Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2008

Steve Job bilang Kindle 'tak boleh jual'

Dari New York Times (NYT), dalam seksyen teknologi. Steve Job bilang Kindle 'tak boleh jual'.

Petikan wawancara beliau - “It doesn’t matter how good or bad the product is, the fact is that people don’t read anymore,” he said. “Forty percent of the people in the U.S. read one book or less last year. The whole conception is flawed at the top because people don’t read anymore.”

Sebagai peminat buku, saya terpaksa berbeza pendapat dengan beliau.

Tetapi, saya juga sedar bahawa remaja hari ini sudah punya gaya membaca mereka sendiri. 20 tahun dari sekarang, 'gaya' mereka itu akan jadi mainstream. Kita harus cuba memahami apakah 'gaya' itu.

Kurangnya buku kanak-kanak berkualiti di Malaysia

Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia 2007 akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini. Panel hakim sedang bermesyuarat tentang anugerah untuk ini untuk menentukan pemenang itu. Ada kategori yang pada pendapat saya kurang dicalonkan – kanak-kanak & remaja. Kesannya, sampel yang dinilai oleh panel hakim agak terhad.

Ada beberapa sebab yang kita boleh sangkakan berlakunya fenomena ini.

Satu, untuk satu anugerah yang sudah lama dorman, ini agak lazim berlaku. Momentum dan nilai berita yang dibina dari anugerah ini perlukan sedikit masa untuk sampai ke industri. Seterusnya, akan ambil masa sebelum industri respon dan mencalonkan buku-buku mereka.

Kedua, yang pada pendapat saya lebih penting adalah kurangnya karya yang diterbitkan oleh industri dalam satu-satu kategori itu. Atau, jika sekalipun banyak karya diterbitkan dalam kategori ini, tetapi kualitinya tidak layak dicalonkan untuk anugerah kebangsaan.

Sebab kedua ini lebih berat, industri buku sudah lama mengamalkan terma-terma yang sebenar…

Google Book Search - Beli buku secara langganan.

Melalui perbincangan dengan seorang teman dalam tim Google Book Search (cuba books.google.com), saya mendapat tahu yang GBS akan mula menjual hak akses secara online.

Kalau mengikut maklumat awal, GBS tidak akan menjual kepada pembaca hak 'kekal'. Mereka akan menjual kepada pembaca hak untuk 'melanggan' (subscription) sesuatu buku itu bagi tempoh tertentu.

Saya tidak pasti kenapa model 'langganan' yang digunakan. Mungkin juga kerana perkara ini masih baru, oleh itu google cuba untuk bereksperimen secara selamat. Dengan hak melanggan, jika ada masalah di kemudian hari, google boleh keluar dari kontrak setelah hak langganan tamat, contohnya selepas 6 bulan.

Pembaca perlu ada akaun gmail sendiri. Buku yang anda telah beli akan duduk dibawah MyLibrary (atau mekanisma yang serupa), dan boleh diuruskan dari sini.

Menurut beliau, ini akan berlaku dalam tempoh 3 hingga 6 bulan dari sekarang.

Harga jualan edisi digital ini akan ditentukan oleh penerbit. Tetapi, google juga …

Musik digital - cara kehadapan.

Satu temuramah dalam InTech bersama Sandy Monteiro, VP Digital untuk South-East Asia bagi Universal Music.

Antara poin yang menarik dalam temuramah ini
Universal music kini diuruskan sebagai digital music service provider.Universal berkembang 6%, dimana industri musik tempatan jatuh 15%. Kebanyakkan perkembangan ini datang dari sektor digital.Menurut beliau, bukan cetak rompak yang menjadi masalah utama, tetapi kurang pelaburan dalam bakat baru.Universal berjaya mendapatkan perstujuan dari telco untuk revenue sharing yang disemak semula.Semua pihak yang terlibat seperti artis, recording studio, penerbit musik, dan telco mahukan persen masing-masing - dan ini masih dibincangkan dengan hangat.Masadepan musik digital di Malaysia terletak pada Handphone, kita tidak ada servis seperti iTunes. Bisnes ringtone kini bernilai lebih dari RM100 juta setahun. Usaha MCMC untuk mencegah cetak rompak dalam download handphone akan menguatkan lagi bisnes ini.Dan, artis download paling popular untuk pas…

Dua isu utama dalam soal ebook.

Lihat kepada gajet Amazon terpanas tahun ini - Kindle. Kindle sudah jadi posterboy dalam majalah Newsweek, sudah jadi bahan debat dalam internet, dan sudah ada fanboy yang fanatik seperti kumpulan Mac/iPod/iPhone. Maknanya Kindle sudah ada peminatnya (malah saya sendiri mahu satu unit Kindle jika ada dijual di sini)

Satu petikan yang sangat terkesan pada saya adalah pendapat Bill Hill, dari Microsoft yang mengkaji soal bagaimana kita membaca dalam medium digital ini. Menurut beliau, proses menerbitkan buku ini sangat tidak efisyen, membazirkan tenaga, dan menggunakan terlalu banyak sumber alam.

Kita tebang pokok, angkut ke kilang, hancurkannya menjadi pulpa. Dari pulpa ini, dihantar ke kilang lain dan dibuat kertas. Kertas ini dihantar ke kilang pencetak, dimana kita menggunakan dakwat berasaskan kimia & petroleum, digam, dijahit, dan akhirnya barulah jadi sebuah buku.

Kemudian beliau bertanya "Adakah anda fikir kita akan terus buat benda yang sama ini dalam masa 50 tahun dari …

Rancangan media Sin Chew-Nan yang untuk menjadi kuasa media dalam bahasa cina

Penggabungan empat akhbar bahasa cina dibawah kumpulan media baru ini diharapkan menjadi satu kuasa global dalam media bahasa cina.

Sasaran seterusnya adalah untuk membangunkan stesen TV dan Radio dalam bahasa cina untuk melengkapkan spektrum penerbitan mereka.

Ming Pao akan menjadi platform akhbar dan majalah untuk memesuki pasaran bahasa cina di China dan juga Amerika Syarikat.

Tan Sri Tiong Hiaw King akan kekal menjadi executive chairman kumpulan ini selepas penggabungan dan penyenaraian semula.

Nama baru kumpulan ini ialah Chinese Media International Ltd, yang bakal disenaraikan secara dual listing di Malaysia dan Hongkong.

Berita dari Theedge disini. Kita akan perhatikan 3 tahun dari sekarang, samaada rancangan ini dapat menjadi kenyataan, atau sekadar berita untuk harga saham.

Rombakan pengurusan dalam satu kedai buku utama.

Berita terbaru yang belum rasmi mengatakan bahawa akan berlaku rombakan besar dalam satu rangkaian kedai buku paling tua di Malaysia. Pengumuman penuh akan dibuat oleh CEO kumpulan ini pada 15hb atau 16h Januari 2008. Beberapa posisi utama dalam kumpulan ini akan digantikan dengan muka-muka baru.

Semoga rombakan ini memberikan kekuatan baru kepada gergasi buku ini. Saya pasti, pasukan baru ini akan menghadapi tugas berat.
Rangkaian ini sudah ketinggalan dari segi bilangan outlet yang dimiliki berbanding pesaing utama mereka. Buat masa ini, kehadiran kedai ini di bandar-bandar sekondari yang pesat berkembang hampir-hampir tidak ada sama sekali.Mereka mengalami masalah kehilangan kakitangan berpengalaman dan mahir, kepada kedai buku baru luar negara.Kumpulan ini lambat mengambil kesempatan atas peluang-peluang pasaran baru seperti pembaca buku bahasa Melayu, dan buku bahasa Cina - dalam kata lain, terikat kepada model bisnes lamanya yang hanya memberi tumpuan kepada pembaca buku bahasa In…

Ramalan saya untuk industri buku Melayu dalam tahun 2008

Ramalan saya untuk industri buku Melayu dalam tahun 2008 adalah seperti berikut;

1. Malay novel : Down.
Kalau melihat kepada trend jualan novel Melayu secara keseluruhan, saya akan khuatir dengan pasaran novel melayu. Saya fikir kita perlu buka genre baru yang segar, untuk tarik pembaca keapda novel Melayu. Antara genre yang saya fikir boleh menjana kembali perkembangan novel Melayu adalah Thriller. Untuk membangunkan genre baru ini memerlukan minimum masa 3 tahun, sehingga kita ada kuantiti judul, penulis dan penerbit yang cukup untuk mencapai inflection point.

2. General book/Motivational/Self-help : Flat.
Kategori ini sebenarnya tidak mencatat perkembangan yang baik dalam tahun 2007. Saya juga jangka kemarau ini akan berterusan dalam tahun 2008. Industri sebenarnya menunggu bintang baru yang boleh menarik minat pembaca seperti mana daya tarikan Dato Fadzilah Kamsah pada masa lepas.

3. Business book : Flat
Sama seperti ramalan nombor 2, kemarau ini berterusan dari tahun 2007 ke tahun 2008…

Siapa berhak kepada royalti buku Mao?

Berita dalam BBC, tentang legasi Mao dalam bentuk royalti bukunya yang bernilai lebih kurang USD17 juta sekarang. Buku dan artikel tulisan mendiang Mao Zedong diterbitkan dalam negara China, dan juga diterjemahkan ke dalam beberapa negara luar.

Persoalan utama disini adalah berkaitan dengan hak cipta karya tersebut, adakah ia milik peribadi penulis (Mao), ataupun hak negara kerana beliau adalah kepala negara pada masa tulisan itu.

Parti komunis menganggap semua tulisan beliau sebagai hak negara, kerana tulisan itu adalah kebijaksanaan yang dipelajari oleh parti, dan dikonkritkan dalam bentuk tulisan oleh Mao, sebagai kepala parti komunis. Selain itu, parti jugalah yang memberi peluang kepada Mao untuk menjadi penulis selebriti super, dengan mengagung-agungkan personalitinya kepada rakyat China.

Sehingga kini buku kecil warna merah koleksi ucapan-ucapan Mao sudah dicetak melebihi 1 billion naskah (bakal mencabar kedudukan Al-Quran dan juga Injil), dan masih menghasilkan royalti.

Inspirasi…

Kedai buku disamun

Kali pertama saya baca sepanjang 7 tahun terlibat dalam industri ini. Kejadian ini berlaku di Jusco 2, Seremban. Samun ini menggunakan senjata api.

Ada dua outlet buku disitu : MPH & Popular. Dan kedua-duanya adalah kedai yang aktif yang mempunyai jualan yang baik.

Rujuk ke berita dalam utusan (dengan wajah baru).