Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 3/4)

C. Khidmat Pinjaman Ebook dari Perpustakaan Tempatan. Ini satu lagi servis yang semakin popular. Pembaca tempatan boleh meminjam pelbagai tajuk ebook dari beberapa perpustakaan digital yang ada di Malaysia. Konsep perpustakaan digital ini hampir sama dengan pinjaman buku bercetak. Contohnya; Peminjam perlu daftar akaun. Berbeza dengan sistem pinjaman fizikal, perpustakaan digital tidak langsung memerlukan peminjam hadir - pendaftaran akaun dibuat secara atas talian. malah, peminjam boleh gunakan akaun Facebook untuk login ke sistem elibrary. Peminjam perlu muat turun App untuk membaca ebook yang dipinjam ke telefon atau tablet mereka. Peminjam diberikan satu tempoh masa. Ada perpustakaan yang beri 7 hari, ada yang panjang sehingga 14 hari. Selepas tempoh tamat, secara otomatik, ebook tadi akan dipulangkan ke perpustakaan. Ia terus hilang dari telefon atau tablet peminjam. Jika tajuk ebook itu sudah dipinjam orang lain (sudah di checked out), peminjam baru kena menunggu dalam b

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 2/4)

B. Kategori langganan (Subscription) atau dipanggil juga sebagai Buffet. Ini konsep paling baru yang diperkenalkan di Malaysia. Umumnya pengguna melanggan bahan bacaan yang disediakan dengan satu yuran bulanan. Pelanggan tidak memiliki ebook didalam servis ini, tetapi hanya menyewa. Selagi sewa dibayar, selagi itu konten boleh diakses. Konsep ini semakin kuat apabila servis gaya buffet ini menyediakan akhbar harian, majalah bulanan dan buku dalam pakejnya. Di Malaysia, servis konsep Buffet dibawakan oleh Pubu. Pubu ialah sebuah syarikat dari Taiwan. Dibawah servis Pubu, pelanggan membayar sewa RM10/bulan untuk mengakses akhbar, majalah dan buku dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin. Sewa ini boleh dimasukkan ke dalam bil telefon. App Pubu ada didalam Google Play dan Apple Appstore.  Ada tempoh percubaan percuma. Pilihan akhbar, majalah dan buku.  Umumnya, bagi penerbit buku, tajuk-tajuk baru tidak dimasukkan dalam katalog Buffet. Tajuk

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk buku tempatan kini dijual di da