24 Mac, 2009

Harakah, Tempat Mengiklan Buku Agama.

Bila Harakah kena gam atas alasan melapor berita yang salah, sensasi dan sensitif (istilah baru - 3S) maka program pengiklanan buku agama juga tersangkut. Oleh kerana pembaca Harakah adalah sumber yang mapan dalam membeli buku agama, maka banyak penerbit mengiklankan buku gama dan politik mereka di dalam Harakah.

Alasan 3S itu alasan Pak Menteri. Tetapi ramai membacanya sebagai tanda kurang keyakinan di pihak BN dalam menghadapi pilihanraya kecil.

Saya menjangkakan dengan pengharaman selama 3 bulan, Sinar terbitan Karangkraf akan mendapat limpahan pembaca Harakah dan Suara Keadilan. Sinar tinggal satu-satunya akhbar popular yang berani memaparkan berita secara neutral dalam bahasa Melayu.

Bagi Harakah sendiri, ini mungkin masa terbaik untuk menguatkan edisi online mereka yang selama ini agak ketinggalan berbanding laman lain seperti malaysiakini edisi bahasa Melayu. Harakah online mempunyai potensi besar untuk mencapai kepada kumpulan pembaca muda, yang rata-rata bergantung kepada internet untuk sumber berita. Masa 3 bulan ini membolehkan mereka melihat secara dalam strategi mereka untuk media baru.

17 Mac, 2009

Read malaysia, Gramedia dan Mines Mencari Pembaca Buku Melayu

Pihak pengurusan Malaysia International Exhibition and Convention Centre (MIECC) akan menganjurkan satu pesta buku yang dipanggil Read Malaysia 2009 pada 29 Mei hingga 7 Jun.


Sebanyak 120 gerai dialokasi untuk buku bahasa Melayu, dan sejumlah lain untuk bahasa Inggeris dan juga bahasa Cina.

Pihak pengurusan MIECC mendapat keyakinan untuk menganjurkan Read Malaysia 2009 selepas melihat kejayaan mereka dalam menganjurkan World of Chinese Bookfair ditempat yang sama selama beberapa tahun. World of Chinese Bookfair dikunjungi oleh 400,000 orang pembaca dalam tahun 2008. Cukup berjaya untuk pesta buku tempatan yang hanya mensasarkan kepada pembaca bahasa Cina.

Atas keyakinan ini, Read Malaysia cuba untuk meluaskan pasaran MIECC kepada pembaca buku bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan menganjurkan pesta buku ke-2 di tapak yang sama.

Setelah 2 kali pertemuan di buat dengan kumpulan penerbit tempatan, masih sukar untuk mendapatkan penyertaan dari penerbit buku bahasa Melayu. Sebab utama, persepsi bahawa Mines itu lokasi jualan buku bahasa Cina sahaja - buku lain tak boleh jual. Kumpulan penerbit bahasa Melayu dan Inggeris meminta jaminan bahawa akan ada pembaca bahasa Melayu dan Inggeris di Read Malaysia nanti.

Penganjur mengakui hakikat ini, bahawa persepsi itu yang paling sukar diubah.

Untuk cuba mengatasi masalah ini, mereka telah meletakkan belanja pengiklanan yang agak besar di media bahasa Melayu, yang bakal meliputi radio, akhbar dan juga TV. selain itu, mereka juga menyediakan kemudahan yang mesra pengunjung islam seperti surau dan gerai-gerai makanan yang halal. Sebagai kepalanya, mereka sedang cuba mendapatkan artis yang ternama untuk menjadi duta kepada pesta buku ini. Antara nama yang dicadangkan kepada penganjur ialah Datuk Siti Nurhaliza.

Diharapkan dengan taktik pengiklanan yang agresif ini, Read Malaysia dapat menarik pembaca Melayu dari kawasan UPM, UKM, Cheras, Putrajaya, Bangi, Kajang dan Hulu langat untuk datang ke Mines.

Dari perspektif penerbit pula, saya percaya sudah sampai masanya ada satu lagi pesta buku yang besar untuk buku-buku tempatan. Oleh kerana Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur itu dianjurkan secara sukarela oleh industri, maka kita mesti melihat kepada event organizer komersil untuk menganjurkan pesta buku yang baru.

Kita lihat yang 2 pesta buku bahasa Cina (Popular bookfest, KLCC dan World chinese bookfair, MIECC) boleh memberikan pulangan yang baik kepada para pempamer. Malah untuk pasaran buku bahasa Inggeris yang bertumpu di Petaling Jaya/Damansara ada sekurang-kurangnya 2 pesta buku yang besar (ada MPH warehouse sale, Times warehouse sale dan saya pasti juga akan ada Borders warehouse sales tahun ini). Pasaran buku Melayu yang jauh lebih besar, pasti boleh menampung 2 atau 3 pesta buku besar setahun.

Kumpulan penerbit buku agama sudah lama menyatakan perkara ini, apabila melihat kejayaan Pesta Buku Islam Indonesia yang sudah berlangsung selama 8 tahun. Mereka juga berhasrat untuk menganjurkan satu pesta buk yang serupa di masa akan datang.

Kita yakin yang pasarannya itu ada. Yang menjadi cabaran sekarang ialah siapa yang mampu menganjurkan pesta buku ke-2 yang berjaya. Mungkinkah MIECC mampu merubah persepsi pembaca melayu?

Percubaan MIECC ini juga akan memberikan kesan satu rangkaian kedai buku bahasa Melayu yang baru memasuki pasaran Malaysia - Gramedia bookstore. Gramedia bakal melancarkan kedai buku mereka seluas 20,000 kaki persegi di Mines shopping center. Jika Read Malaysia berjaya membawa pembaca Melayu ke Mines, maka tugas Gramedia memperkenalkan kedai buku mereka di Mines juga akan menjadi lebih mudah.

Bagi pihak pembaca, perang pesta buku di kuala lumpur tahun ini akan memberikan mereka pelbagai pilihan dan tawaran diskaun. Ada banyak rahmat disebalik krisis ekonomi ini kepada pembaca. Semua penerbit dan ekdai buku terpaksa menggandakan usaha promosi dan pemasaran mereka untuk memastikan industri ini terus berkembang sihat.

15 Mac, 2009

Lebih Dari RM3 Bilion Untuk PPSMI, 80% Buat Beli Komputer.

Rujuk kepada kenyataan menteri dalam TheStar


Lebih dari RM 3 Billion dibelanjakan untuk  PPSMI

Dari jumlah ini;
  • RM 2.4 B atau 80% untuk beli komputer (ICT).
  • Kemudian, RM3.7 juta untuk latihan dan RM6.1 juta untuk insentif guru. Jumlahnya RM 9.8 juta guru. Hanya 0.3 %. 
  • Ada lagi 19.7% atau RM591 juta  yang tidak dinyatakan dalam laporan TheStar ini. 
Soalan satu; Berapa banyak yang dibelanjakan untuk melatih dan memperlengkapkan guru bahasa Inggeris sendiri? Saya tidak dengar sama sekali ada pakej memperbaiki latihan dan insentif cikgu bahasa Inggeris sepanjang 6 tahun ini. Padahal inilah kemahiran dan tugas hakiki mereka. 

Soalan dua; jika jumlah yang sama dibelanjakan untuk memperbaiki kelas bahasa Inggeris (dan bukan dibelanjakan untuk merosakkan kelas Sains & matematik yang sudah sedia berjaya itu), apakah keputusan yang boleh dicapai dalam standard pengusaan bahasa Inggeris pelajar kita? Buatkan satu kajian dalam tesis ini.

Soalan tiga; kenapa banyak sangat dibelanjakan membeli peralatan (hardware), dan terlalu sedikit yang pergi ke latihan dan guru? Adakah belanja latihan guru tak memberi keuntungan?

Sila wakil-wakil Parlimen tanya soalan ini kepada pak Menteri itu dengan bersungguh - sungguh. Saya amat khuatir, ada agenda lain disebalik dasar PPSMI ini. 

Kelihatannya bukan mereka sibuk kepada latihan sumber manusia, tetapi belanja besar beli komputer rupanya (buat-buat terkejut dengan kesimpulan ini untuk lebih dramatik).

Orang bisnes kata, follow the money!

11 Mac, 2009

Lebih Banyak Pesta Buku Akan Dianjurkan Tahun Ini.

Kepada peminat buku, anda akan dapati lebih banyak pesta buku tahun ini. 


Di peringkat kebangsaan, setakat ini yang saya sudah tahu ada;
a) Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumput, PWTC dalam bulan April
b) Pesta Buku ReadMalaysia2009 di Mines Convention Center, dalam bulan Mei nanti.
c) Popular Book Fest @ KLCC yang khabarnya dalam bulan Ogos, tapi saya belum pasti.
d) dan untuk pembaca bahasa Cina, World Chinese Book Fair di Mines convention Center dalam bulan November nanti.

Ini belum lagi pesta buku yang masih saya dengar sebagai desas-desus tapi belum nampak apa-apa maklumat lagi,
a) SmartKids
b) ada juga khabarnya satu pesta buku kanak-kanak akan dianjurkan di PWTC 

Dan yang paling hampir seperti dalam email teman saya dibawah,

------------------------------

Arief,

Appreciate you can spread the good news to your contacts?

MPH will be having the largest MPH clearance sale with the widest range of books and related products starting from Sat. 14/3- 22/3/2009

Venue: Mayang Plaza,PJ
( former Lim Kok Wing Institute)
Jln SS26/2, Tmn Mayang Jaya, PJ
Clearance sale Hotline 016-6073733

This clearance is specially held during the entire March school holidays to enable outstation customers and family to also enjoy the savings.

Shop smart, invest in reading habits

Warm Regards
CP Lua
General Manager
MPH B.E.S.T

FAQ Mudah Untuk Bapak Menteri Tentang PPSMI.

Bapak Menteri masih lagi buat tak faham, atau sengaja tidak faham kenapa ramai orang mebantah dasar PPSMI. 


Mungkin betul dia kurang faham. Maka atas dasar berbaik sangka, saya cuba buatkan satu FAQ mudah.

Saya tahu bahawa soal bahasa ini sensitif. Tetapi, jangan campur aduk pemikiran kita dalam hal ini dengan prejudis peribadi, emosi, sampah kolonialisma, dan minda terjajah.

Dari pemerhatian saya, yang menyokong hanya beberapa kerat sahaja, dan hampir semua atas sebab yang emosional - 'Nanti kita ketinggalan' atau 'Nanti anak kita tak boleh belajar sains dan teknologi sebab semua buku dalam bahasa Inggeris'. Kalau penyokong PPSMI ramai sangat, sila tunjukkan diri anda dengan cara demokratik, pergi berarak supaya anda boleh dibilang. Saya belum jumpa penyokong yang objektif, atas sebab mahu memperbaiki pengusaan bahasa Inggeris anak kita.

Berkali-kali kumpulan GMP menjelaskan bahawa kita bukan anti bahasa inggeris. Semua tokoh-tokoh yang kedepan dalam GMP itu cakap, belajar, baca buku, berdebat dan menggunakan bahasa Inggeris. Konsumsi bahasa Inggeris mereka jauh lebih banyak dari pengguna purata di Malaysia. Mustahil mereka itu 'anti bahasa inggeris'. Tetapi, kita faham bahawa bahasa Inggeris ini satu alat, bukan ideologi.

Yang kita mahu dengar ialah pemikiran yang rasional dan objektif dalam debat ini. Pemikiran yang boleh faham konsep 'cara terbaik mengajar bahasa ialah dalam kelas bahasa'. 

Saya doakan Pak Menteri saya mendapat  kecerahan dalam hal ini. Kalau kurang kecerahan, saya cuba jawap debat mudah (tetapi sengaja dikusutkan dengan round table, mengusik markah peperiksaan dan cakap-cakap rasis)  ini dengan cara FAQ dibawah;

--------------

1. Kenapa penguasaan bahasa Inggeris jatuh?

Soalan mudah, apa sebab penguasaan bahasa Inggeris turun di sekolah?

Jawapan mudah, kerana kualiti kelas bahasa Inggeris jatuh teruk. Habis. 

Sampai hari ini, selama 6 tahun, saya langsung tidak dengar sama sekali cadangan dari Menteri bagaimana beliau mahu menaiktaraf kelas bahasa Inggeris di sekolah. 

Masalah ini tidak sepatutnya timbul setelah 50 tahun merdeka. Dengan pemantauan kualiti (QC) yang betul, kita sepatutnya sudah berjaya menghasilkan guru, alatan mengajar dan pedagogi yang betul untuk mengajar bahasa Inggeris di sekolah. 

Probing question, kenapa kita masih gagal mengajar bahasa Inggeris dengan betul dan berkesan selepas 50 tahun?

Seterusnya, apa sudah jadi dengan jabatan pengajaran bahasa Inggeris di kementerian?

Apa sudah jadi di universiti dan kolej perguruan yang menghasilkan graduan dalam TESL/ELT?

Adakah kita tidak memberikan sumber yang cukup kepada guru, institusi latihan dan program pengajaran bahasa Inggeris kita?

Bapak Menteri kita nampaknya tidak ada kekuatan mental dalam bertanyakan soalan-soalan probing yang pergi kepada dasar masalah ini.

Sebaliknya, kita pilih jalan mudah, humban wang rakyat ke dalam longkang (atau ke poket orang tertentu) menjalankan satu eksperimen yang tidak viable.  

Jika kita ada kebijakan untuk membuat probing questions tadi dan seterusnya melabur dalam membetulkan/naik taraf  kelas bahasa Inggeris di sekolah, pulangan yang kita akan dapat pasti jauh lebih superior - lebih cepat, lebih cost efective.


2. Apa cara nak belajar bahasa Inggeris yang betul?

Senang, masuk dalam kelas bahasa Inggeris yang baik. Yang ada cikgu yang bagus, yang cukup masa pengajarannya, yang metod pembelajaran yang seronok dan berkesan.

Bagi yang tak faham juga, saya bagi satu contoh sinikal dalam kehidupan sehari-harian kita. 

Satu hari ada orang datang jumpa saya dengan soalan, "saya nak belajar bahasa Zulu, macam mana nak buat ye?"

Maka saya yang bijak ni jawap,  "Kau pergilah masuk kelas sains dan matematik dalam bahasa Zulu, mesti kau cepat pandai cakap Zulu".

Kalau anda pun percaya hujah bijak saya dalam contoh Zulu diatas, anda pasti sama bijak macam saya. Nasib baik banyak kelas-kelas bahasa swasta (jenis kena bayar kalau nak masuk tu) yang kurang bijak di Malaysia ini tak guna kaedah Zulu saya. Mungkin itu sebab mereka maju dalam bisnes language class mereka. 

Bayangkan kalau tokeh-tokeh kelas itu mengamalkan kaedah Zulu saya yang bijak tu!

Sekolah? itu lain, mereka semua kena paksa pakai kaedah Zulu saya yang bijak tu.


3. Sebab apa tak boleh ajar bahasa Inggeris dalam kelas matematik dan sains?

You cannot teach grammar, vocabulary or literature in maths or Science class. Ada faham prinsip asas ini?

Pergi tanya cikgu bahasa inggeris apa maksud jawapan saya diatas tu.


4. Kemajuan mesti menggunakan bahasa Inggeris.

Ini satu aliran pemikiran yang simplisitik, yang sangat lemah. 

Orang - orang ini menafikan bahawa ada banyak faktor yang menjana kemajuan ekonomi, teknologi dan budaya begitu banyak negara di dunia. Dinamik faktor-faktor bukan bahasa Inggeris ini lebih penting dalam menjana kemajuan kita.

a) Ada banyak negara mundur/miskin, menggunakan bahasa asing di dalam sistem pendidikannya (dan banyaknya bahasa Inggeris). Rujuk banyak negara di benua afrika. Kesimpulan, Bahasa Inggeris semata-mata tidak boleh jadi bahasa kemajuan. Malah, ini boleh jadi commmon factor yang menyebabkan kemunduran dalam pendidikan mereka, dan akhirnya membawa kemiskinan dalam ekonomi mereka.

b) Ada banyak negara maju di dunia, Jepun, Korea, finland, German dan lain-lain yang secara dominan menggunakan bahasa mereka sendiri. Mereka maju dari segi teknologi, kaya dari segi ekonomi, dan memiliki kebudayaan yang tinggi. Kesimpulan, bahasa Inggeris semata-mata tidak boleh menjadi bahasa kemajuan. Malah, penggunaan bahasa ibunda di negara maju itu mungkin common factor  kemajuan pendidikan , dan seterusnya ekonomi dan budaya mereka.

Menggunakan alasan mahu maju mesti guna bahasa Inggeris ini sangat daif dan simplisitik. Satu penjelasan kepada hal kumpulan yang percaya bahawa bahasa Inggeris ialah pil magik untuk menjana kemajuan, adalah kerana minda mereka yang masih terjajah oleh idea-idea zaman kolonial dulu. 

Kumpulan orang-orang yang merdeka, terbuka, futuristik dan kritikal akan mengakui bahawa ada banyak faktor yang memangkin perkembangan negara, dan bahasa Inggeris hanya salah satu alat yang kita perlukan - bukan holy grail, bukan magic pill. Orang-orang yang maju ini juga mengakui bahawa ada banyak bahasa dunia yang akan menjadi penting kepada perkembangan Malaysia dalam dekad-dekad yang mendatang - bukan eksklusif satu bahasa ini. 

 
4. Aduh, Sudah terlalu banyak belanja menjalankan PPSMI.

Kita orang bisnes. Kalau satu pelaburan itu memakan sumber yang terlalu banyak, tetapi memberikan pulangan yang rendah - buang model itu. Model itu tidak jalan, atau merupakan satu model perniagaan yang tidak efisyen. CEO mesti berani membuat perubahan radikal dalam model perniagaan jika mahu terus kekal.

Sama dalam kes PPSMI ini. Kita mesti berani ambil keputusan bahawa metod ini adalah satu kes pelaburan yang bodoh. Cari model baru yang lebih efektif dalam mengajar bahasa inggeris kepada pelajar kita.

Kompas kita mesti melihat ke depan. Mana yang sudah hangus itu, jangan ditambah-tambah lagi kosnya. Cari model baru yang lebih bijak.

Dump the stupid model!

-------------