Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2008

Topik perbincangan ABPA di pesta buku brunei.

Topik kali ini agak menarik, "Bagaimana menggunakan E-marketing untuk menjual lebih banyak buku di negara ASEAN". Seterusnya, Asean Book Publisher Association (ABPA) akan bersidang di Bangkok semasa pesta buku Thailand, dan Kuala Lumpur semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Saya akan cuba dapatkan kertas-kertas yang menarik (jika ada).

Pembelajaran sepanjang hayat, dari segi penerbitan buku.

Konsep pembelajaran sepanjang hayat diutarakan oleh MCA kepada komuniti cina beberapa tahun kebelakangan ini (tanpa ada respon yang setaraf dari parti Melayu yang terbesar). Seorang penerbit Singapura mengajar saya apa maknanya dari segi penerbitan buku. Menurut Puan itu, pembelajaran sepanjang hayat adalah apa-apa subjek yang kita ambil selepas keperluan pembelajaran profesional kita. Dari segi penerbitan buku, subjek pembalajaran sepanjang hayat adalah Budaya Agama Falsafah Sejarah Kesihatan Saya harap satu hari nanti kita boleh menerbitkan buku-buku dalam topik ini, dan melancarkan konsep pembelajaran sepanjang hayat dalam bahasa Melayu.

Kenapa Google Book Search guna model langganan.

Saya baru bertemu dengan wakil Google book search untuk membincangkan jika mereka mahu membuat seminar tentang GBS di Malaysia. Menurut beliau, Google mesti menggunakan model langganan untuk mengelakkan masalah hakcipta terutamanya dalam kes buku yang sudah habis kontrak penerbitannya. Dari segi kontrak, selagi google menyimpan buku itu dan memberikan akses kepada pembaca, ini bermakna google masih menghasilakan naskah baru (making new copies) tajuk itu - dan ini pasti salah setelah kontrak penerbitannya tamat. Satu perkara menarik menurut beliau, trafik kepada GBS paling besar, malah 2 kali ganda lebih besar dari mana-mana negara dalam ASEAN datang dari Malaysia. Tetapi, kebanyakkan carian adalah dalam bahasa Inggeris. Saya fikir ini isu ayam & telur. Mana satu perlu ada dulu. Kalau kurang buku bahasa Melayu dalam GBS, maka kuranglah minat pembaca untuk membuat carian dalam bahasa Melayu.

Kedai buku terpakai - satu penilaian semula

Sengaja digunakan tajuk klise yang biasa dipakai dalam kertas akademik. Akhir-akhir ini saya cuba mengumpulkan buku-buku biografi individu dan juga syarikat media utama dalam dunia. Kebanyakkan buku ini pernah terbit dalam tahun 80an (era 'greed is good' ) dan 90an (era 'internet bubble' ). Sangat sedikit yang boleh dicari dalam kedai buku besar. Saya terjumpa beberapa tajuk dalam subjek ini di kedai-kedai buku terpakai. Sistem penjualan buku hari ini tidak membenarkan banyak buku mempunyai jangka hayat yang lama di rak. Kedai buku besar biasanya hanya mahu menjual frontlist (buku baru), bestseller dan juga backlist yang evergreen sahaja. Ini realiti peruncitan buku hari ini. Untuk mencari buku-buku lama, dalam konteks ini terbit lebih dari 3 tahun lepas dan kurang popular, kita perlu pergi ke perpustakaan atau kedai buku terpakai. Rare book itu subjek lain.

Esei : Menunggu Buku Terbit dalam NYT

Esei dari Rachel Donadio, editor di Book Review dalam NYT. Saya boleh jumpa banyak poin-poin yang memang selari dengan pengalaman kita di Malaysia - mungkin tidak 100%, tetapi hampir dekat. Esei ini cuba menerangkan kenapa proses penerbitan buku masih dikira perlahan, dikala kita ada kemajuan pesat dalam teknologi penerbitan dan percetakan. Soalan pertama, kenapa buku lambat terbit? “It’s not the technology that’s the problem; it’s the humans that are the problem,” said Jonathan Karp, the publisher of Twelve, Halangan utama adalah proses pemasaran yang perlu kepada kerjasama dari pelbagai pihak. Sebaik sahaja editorial dapat monuskrip atau pengarang, ia perlu 'dijual' kepada pihak pengurusan. Kemudian monuskrip tadi akan dijual kepada pemasaran dan pihak jualan, untuk maklumbalas dalaman. Jika tidak memuaskan hati, ia akan 'dijaja' kepada purchaser di kedai buku untuk mendapatkan respon mereka pula. Setelah dapat keyakinan dari pelbagai pihak, berulah monuskrip tadi a