Langkau ke kandungan utama

Kedai buku terpakai - satu penilaian semula

Sengaja digunakan tajuk klise yang biasa dipakai dalam kertas akademik.

Akhir-akhir ini saya cuba mengumpulkan buku-buku biografi individu dan juga syarikat media utama dalam dunia. Kebanyakkan buku ini pernah terbit dalam tahun 80an (era 'greed is good') dan 90an (era 'internet bubble'). Sangat sedikit yang boleh dicari dalam kedai buku besar.

Saya terjumpa beberapa tajuk dalam subjek ini di kedai-kedai buku terpakai.

Sistem penjualan buku hari ini tidak membenarkan banyak buku mempunyai jangka hayat yang lama di rak. Kedai buku besar biasanya hanya mahu menjual frontlist (buku baru), bestseller dan juga backlist yang evergreen sahaja. Ini realiti peruncitan buku hari ini.

Untuk mencari buku-buku lama, dalam konteks ini terbit lebih dari 3 tahun lepas dan kurang popular, kita perlu pergi ke perpustakaan atau kedai buku terpakai.

Rare book itu subjek lain.

Ulasan

Latiptalib berkata…
Assalamualaikum,

Setelah membaca entri ini saya terfikir, bagaimana nasib buku-buku terpakai?. Di rangkaian kedai utama memang tidak ada dijual. Mungkin kerana itu khabarnya ada penerbit yang terpaksa menyimpan dalam stor buku-buku terpakai terbitan mereka. Kerana itu juga barangkali baru-baru ini utusan mengadakan jualan lelong buku-buku terbitannya.

Dalam kedai buku DBP juga terdapat buku-buku terpakai dijual lelong dengan harga antara RM1.00-3.00 sebuah.

Mungkin itulah caranya mereka hendak menjual buku-buku terpakai itu.
Tanpa Nama berkata…
kalau tidak keberatan, boleh saya tahu dimana kedai-kedai buku terpakai di malaysia..
Umi Kalthum Ngah berkata…
Assalamualaikum warahmatullah,

Tuan Arief Hakim..

Saya mohon laluan memberi sedikit maklumat kepada Cik Ainunl.Muaiyanah,

Saya terjumpa satu kedai buku terpakai di (buku-buku Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) di Ampang Point. Kedainya kecil sahaja, terlupa pula di tingkat berapa..

Wasalam,

Umi Kalthum Ngah
Arief Hakim berkata…
Ada kedai buku terpakai di Amcorp tower, Petaling jaya dan The Mall, Kuala lumpur. Satu pilihan lagi ialah PayLess Book, yang ada di banyak lokasi.
zain aziz berkata…
ada satu kedai buku terpakai, tapi lebih kepada buku-buku dan majalah tahun 1930-60an.
kedai buku; S.M Shaheeb (kalau tak salah.
lokasinya; kedai kayu bertentangan dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru Tengah, Skudai. papan tanda kedainya sangat lusuh (diwarisi dari premis kedai atuknya di Jalan Dhoby sebelum diarahkan untuk berpindah).
Sekiranya ke sana, adakan masa untuk berbual dengan pemilik. Anda pasti kagum.
markissa berkata…
salam..
ini kali pertama saya menyertai blog ini.. harap dapat banyakkan ulasan tentang buku..
noiseemunkee berkata…
hello,

saya sedang mencari buku terpakai ditulis oleh Neoh Kean Soon : Stock Market Investment in Malaysia and Singapore. (terbitan Berita tahun 1890 an)
Tanpa Nama berkata…
kedai buku terpakai terbesar di malaysia terletak di jalan tun hs lee, kl. Nama kedai buku itu Junk book Store (Permaijana Setia) terletak disebelah RHB Bank) berdekatan CM. Website: http://www.junkbookstore.com/#
Tanpa Nama berkata…
selain dijalan tun hs lee (buka isnin-jumaat 8.30 - 6ptg,halfday sabtu sampai 3.00ptg ahad tutup)

ada di skoob books petaling jaya selangor
alamat:
Skoob Books
Lot 122&133
Level 1 Menara Mutiara Majestic
15 Jalan Othman
PJ (Old Town)(Tutup setiap hari Selasa, hari lain bula 11pg - 9 mlm)

Payless book sekarang dah tutup, kecuali ada warehouse sales sahaja, boleh check website:
payless.com.my

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini....

Siapa Perlu Beli Buku Teks Sendiri?

Ini soalan yang dijawab oleh BBT dalam perbincangan ringkas dengan Persatuan Penerbit beberapa hari lepas. 1. Pelajar MRSM. Sebagai bekas pelajar MRSM Kuantan, saya arif tentang keperluan kami pelajar MRSM. Semua buk teks kena beli sendiri. 2. Pelajar sekolah swasta lain. Sekolah antarabangsa, sekolah swasta islam, sekolah swasta cina, sekolah swasta pendidikan khas. Semua pelajar ini kena beli sendiri. Data ada di Bahagian Pelajaran Swasta (yang websitenya masih tidak diupdate dari tahun 2007) 3. Ibu bapa yang mahu anaknya guna buku baru. Mereka tidak mahu buku teks usang dari skim pinjaman. 4. Pelajar yang terpaksa membeli buku ganti kerana hilang/rosak dan sebagainya. Mesti beli buku baru. 5. Cikgu yang masih menuntut di Institut Latihan Guru. Semua orang-orang ini perlu kepada buku teks di pasaran terbuka. Masalah utama mereka ialah kebanyakkan kedai buku tidak lagi menjual buku teks, sejak menteri mengumumkan dasar buku teks percuma untuk semua. Alasan pekedai buku ialah tidak ada...

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...