Langkau ke kandungan utama

Pinjam ebook di Malaysia.

Sebelum anda membeli ebook untuk koleksi peribadi, anda boleh cuba membaca ebook dengan 'pinjam'. Ada beberapa perpustakaan awam yang menawarkan khidmat pinjaman kepada pembaca di Malaysia.

Menariknya, ada banyak juga tajuk-tajuk tempatan dalam bahasa Melayu yang boleh dipinjam dari perpustakaan virtual ini sekarang. Anda tidak perlu lagi naik kereta / bas / LRT untuk pinjam buku. Semuanya sudah ada di smartphone atau tablet anda.

Umumnya sistem pinjaman ebook ini berfungsi mirip kepada sistem pinjaman buku bercetak.
  1. Anda perlu daftar. Ada perpustakaan sediakan pendaftaran online (sangat bagus, tidak perlu hadir ke kaunter !) dan ada yang perlu hadir ke kaunter untuk daftar.
  2. Login dalam website pinjaman. Pilih buku yang mahu dipinjam. Kalau buku itu popular, anda perlu masuk barisan untuk tunggu buku itu ada. 1 naskah ebook hanya boleh dipinjam oleh 1 pembaca, pada satu-satu masa (sama seperti buku bercetak)
  3. Download App, baca di smartphone atau tablet anda.
Nota : Saya hanya akan fokus kepada ebook tempatan sahaja dalam artikel ini. Perpustakaan ada pelbagai khidmat pinjaman digital yang lain seperti ensaiklopedia, database, majalah, akhbar dan sebagainya.


Kita lihat perpustakaan digital yang utama untuk buku-buku tempatan;

a) Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
Alamat :  http://pnm.elib.com.my/
Daftar : Secara Online sahaja. Tidak perlu hadir!
Sistem pinjaman ebook PNM adalah sistem yang paling besar untuk buku tempatan. Paling banyak tajuk, tetapi ini juga yang paling sibuk. PNM aktif tambah tajuk-tajuk ebook baru setiap tahun. Baru-baru ini PNM ada menambah 1200 tajuk ebook baru kepada inventori mereka.

b) Perpustakaan Negeri Sabah
Alamat :   http://sabah.elib.com.my/
Daftar : Secara Online sahaja. Tidak perlu hadir!
Setakat yang saya tahu, ini perpustakaan negeri yang pertama memperkenalkan khidmat pinjaman ebook buku tempatan kepada pengguna.

c) Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
Alamat :  http://penang.elib.com.my/
Daftar : Secara Online sahaja. Tidak perlu hadir!

d) Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu
Alamat :  http://terengganu.elib.com.my/
Daftar : Pergi ke kaunter untuk mendaftar.

e) Perpustakaan Kuala Lumpur
Alamat :  http://kualalumpur.elib.com.my/
Daftar : Pergi ke kaunter untuk mendaftar.


Saya harap lebih banyak perpustakaan awam akan mula tambah sistem pinjaman ebook untuk tajuk-tajuk tempatan. Berdasarkan maklumat yang saya terima, kadar pinjaman ebook tempatan adalah tinggi dan biasanya pengguna perlu beratur untuk meminjam buku-buku popular.

Perpustakaan digital adalah satu lagi channel untuk menyampaikan buku kepada pembaca yang duduk jauh dari perpustakaan. Dengan syarat mereka ada smartphone atau tablet, dan broadband internet - mereka sudah boleh jadi peminjam ebook di rumah masing-masing. 


Kemaskini 5/7/2015

Ulasan

Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catatan popular daripada blog ini

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Kedai buku terpakai - satu penilaian semula

Sengaja digunakan tajuk klise yang biasa dipakai dalam kertas akademik. Akhir-akhir ini saya cuba mengumpulkan buku-buku biografi individu dan juga syarikat media utama dalam dunia. Kebanyakkan buku ini pernah terbit dalam tahun 80an (era 'greed is good' ) dan 90an (era 'internet bubble' ). Sangat sedikit yang boleh dicari dalam kedai buku besar. Saya terjumpa beberapa tajuk dalam subjek ini di kedai-kedai buku terpakai. Sistem penjualan buku hari ini tidak membenarkan banyak buku mempunyai jangka hayat yang lama di rak. Kedai buku besar biasanya hanya mahu menjual frontlist (buku baru), bestseller dan juga backlist yang evergreen sahaja. Ini realiti peruncitan buku hari ini. Untuk mencari buku-buku lama, dalam konteks ini terbit lebih dari 3 tahun lepas dan kurang popular, kita perlu pergi ke perpustakaan atau kedai buku terpakai. Rare book itu subjek lain.