21 Mei, 2009

Petikan ucapan Menteri Pelajaran tentang Kota Buku

Berikut petikan ucapan TS Muhyiddin Hj. Mohd Yassin tentang Kota Buku pada 19 Mei 2009 semasa Majlis Pertemuan Bersama dengan Sasterwan Malaysia.

"Bersempena dengan pertemuan hari ini bersama penggiat sastera, iaitu golongan yang sangat cintakan ilmu dan menjadikan buku sebagai teman setia, maka elok benarlah bagi saya mengumumkan khabar gembira kepada semua penggiat sastera di negara ini. Kerajaan telah memutuskan untuk mewujudkan sebuah pusat berkelompok bagi menjalankan aktiviti dan urusan berkaitan dengan dunia buku secara lebih tersusun dan bersungguh-sungguh. Penubuhan pusat ini yang bakal dinamakan "Kota Buku" diharap akan menjadi satu nukleus bagi membolehkan para usahawan, persatuan dan perusahaan membabitkan buku beroperasi di bawah satu bumbung.

Kewujudan "Kota Buku" yang bakal dibangunkan di Kuala Lumpur diharap akan memberi manfaat yang besar kepada para sasterawan, penerbit, usahawan dan masyarakat pembaca di Malaysia, selain bermatlamat untuk membawa pulangan jangka panjang bagi menarik minat pengusaha buku Asia untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat dagangan buku utama di rantau ini. Pendek kata, 'Kota Buku' ini apabila beroperasi kelak bakal menjadi mercu tanda baru Kuala Lumpur, sekaligus menjadi tarikan pelancong dengan imej sebagai Kota Raya Ilmu".

12 Mei, 2009

MPH Mutiara Minda - Program Pemasaran Gergasi Untuk Buku Melayu


Pada pendapat saya, ini program pemasaran buku melayu paling besar yang diumumkan setakat ini oleh mana-mana kedai buku.

Program 'MPH Mutiara Minda' ini ada beberapa komponen utama;

  1. Menaikkan jumlah ruang untuk buku bahasa Melayu di 9 outlet terpilih
  2. Pengikalan konsissten dalam Harian Metro & Berita Harian
  3. Menerbitkan katalog buku bahasa Melayu
  4. Penganjuran Pesta Buku / Karnival buku Mutiara Minda

Bagi komponen pertama, kita dimaklumkan di MPH Midvalley sendiri, seksyen buku bahasa Melayu dibesarkan dari 50 sq feet, kepada 2000 sq feet. Perluasan ruang ini sangat sangat besar dan pasti akan kelihatan dengan jelas kepada pembaca umum.

Buat masa ini MPH sudah melantik rakan medianya bermula dengan Harian Metro, dan Berita Harian akan menyusul. Sehingga kini, 8 orang penerbit tempatan telah bekerjasama dengan MPH untuk membuat iklan setiap minggu di Harian Metro.

Selepas ini Berita Harian juga dijangka akan menyiarkan iklan yang sama. Tetapi, saya terfikir bagaimana pula dengan program Popular Bookstore dengan BH? Popular selama ini ada program anugerah Buku Popular-BH yang bermula pada tahun lepas. Kalau MPH yang menjadi rakan media dengan BH, pasti mereka akan meminta ada semacam hak eksklusif dengan BH.

Kita akan melihat katalog MPH Mutiara Minda yang akan diedarkan kepada seluruh ahli-ahli MPH reader's card keturunan Melayu dan juga kawasan-kawasan strategik seluruh Kuala Lumpur. Katalog ini akan dilancarkan oleh MPH mungkin dalam bulan Ogos nanti. Katalog ini akan memfokus kepada promosi buku-buku yang sesuai denganh bulan Merdeka, bulan Ramadhan hingga ke Hari Raya dengan pelbagai Offer dan diskaun untuk pembaca buku Melayu.

Seterusnya, pesta buku MPH Mutiara Minda (untuk buku Melayu) juga akan dianjurkan di Shah alam dalam bulan Julai nanti di kawasan Shah Alam. Yang menjadi kekhuatiran kami, pesta buku nanti mungkin bertembung dengan Pesta Buku Selangor yang akan berlangsung dari 24 Julai hingga 3 ogos.

Apa yang dapat saya simpulkan, buku-buku bahasa Melayu hari ini sudah mendapat perhatian besar dari kedai-kedai buku utama. Kedai-kedai besar sudah melancarkan program pemasaran yang besar untuk menarik pembaca buku Melayu ke outlet mereka. Ini semua akan memberikan momentum kepada penerbit dan pengarang buku bahasa Melayu, disamping menyajikan pilihan yang lebih menarik kepada pembaca.

Saya percaya kedai buku tradisional perlu bangun dan melihat perkembangan ini dengan serius. Semua perkembangan ini boleh menyebabkan trend pembaca buku Melayu berubah, dan memilih megastore dengan pilihan lengkap berbanding kedai buku kecil.

07 Mei, 2009

Edisi Kindle Sekarang 35% Dari Jualan


Posting dan gambar dari silicon valley insider.


Banyak penerbit akan terkejut dengan statistik ini. Kindle ini relatifnya masih kecil, tetapi ada pelbagai lagi ebook reader yang akan melimpah dalam pasaran.

Seperti dalam artikel ini, penerbit akan cuba melihat jika edisi ebook akan merosakkan pasaran edisi kertas. Selagi harga ebook masih stabil dan menguntungkan, penerbit dan pengarang akan menyokong penuh edisi ebook. Yang kita khuatir jika berlaku diskaun besar-besaran dalam harga ebook vs harga edisi cetak.

Apa pun, ini jadi cabaran kepada pengedar dan penjual buku tradisional.

-----------------------

Dan Frommer reports:

Kindle sales are now 35% of book sales when Kindle editions are available. Huge jump in Feb when Kindle 2 went on sale.



05 Mei, 2009

PPSMI - Scam Paling Besar Kepada Rakyat Negara Ini

Dasar yang sibuk dipertahankan oleh Dato Hishammudin, pada pendapat saya adalah scam paling besar yang dikenakan kepada rakyat Malaysia.

Menurut beliau, (saya petik dari dalam TheStar)

On the teaching of Science and Mathematics in English (PPSMI), Hishammuddin said the ministry had spent over RM3bil since the introduction of the policy in 2003.

He said RM2.4bil was spent on ICT, RM3.7mil on teacher training and RM6.1mil on teaching incentives.

Kalau betul yang kita risaukan adalah bahasa Inggeris, kenapa tidak belanjakan sahaja wang RM3 Billion itu dalam memperbaiki kelas dan guru bahasa Inggeris kita?

Kita sudah merdeka lebih dari 50 tahun, dan sepanjang itulah kita sudah mengajar bahasa Inggeris. Kalau kita serius dalam memperbaiki kualiti kelas dan pengajaran kita, pasti ini sudah selesai. Benda ini bukan projek moonshot macam Apollo. Ini ELT sahaja.

Kalau bagi RM3 Billion itu pada cikgu bahasa Inggeris - Masalah selesai! Jangan bagi alasan lepas ni tak ada duit pulak nak bantu guru-guru bahasa Inggeris kita.

Tetapi sebaliknya kita belanja RM2.4 Billion untuk beli PC. (Modus Operandi biasa. Beli PC cap ayam tapi bil kepada kementerian mahal-mahal, lepas setahun rosak terburai. Lepas tu repair pulak, atau lagi best beli gantian)

Tak sampai 1% pergi kat cikgu untuk latihan. (Jelas dan nyata langsung tak serius buat latihan)

Dan 0% (zero, ziltch, nil, nada, yilek) pergi kepada cikgu bahasa Inggeris. Pandai-pandai la cikgu bahasa Inggeris ajar anak murid. Tak perlu bagi tambahan apa-apa.

Duit Rm2.4 Billion dah terbang masuk poket orang lain. (Poket siapa huh?)

Saya terfikir kenapa parlimen tak panggil PAC untuk siasat perkara ini. Kenapa projek bodoh dan membazir duit ini yang dibuat. Kenapa tidak pilih cara yang sudah terbukti berkesan dalam mengajar bahasa Inggeris, walhal ada banyak modul bahasa Inggeris yang mantap di pasaran?

p/s : Saya marah sebab duit cukai yang saya bayar yang dibelasah buat projek penipu ini.

03 Mei, 2009

Broadband P1 Wimax di Taman Melati Yang Sangat Lembap Sekarang


Masa mula-mula masa mendaftar dengan P1 wimax awal minggu lepas, nampaknya macam tidak ada masalah. Tetapi beberapa hari kebelakangan ini ada masalah. 


Mula-mula ada masalah untuk login selama lebih dari 1 hari. Menurut orang CS, tower rosak dan sedang dibaiki.  Masalah selesai.

Tetapi, sejak hari itu broadband saya sudah jadi lembap yang amat sangat. Bukan dengan kelajuan download, tetapi kelajuan untuk upload. Apa jenis upload semua tak jalan - nak hantar attachment dalam email, nak upload gambar, nak hantar email pun lembap dan kena ulang berkali-kali.

Harap-harap P1 dapat cepat selesaikan masalah ini.


02 Mei, 2009

Bas Baru Untuk Perpustakaan Umum?

Ada cerita yang mengatakan banyak salesman bas sedang buat pelbagai proposal untuk perpustakaan umum di seluruh negara.

Khabarnya, program Perpustakaan Bergerak akan diaktifkan semula bawah Datuk Rais Yatim. Sebelum ini, beliau jugalah menteri yang bertanggungjawab membangunkan lebih dari 1000 buah perpustakaan desa diseluruh negara.

Tetapi, baru-baru terdengar pula berita yang mengatakan tidak ada peruntukan untuk membeli buku-buku untuk perputakaan desa dalam tahun 2009. Saya percaya ramai pihak dalam industri akan membuat rayuan supaya diadakan peruntukan membeli buku baru.

Dalam menghadapi kelembapan sekarang, apa juga pembelian buku oleh perpustakaan umum akan membantu pemain industri. Setiap ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan akan menampung sebarang kelemahan yang berlaku di sektor runcit. 


Lebih penting dari itu, wang rakyat tadi perlu di belanjakan untuk membeli buku-buku berkualiti, dan bukan buku dari penerbit hantu. Dalam pembelian buku tahun 2008 untuk projek perpustakaan desa PNM contohnya, banyak timbul pertanyaan di kalangan penerbit buku.

Antara yang utama, adalah kenapa 80% tajuk yang di pilih adalah buku-buku jenis set kulit keras. Buku-buku set kulit keras (yang harganya pasti mahal ini) kebanyakkannya diterbitkan oleh penerbit yang tidak dikenali. Buku-buku umum terbitan banyak penerbit terkemuka seperti DBP, Utusan tidak dipilih - walhal mereka ini adalah penerbit yang terkenal dengan kualiti dan kredibilitinya. 

Buku-buku set kulit keras yang mahal, tetapi berkualiti rendah adalah 'hallmark' kepada banyak penerbit hantu. 

Seterusnya, hanya 23% dari penerbit yang terpilih adalah ahli persatuan penerbit. Bakinya (3/4 lagi) bukanlah ahli persatuan, bukan penerbit yang dikenali dalam industri. Siapakah penerbit-penerbit ini yang nampaknya cukup hebat dalam memenangi kontrak kerajaan? Kalau ada masa elok juga kita buat carian syarikat di SSM untuk melihat orang-orang disebalik penerbit-penerbit hebat ini. Bolehlah mereka ini diketengahkan kedepan menjadi teraju industri buku pada masa hadapan.

Dan rungutan penerbit terakhir adalah isu buku-buku buruk dalam senarai pembelian tahun 2008. Ada buku yang terbit dalam tahun 2006 dibeli sekali lagi. Dalam taklimat yang diberi, hanya buku-buku terbitan terkini sahaja yang akan diterima. Tetapi bila keluar list, banyak juga buku buruk yang dibeli. 

Sampaikan ada teman yang bilang, "Perpustakaan ini tempat buang buku buruk yang sudah tak laku agaknya"

Rungutan begini tidak keluar dalam tahun 2006 dan 2007. Mungkin pada masa itu belum banyak campurtangan orang 'luar'. Tetapi, bila pembelian ini masuk tahun 3, sudah mula banyak tanda-tanda campurtangan dari luar. Dengan campurtangan ini, mulalah kita dengar perkara pelik-pelik berlaku. Apa sekali pun, kita semua mengharapkan rekod bersih PNM dapat dikekalkan dalam tahun-tahun mendatang.

Harapan saya, semoga PNM menjadi teraju dalam menjana industri buku tempatan yang lebih beretika dan bersih dalam tahun-tahun akan datang.