Langkau ke kandungan utama

Kedai buku di Malaysia 5 tahun kedepan.

Dalam masa beberapa tahun akan datang ini kita akan lihat transformasi industri retail jualan buku yang besar di Malaysia.

Satu trend yang pasti berlaku adalah rempuhan chain bookstore ke kawasan kedai buku independent. Ini sedang berlaku, dan akan menjadi semakin sengit. Trend kedua adalah, beberapa kedai buku tradisional akan berubah menjadi kedai buku moden atas dasar survival, dan baki yang tidak mampu berubah akan menjadi semakin marginal.

Trend yang belum berlaku adalah Chain bookstore vs Internet retailer. Mungkin jauh lagi.

Faktor pertama adalah perkembangan pusat belibelah (mall) di Malaysia.

Chain bookstore duduk dan tumbuh didalam mall. Dalam satu temuramah di BusinessTime hari ini menunjukkan yang potensi untuk membangunkan lebih banyak mall baru, terutamanya di kawasan baru seperti Kuching, KK, Ipoh dan Kelang masih luas. Dan saya percaya bahawa mall developer tidak akan duduk diam dalam tahun-tahun mendatang ini.

Q: Do we have enough malls? Where do retailers wish there were more malls and where are there one too many malls?

Ham: What retailers would like to see is better-quality malls in the right location. This is because good-quality malls will attract the consumers. Coupled with the right tenants, (the) right management and the right promotion, the malls will draw the consumers like a magnet.

Yap: Malaysia still has the potential to grow. Per capita retail sq ft (sq ft over population) in Malaysia is 2.8 compared to other Asian countries, which are all above 3.2 sq ft per person. For example, Hong Kong is 12.9, (South) Korea at over 12.

Toh: On the surface, we have more than enough malls in the Klang Valley at about 10 sq ft per capita. However, there are still places like Kuching, which is way below the 2.8 number. In these places, we can do with more malls.

Rosly: Definitely, we need quality malls in the right location. We are trying to promote Kuala Lumpur as a shopping hub and Johor Baru, too. We see the overflow from Singapore, especially with two casinos slated for opening.

We also need to create our own Orchard Road.

Tan: Bukit Bintang and KLCC can take more shopping centres. However, in residential areas and smaller townships like Klang or Muar, there has been a population and income growth but no new malls there.

Kota Kinabalu and Kuching have hardly had any shopping complexes opened in the past 10 years, but next year, many are opening.

To build a quality mall, firstly, selling strata title retail space is not the formula. Secondly, developers seem to all be building simultaneously, like in Kota Kinabalu and Kuala Lumpur. This is not necessarily good.

Places where there can be more malls are in Ipoh and the Komtar area in Penang.

Berdasarkan perbualan dengan seorang eksekutif senior dalam satu chainbook store tempatan, kumpulan mereka mula masuk ke mall dalam tahun 1993. Sebelum ini kedai mereka berkonsepkan shoplot. Mereka dapati prestasi outlet dalam mall adalah jauh lebih baik dari outlet di shoplot.

Sejak itu, mereka tidak menoleh kebelakang lagi. Jika dilihat perubahan ini baru berlaku dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini. Menurut beliau, transformasi habit pembaca buku sudah jelas berlaku. Outlet tradisional mereka di China Town, KL sudah menjadi outlet yang terkebelakang dan semakin dilupakan oleh pembaca buku.

Kumpulan beliau juga kini sudah mula masuk ke bandar-bandar sekondari dimana ada mall yang sesuai seperti Muar dan Batu Pahat.

Faktor kedua, pekembangan pembaca kumpulan pertengahan (middle class)

Semakin ramai penduduk di Malaysia yang mendapatkan pendidikan tertiari, semakin ramai pembaca buku baru akan dihasil. Kumpulan ini moden dan gaya hidup mereka tidak sama dengan kumpulan pembaca lama. Habitat mereka bukanlah Jalan Tuanku Ab Rahman lagi (kecuali musim hari raya bila semua patah balik cari songkok dan baju melayu), tetapi pelbagai mall baru seluruh ibu kota.

Faktor ketiga, survival kedai buku indie.

Bila kerajaan mengumumkan bantuan buku teks 100%, kebanyakkan kedai buku indie kehilangan sumber pendapatan yang besar. Ini terutamanya kedai buku di 3 kawasan utama - Pulau Pinang, Johor dan Wilayah Persekutuan/Selangor. Ada yang melaporkan kehilangan sehingga rm4 juta setahun kerana buku teks pasaran terbuka tidak dapat dijual lagi. Ada yang melaporkan kehilangan sehingga 30% turnover tahunan mereka kerana tidak dapat menjual buku teks.

Kedai buku indie terpaksa mencari produk dan pasaran baru untuk mengganti jualan yang hilang ini. Persatuan penjual buku Malaysia mengatakan yang ahli mereka terpaksa berubah kepada jualan buku umum (buku umum : buku agama, novel, motivasi, kanak-kanak dan lain-lain yang tidak ada kena mengena dengan silibus sekolah).

Berdasarkan perbualan saya dengan eksekutif tersebut, transformasi dari kedai buku sekolah kepada kedai buku umum bukanlah sesuatu yang mudah. Beliau menggariskan beberapa perkara seperti
  • Satu, memerlukan modal yang besar besar. Produk buku umum adalah paling perlahan dari segi inventory turnover, paling tinggi dari segi holding cost untuk menyediakan satu kedai yang dikira well stocked dan punya variety yang baik, dan kos renovasi kedai yang jauh lebih tinggi. Beliau membuat bandingan dengan produk alat-tulis dan juga produk buku sekolah (teks, buku kerja, buku latihan, buku rujukan).
  • Dua, memerlukan kakitangan yang berkemahiran lebih tinggi untuk memilih, menjual dan mempromosi buku umum - dibandingkan dengan kakitangan yang menjaga produk buku sekolah atau alat-tulis. Produk buku sekolah dan alat-tulis lebih simplisitik. Sehingga hari ini, chain bookstore masih mempunyai masalah dalam melatih dan membangunkan tenaga kerja yang berkemahiran. Apatah lagi bagi kedai buku indie.
  • Tiga, perlu lokasi retail yang sesuai seperti didalam mall. Kebanyakkan mall tier-1 akan memilih penyewa yang punya brand dan kekuatan kewangan berbanding dengan kedai buku indie.
Menurut beliau, perubahan ini bukan sesuatu yang mudah.

Mengikut analisis dalaman kami sendiri, hanya 15% kedai buku sekolah mampu berubah menjadi kedai buku umum yang berdaya maju. Bakinya akan kekal sebagai kedai buku sekolah dengan bisnes yang semakin kecil, pencen atau keluar dari sektor ini sama sekali.

Perubahan ini sudah berlaku dibanyak negara-negara maju. Dan nampaknya kini akan mula berlaku di Malaysia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini....

Siapa Perlu Beli Buku Teks Sendiri?

Ini soalan yang dijawab oleh BBT dalam perbincangan ringkas dengan Persatuan Penerbit beberapa hari lepas. 1. Pelajar MRSM. Sebagai bekas pelajar MRSM Kuantan, saya arif tentang keperluan kami pelajar MRSM. Semua buk teks kena beli sendiri. 2. Pelajar sekolah swasta lain. Sekolah antarabangsa, sekolah swasta islam, sekolah swasta cina, sekolah swasta pendidikan khas. Semua pelajar ini kena beli sendiri. Data ada di Bahagian Pelajaran Swasta (yang websitenya masih tidak diupdate dari tahun 2007) 3. Ibu bapa yang mahu anaknya guna buku baru. Mereka tidak mahu buku teks usang dari skim pinjaman. 4. Pelajar yang terpaksa membeli buku ganti kerana hilang/rosak dan sebagainya. Mesti beli buku baru. 5. Cikgu yang masih menuntut di Institut Latihan Guru. Semua orang-orang ini perlu kepada buku teks di pasaran terbuka. Masalah utama mereka ialah kebanyakkan kedai buku tidak lagi menjual buku teks, sejak menteri mengumumkan dasar buku teks percuma untuk semua. Alasan pekedai buku ialah tidak ada...

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...