya tetap mesti dibayar pada hujung bulan. Gaji staf tidak boleh guna IOU.
Dalam industri lain, kredit hanya dalam lingkuang 14 hingga 30 hari sahaja. Ini memungkinkan jumlah kutipan setinggi 90% dari jualan tahunan. Khabarnya, kontrak kerajaan lebih parah, tetapi itu cerita lain-lah.
3. Penerbit tidak dibayar.
Buku itu baik sifatnya, pengarang buku juga ramai orang baik-baik, tetapi bila masuk ke penerbitan dan penjual buku - panjang ceritanya.
Sampai hari ini industri penerbitan buku masih belum dapat mewujudkan satu biro kredit berpusat untuk menilai rekod kredit penjual buku. Semua masih berdasarkan rujukan peribadi yang rata-rata kurang profesional sifatnya. Tanpa biro kredit berpusat, penjual buku yang jahat boleh dapat kredit dari penerbit baru yang belum lagi 'kenal' dengan perangai mereka itu. Ada nama-nama yang 'terkenal' harum dalam industri ini - hanya anda perlu jadi orang dalam untuk tahu.
Malah ada penjual buku yang menggunakan gangster bila dituntut hutangnya oleh penerbit. Tanya sahaja kepada salesman dan penerbit lama, mereka ada pelbagai cerita bagaimana mereka ditipu.
Tanpa ada biro kredit berpusat yang kuat, penerbit perlu berhati-hati dan menilai secara sangat konservatif nilai kredit setiap penjual buku itu. Penerbit tidak dapat 'scale up' rangkaian distribusinya dengan baik. Dan, penjual buku yang jahat ini terus-menerus menipu orang-orang baru dalam industri.
Bank dan Utiliti umpamanya sudah lama menggunakan database kerajaan & swasta seperti FIS, CTOS, BRIS untuk membuat semakan kredit, dan menyenarai hitam peminjam yang bermasalah.
Penerbit buku masih lagi dalam zaman batu dan ditipu, tanpa ada sistem saringan kredit yang baik. Malah penjual alat-tulis dan kedai motor sudah menubuhkan biro kredit mereka sendiri. Dan penerbit sentiasa fikir mereka itu 'orang pandai-pandai'.
4. Return 100% kepada buku yang tidak boleh dijual.
Penjual tidak menanggung apa-apa risiko jika buku tidak dijual di kedai. Penjual boleh memulangkan 100% stok yang tidak laku. Stok return ini perlu ditelan oleh penerbit dan juga pengarang (pengarang tidak telan langsung, tetapi royaltinya dipotong atas buku return).
Return boleh dibuat selepas 12 bulan, malah kami pernah dapat buku yang dipulangkan selepas 3 tahun. Waktu itu kos cetak, dan royalti sudah dibayar 100%. Bila buku dipulangkan, penerbit mesti bayar semula wang penjual buku.
Kami terasa, pengedar tidak ada insentif kuat untuk menjual sesuatu tajuk itu, kerana mereka sama sekali tidak menanggung risiko, jika tajuk itu tidak laku. Untuk adil kepada penjual, mereka perlu tanggung kos gaji, servis, dan sewa kedai yang tinggi. Jangan ambil penyataan saya luar dari konteks.
Bagi penerbit baru, return boleh membunuh mereka. Bayangkan jika 20-30% buku yang anda jual ke kedai buku dipulangkan semula? Membuat provisi untuk return ini adalah salah satu kos tersembunyi yang menyebabkan buku menjadi mahal kepada pembaca. Tetapi, tanpa provisi ini, kami penerbit pula boleh mati.
Oleh itu, penerbit membuat strategi menerbitkan banyak tajuk, untuk memastikan kegagalan mana-mana satu tajuk tidak membunuh mereka sama sekali. Spread the risk.
05 Disember, 2007
Teater pendek masa depan pembacaan.
The Future of Reading (A Play in Six Acts), oleh Mark Pilgrim boleh dikatakan sebagai mash-up beberapa petikan dari Jeff Bezos, Richard Stallman, George Orwell, dan juga terma perkhidmatan Kindle sendiri - yang banyak kontradiksi antara satu sama lain.
Jeff memakai topi aktivis, dan bila beliau memakai topi businessman dibawah.
Act I: The act of buying
When someone buys a book, they are also buying the right to resell that book, to loan it out, or to even give it away if they want. Everyone understands this.
Jeff Bezos, Open letter to Author’s Guild, 2002
You may not sell, rent, lease, distribute, broadcast, sublicense or otherwise assign any rights to the Digital Content or any portion of it to any third party, and you may not remove any proprietary notices or labels on the Digital Content. In addition, you may not, and you will not encourage, assist or authorize any other person to, bypass, modify, defeat or circumvent security features that protect the Digital Content.
Amazon, Kindle Terms of Service, 2007
