Langkau ke kandungan utama

Boleh Mati Penerbit Buku Kena Cetak Rompak Begini

Baru-baru ini saya dapat laporan dari teman penerbit tentang sebuah laman yang menjual buku cetak rompak secara e-book (http://novelmelayu.blogdrive.com). Kali ini, buku terbitan kami sendiri yang kena cetak rompak, dan beberapa buku dari teman-teman penerbit lain.

Maka kami semua berunding sesama sendiri bagaimana harus di tangani masalah ini. Itu semalam, hari ini semakin ramai penerbit yang tahu - makin kecoh.

Ada seorang teman yang telefon saya pagi ini.

"Macam mana dia boleh pirate kita punya buku. Saya selalu survey market, kalau kena pirate saya mesti nampak", kata beliau dan saya percaya cakapnya. Beliau memang aktif dalam pasaran novel.

Saya jawab "Ini bukan print punya, ini jual soft-copy!".

Soalan beliau membuka mata saya tentang perbezaan digital yang kita ada hari ini. Orang lama (penerbit buku) fikir ini mesti hal cetak rompak biasa, dan sama sekali tidak sangka adacara baru - digital. Malah, saya fikir banyak pihak belum terfikir apa implikasi cetak rompak digital kepada industri buku nanti.

------------

Sebenarnya, isu cetak rompak buku ini bukan perkara baru. Memang sudah ada sekian lama. Modus operandi lanun ini ialah mengulang cetak mana-mana buku yang didapati laku di pasaran. Mereka akan buat filem, dan hantar ke pencetak yang kurang dikenali (pencetak besar tidak mahu cari pasal dengan penerbit).

Aktiviti lanun cetak rompak buku gaya lama ini berskala industrial. Kita ada dengar cerita, ada satu syarikat di Batu Pahat yang terkenal mencetak rompak pelbagai jenis buku agama. Khabarnya, hampir satu gudang buku cetak rompak yang beliau ada. Ini cerita buku agama.

Kalau buku latihan sekolah, lagi berleluasa. Pusat tiusyen buat kompilasi soalan-soalan latihan dari beberapa penerbit, campur-campur, dan cetak sebagai buku terbitan pusat tiusyen itu - hasilnya dijual kepada para pelajar pusat itu sendiri. Nampak seperti innocence, tetapi itu tetap aktiviti cetak rompak.

Kalau tahun 70-an dulu, orang veteren industri ini akan bercerita bagaimana pada zaman itu kamus oxford dan kamus DBP dicetak rompak beribu-ribu naskah (ini 2 kamus yang paling tersohor). Pernah terjadi, seorang sales manager dari syarikat besar melawat ke satu gudang kepunyaan seorang pengedar. Bila beliau kira, jumlah kamus dalam gudang itu jauh lebih banyak dari yang pengedar pesan dari penerbit. Macam kamus itu 'beranak-pinak' dalam gudang tadi.

Ini semua cerita cetak rompak cara lama. Zaman dulu-dulu.

-----------------

Ini cerita zaman sekarang.

Cetak rompak digital buku dilakukan oleh individu secara kecil-kecilan, dari rumah sendiri.

Tetapi, secara kolektifnya, jika beribu-ribu orang mengedarkan edisi digital secara haram - maka ini akan menyebabkan industri yang sah runtuh.

Kesan cetak rompak digital secara kolektif ini hampir melumpuhkan industri muzik, cukup berat kesannya kepada pembikin wayang, dan kini mula menunjukkan tanda-tandanya dalam industri buku.

Sebagai contoh, kita boleh lihat kesan cetak rompak buku komputer. Pada hujung 90-an, jualan dan terbitan buku komputer melonjak naik. Sebahagiannya adalah kesan dari kegilaan zaman dotcom. Sebahagian lagi adalah kerana permintaan dari para pelajar yang berlumba-lumba masuk ke dalam bidang IT pada masa itu (Ya, kita juga terjangkit gila ini - Siti mula nyanyi lagu cinta IT, kerajaan buka Koridor MSC, bagi nama tempat Cyberjaya dan seterusnya..).

Selaras dengan permintaan kepada buku kompter ini, kita juga lihat berpuluh-puluh tajuk CD cetak rompak yang diisi dengan pelbagai jenis buku komputer keluar di pasaran. Selepas itu, bila semua orang ada akaun TMnet/Jaring - pembaca mula pandai download ebook dari laman warez. Sekarang, semua guna Torrent.

Hampir sahaja mati jualan buku komputer di dalam kedai buku dibuatnya.

Saya cukup khuatir memikirkan apa kesan cetak rompak digital kepada buku nanti.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Sdr Arief,

Ini memamg perkara yang membimbangkan.

Saya ingin mencadangkan kepada para penerbit, khususnya PTS supaya memikirkan langkah-langkah bagi mengurangkan masalah ini.

Selain itu, usaha juga perlu digiatkan untuk mencari peluang pendapatan baru bagi syarikat dan juga penulis seperti dalam bidang animasi, merchandising dan pelbagai bentuk pelesenan.

Strategi kepelbagaian ini paling tidak dapat mengurangkan risiko ekoran gejala cetak rompak ke atas industri penerbitan.

- Ashadi Zain

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...