Langkau ke kandungan utama

Catatan

Buku teks 100% percuma - kesan kepada Kedai Buku dan Penerbit

Pengumuman perdana menteri dalam bajet 2008 diterima dengan seronok oleh ramai ibu bapa. Masalah Cash Flow. Sebaliknya ramai penjual buku, dan penerbit yang rasa seperti nak demam. Jualan buku teks pasaran terbuka sangat penting kepada turnover kedai pada hujung tahun. Bila jualan ini hilang, maka kedai buku akan mengalami cash flow problem yang bukan sedikit. Bila kedai buku kena krisis aliran tunai, penerbit juga akan terpukul. Bayaran kepada penerbit akan dilambatkan. Bagi kedai buku yang banyak menjual kepada pasaran sekolah cina, jumlah jualan yang hilang sangat besar. Dianggarka sekolah cina hanya menerima lebih kurang 60% bantuan SPBT. Bakinya semua beli sendiri. Bagi sekolah kawasan bandar, dianggarkan 70% menerima SPBT. Bagi kedai buku di pendalaman, kesannya tidak begitu teruk, kerana hampir 99% sekolah kampung menerima bantuan SPBT. Bahaya Kerugian Untuk Petender Kedai buku Sekolah. Tender bagi menjalankan kedai buku sekolah sudah ditandatangani di banyak sekolah. Kedai-keda...

Penulis superstar dan pasaran red ocean.

Komen seorang sifu dalam penerbitan novel, berkaitan dengan saingan dalam penerbitan buku. Ada pasaran yang sudah menjadi red-ocean kerana terlalu banyak pesaing. Yang mula-mula dirempuh badai adalah pasaran buku kerja & latihan sekolah. Harga jatuh dari rm4.90 bagi terbitan penerbit besar hingga ke edisi kulit putih rm2.50 terbitan penerbit baru. Seterusnya sekotor buku agama. Penjual buku agama bukan tengok isi, siapa pengarang dan desain - dia timbang berat buku sahaja sebagai bandingan. Buku dari penerbit A berat setengah kati, harga rm10 kenapa awak punya harga rm15? Kini novel cinta pula. Lebih dari 16 tajuk baru masuk ke pasaran sebulan. Penulis baru dan ternama bersaing hebat. Selama ini saya belum dapat mengkuantikan fenomena ini untuk pasaran tempatan. Perbualan telefon dengan sifu ini memberi jawapan. Menurut sifu ini, Kalau sudah ada lebih dari 8 superstars dalam satu genre, maka pasaran itu sudah puncak. Kalau sudah ada 10 superstars maka pasaran itu sudah pecah, su...

Pesta buku 2008

Jumlah gerai dalam pesta buku 2008 semakin kecil, kerana kita tidak dapat tempah 2 dewan di lantai bawah. Dari 600+ gerai dalam tahun 2007, kepada 500+ gerai dalam tahun 2008. Ini seperti satu regresi kepada pesta buku yang sepatutnya semakin besar dari tahun ke tahun. Selain dari isu ini, ada 2 pesta buku yang juga akan berlangsung tahun depan. Popular bookfest@KLCC semakin besar dan mendapat sambutan yang baik dari ramai orang. Rumor yang industri dengar menagatakan bahawa jualan mereka meletup. Mereka sudah tempah dewan itu untuk tempoh 5 tahun akan datang. Kedua, pesta buku akademik - untuk buku-buku teks pengajian tinggi dan perpustakaan. Ini terutamnya untuk buku rujukan improt yang mahal. Bukan untuk pembaca umum. Lebih ditumpukan kepada pasaran pembeli institusi (perpustakawan) dan pensyarah universiti. Jangan cuba cari novel paperback kegemaran anda disini. Juga tunggu jualan gudang dari MPH, Popular dan Times tahun depan. Kalendar pembaca buku tempatan akan penuh dalam tahun...

Pelajar kolej hari ini adalah warga digital (digital native).

Berita dari InsideHigherEd.com. Melabel Digital native untuk pelajar kolej bukan berita baru. Yang barunya adalah; a) kematangan pelajar dalam membezakan alat kerja dan alat personal b) dan mereka semakin agresif membawa masuk internet dalam pengajian mereka - bukan sekadar 'main' social network sahaja. Apa kesannya generasi ini bila datang ke tempat kerja? Apa kesan kepada habit membaca generasi ini? The authors of the study, which surveyed 27,864 students at 103 two- and four-year colleges and universities, note that most undergraduates today are “digital natives” who have grown up immersed in technology in some form. But the “millennials” aren’t necessarily ready to cast off the yoke of human interaction and learn solely within virtual 3-D environments wired directly to the brain. The study finds “themes of skepticism and moderation alongside enthusiasm,” such that 59 percent preferred a “moderate rather than extensive use of IT in courses.” Berita penuh disini .

Sedang baca - The cult of the Amateur

Buku tulisan Andrew Keen. Secara ringkasnya beliau mengatakan bahawa Internet hari ini, yang dipenuhi oleh bahan-bahan terbitan Amatur (blogs, youtube dan wikipedia), sudah menjadi kompetisi antara siapa yang paling kuat menjerit dan paling vokal bersuara. Siapa yang kuat, dia yang paling disukai orang. Ketepatan dan kesahihan berita dan pendapat itu tidak lagi penting. Harus cari kritikan kepada buku ini.

Malam Edan Bersama Search

Pusing lagu lama ketika aku masih disekolah rendah. Gadisku Artis : Search Gadisku Seri mewangi bagai disiram selautan kasturi Gadisku Terindah padamu kerna tak pernah meminta selain cinta Dialah gadisku (selalu) selama-lamanya Tak peduli kata orang terhadap dirinya Aku tahu dia gadisku Tak peduli nista yang terlempar padaku Dia tahu dia gadisku Cinta kan bermakna jika sama saling memahami Cintaku bercahaya jika disulami cinta suci Gadisku... Dikaulah hidup ini rangkap tak bermaya Dia datang membawa harapan Di kala hari-hariku menjadi gelita Dia datang membawa cahaya

Buku teks percuma dalam tahun 2008

Buku teks percuma masuk semula dalam bajet 2008. Saya fikir malam ini ada orang dalam industri ini mungkin tidak tidur lena. 50. I also wish to announce that, beginning the 2008 school session, the Text Book Loan Scheme will be provided to all students, irrespective of their families’ income and with no restrictions on the number of eligible children. With this, 5.7 million students will benefit from this Scheme compared with 4.5 million students currently. With these measures, schooling in Malaysia is now completely free.

Mobile content - applet atau web browser?

Dalam mengedarkan content dalam mobile , ada 2 pendekatan teknikal yang saya nampak. Model 1 - applet. Biasanya java applet yang menjadi reader. Buku di download kedalam reader untuk dibaca, dan dikawal hak ciptanya. Satu lagi analogi yang boleh digunakan adalah iTune-iPod. Model ini membolehkan applet mengakses fungsi telefon dalam hardware level. Beri kesan bunyi, getaran, dan geo-tagging. Model 2 - model web browser. Datangnya iPhone dari Apple, dan kekangan Apple yang tidak membenarkan applikasi luar dimasukkan kedalam uber phone itu, memaksa 3rd party membangunkan applikasi web2.0 untuk memberikan perkhidmatan kepada pengguna iPhone. Data dan juga kawalan hak cipta mesti dibuat dalam applikasi web2.0 itu sendiri. Saya fikir iPhone akan memaksa lebih banyak pengeluar telefon untuk membina model yang menawarkan ciri-ciri yang setaraf dan hampir serupa. Web browser dalam telefon akan menjadi lebih baik. Yang lebih menarik sekarang, bilakah ini semua akan bermula?

Bagaimana industri penerbitan boleh menjadi lebih seksi kepada bakat muda?

Satu soalan yang industri ini perlu fikirkan untuk terus berkembang dalam era ekonomi-K. Secara relatifnya penerbitan dan penulisan buku sudah passe. Atau dilihat sebagai tua, statik, dan tidak dinamik. Tidak ada keghairahan baru. Tidak ada buku yang melambangi dan merepresentasi generasi muda. Buku bukan mereka punya - tetapi social networking, instant messenger, sms, blog dan photo sharing adalah media ekspresi mereka. Kertas & dakwat dalam era Internet. Kesannya, penerbitan buku menjadi pilihan akhir kepada pelajar pengajian media atau mass comm . Penerbit buku kehilangan bakat terbaik kepada industri PR, siaran, journalisma, majalah - dan akhir sekali barulah penerbitan buku. Penerbitan buku juga jadi pilihan terakhir untuk pelajar art & design, selepas agensi pengiklanan, majalah dan lain-lain. Bukan itu sahaja, aspek glamour dunia buku ini sebenarnya pada penulis buku - bukan kepada profesional penerbitan yang ada dibelakang buku itu, bukan editor, bukan desainer, bukan o...

Migrasi buku ke format digital.

Ada beberapa subjek yang sudah migrasi ke bentukdigital. Ada yang migrasi secara total, ada juga medium digital menjadi komplimentari kepada edisi kertas. Migrasi Total : contohnya bidang undang-undang. Banyak buku dan statut sudah berpindah kepada bentuk digital. Bidang undang-undang adalah contoh terbaik dimana edisi kertas menghadapi cabaran pupus. Di Malaysia, kita sudah lihat konsolidasi berlaku dimana Malaysian Law Journal (hanya ada 2 yang terkenal : MLJ dan ILBS) sudah dibeli oleh LexisNexis, salah satu unit bawah gergasi Reed Elsevier. Medium digital menjadi komplimentari kepada kertas : ini boleh dilihat dalam penerbitan kejuruteraan, artitektur, saintifik. Jurnal utama dalam bidang ini memberikan akses komplimentari kepada pelanggan kepada perpustakaan digital mereka. Subjek yang akan direvolusikan oleh medium digital (tetapi belum berlaku, atau belum ada model yang memberikan keuntungan kepada penerbit) : Pendidikan. Janji bahawa teknologi digital kan merevolusikan bidang ...

Industri Animasi Tempatan berkembang.

Lanjutan dari briefing seorang teman dari MDeC, dan berita ini keluar didalam TheStar. Teman saya ini menekankan keperluan untuk merapatkan jurang antara sains + seni dalam pendidikan, kerana industri content memerlukan skill dari kedua-dua domain. Menurut beliau, secara senyap, industri animasi tempatan sebenarnya sudah menghasilakan beberapa produk bertaraf dunia yang dieksport, dan kini, ada beberapa studio tempatan yang mempunyai ratusan animator di Malaysia. ------------------------ Local animation products expected to rake in RM1b this year By BEH YUEN HUI JOHOR BARU : The turnover for the local animation and cartoon products is expected to reach RM1bil this year. He said high quality with low production costs have led the Malaysian-made animations to receive good response from overseas countries especially China. He said of the about 200 companies in the local animation industry, half have gone global. He said China especially, was looking into outsourcing the pro...

Perbezaan kelas di Amerika dalam Facebook dan MySpace

Kertas tidak saintifik yang ditulis oleh Danah Boyd mengenai perbezaan kelas di Amerika, dilihat dari profile pengguna Facebook dan MySpace. Kesan yang sama juga beliau kesan bila orkut menjadi popular di India, dan sistem kasta diformalkan secara online oleh penggunanya sendiri. ----------------- http://www.danah.org/papers/essays/ClassDivisions.html The goodie two shoes, jocks, athletes, or other "good" kids are now going to Facebook. These kids tend to come from families who emphasize education and going to college. They are part of what we'd call hegemonic society. They are primarily white, but not exclusively. They are in honors classes, looking forward to the prom, and live in a world dictated by after school activities. MySpace is still home for Latino/Hispanic teens, immigrant teens, "burnouts," "alternative kids," "art fags," punks, emos, goths, gangstas, queer kids, and other kids who didn't play into the dominant high school p...

Najib baca buku

Dari temuramah beliau dengan TheStar . Kalau timbalan perdana menteri boleh menunjukkan koleksi buku dalam perpustakaan dan juga bicara mengenai buku yang dibaca - bagaimana dengan perdana menteri. Harap-harap PM juga termasuk dalam kumpulan yang membaca. Saya tidak bersetuju dengan pendapat DPM yang mengatakan bahawa orang Malaysia tidak membaca buku, dan pendapat ini selalu kita ulang dalam seminar dan perkumpulan buku. Mungkin DPM tidak menerima nasihat yang baik dan berkualiti dalam hal ini.

Kes Viacom vs You Tube

Satu artikel dalam NYT oleh prof lawrence lessig. Sebelum ini, hanya kongres membuat intepretasi kepada perlembagaan bagaimana isu hakcipta diaplikasi dalam kehidupan. Terutamanya bila isu hakcipta tadi melibatkan perkembangan teknologi dan applikasi baru. Contohnya, kongres membuat rang undang-undang seperti Digital MilenniumAct yang merupakan kompromi antara service provider, pemegang hak cipta dan pengguna. Tetapi kini, mahkamah persekutuan telah membuat preseden dengan cuba memberi intepretasinya sendiri - sudah jadi 2 pihak sekarang. Mahkamah dan juga kongres. The conservatives on the Supreme Court have long warned about just this dynamic. And while I remain a skeptic about deferring to Congress on constitutional matters, this case is a powerful lesson about the costs of judicial policy making in an area as complex as copyright. The Internet will now face years of uncertainty before this fundamental question about the meaning of a decade-old legislative deal gets resolved. No dou...

UPND mungkin dijual bawah gabungan Utusan-NSTP

Ada rumor mengatakan yang unit penerbitan buku dalam kumpulan Utusan,Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd mungkin akan dijual jika gabungan NSTP-Utusan berlaku. Gabungan baru ini (NewCo) akan memfokus kepada akhbar dan majalah sahaja. Malah unit buku bawah NSTP, Berita Publishing juga telah dijual keluar kepada Dato A Kadir Jasin beberapa tahun lepas. UPND sendiri mempunyai jualan sekitar rm18juta, dan telah mula mencatatkan keuntungan.

100 ribu naskah harry potter 7 untuk malaysia

Harry potter 7 akan dicetak sebanyak 12 juta naskah bagi edaran seluruh duinia, dengan pelancaran serentak pada 21 Julai. Saya dimaklumkan yang Penguin meletakkan kuota sebanyak 100 ribu naskah untuk pasaran Malaysia. Bagi pasaran kedai buku korporate - ini akan dilakukan oleh Penguin sendiri. Tetapi mereka masih mencari pengedar yang sesuai (dan punya wang tunai) untuk pasaran kedai buku independent.

Kenapa Google Books.

Berikut ialah fakta-fakta, yang menggambarkan banyaknya informasi dunia yang masih berada secara off-line, dalam bentuk kertas. Kalau menggunakan slang google - qualified information. Saya petik dari artikel bertajuk Off The Shelf dari Guardian Unlimited. It's been suggested that 85% of published information is not available online . So where is it? The Library of Congress in Washington DC is the largest library in the world with about 29m books among its 130m items, while the British Library has about 13m catalogued books. In May 2006, the New York Times estimated that at least 32m books have been published since the days of Sumerian clay tablets. Another estimate has suggested that the human race publishes a book every 30 seconds In 1450, new titles were published at a rate of 100 per year. In 1950, that figure had grown to 250,000. By the millennium, the number published exceeded a million. It's estimated that of all the books ever published, more than 95% are out of pr...

Wikipedia naik ke no 10 dalam senarai paling popular

Wikipedia bermula pada tahun 2001. Kini wikipedia sudah ada lebih dari 5 juta artikel dalam lebih dari 200 bahasa. Pada januari tahun lepas, wikipedia duduk di tangga ke 33. Wikipedia masih bergantung kepada derma dari individu. Sehingga kini, wikimedia (syarikat yang menguruskan wikipedia), hanya mempunyai 10 orang kakitangan. Tetapi mereka menguruskan lebih dari 350 server, dan kos bandwith sahaja dianggarkan lebih dari 100K sebulan. Pada masa ini kewangan wikimedia cukup untuk menampung kos mereka selama beberapa bulan ke hadapan. Ada pendapat mengatakan yang wikipedia patut menjual iklan dalam lamannya. Tetapi ini sudah menjadi isu yang sensitif. Mozilla dikatakan menerima lebih dari USD50 juta setahun dengan menjual Adword dari google. Dan wikipedia boleh memperolehi jumlah yang sama untuk meningkatkan kualiti dan jumlah produknya.

Tumbangnya kedai buku Indie di US.

Satu artikel dalam LATimes.com Pada pertengahan tahun 90 kebanyakkan kedai buku Indie tumbang kerana tidak mempu bersaingan dengan Chain Bookstore seperti Borders, dan Barnes & Noble. Tetapi, kini cabaran utama mereka adalah kedai buku online seperti Amazon.com. Amazon bukan hanya menjual bestseller dengan harga rendah, malah menjual buku second hand (popular di US). Kedai buku Indie dan juga kedai buku second hand terpukul oleh kehadiran Amazon. Kehadiran internet merubah sama sekali habit pembelian masyarakat. Menurut pekedai indie, sukar sekali untuk mencari sebarang trend sosial atau demografi yang boleh memberi sinar baru kepada kedai buku Indie selepas hadirnya internet. Dan fenomena tumbangnya kedai Indie boleh dilihat diseluruh US. Amazon beroperasi seperti yang dibincangkan dalam The Long Tail. Konsumer hari ini mahu pilihan. Dengan hadirnya internet, sekecil-kecil pembaca dan penulis boleh mencari peminatnya sendiri. Fungsi orang tengah (broker) yang dimainkan oleh pene...

Statistik membaca rakyat Malaysia

Petikan dari Utusan hari ini, bawah entri USIM perkayakan buku tempatan. ------------------------ http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm Oleh W. Rahimah Draman Hasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India. Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan oleh perangkaan PNM itu pula, hanya 1,273 atau 32 peratus sahaja buku ilmiah yang dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bah...