Langkau ke kandungan utama

Penerbitan konvensional - satu model zaman dinosour?

Setelah 7 tahun terlibat dalam bidang penerbitan, saya melihat banyak perkara yang kami buat dalam industri ini sangat kuno sifatnya. Praktis yang dianggap lazim dalam industri ini, hampir sahaja sudah tidak diterima dalam industri lain. Malah, dalam industri lain, pemain yang mengamalkan praktik kuno ini pasti sudah punah.

Saya sendiri terfikir, kenapa praktik kita terlalu ketinggalan. Selalu kami membuat jenaka, "pandainya penerbit itu hanya setakat dari dapat monuskrip, hingga siap cetak. Lepas itu semua jadi bodoh". Banyak orang luar yang tidak duduk dalam industri ini, tidak tahu 'cerita dalam' industri ini.

Semua amalan ini, seolah-olah direka untuk memastikan tidak ada pemain baru yang dapat tumbuh dan hidup - kecuali yang yang benar-benar gigih. Memastikan monopoli pemain sedia ada tidak digugat, atau memastikan pemain baru mati dalam tempoh terpendek. Dalam jangka masa panjang, kita lihat sedikit sekali kreativiti dan inovasi dalam dunia penerbitan buku tempatan - semuanya mati ditengah jalan.

1. Diskaun dagangan (trade discount) hampir 50%.

Separuh dari nilai buku yang diterbitkan hilang kepada kos distribusi. You lose half of your book value upfront!

Malah bagi penerbit baru, ada yang kena diskaun sehingga 60%. Dalm kategori buku-buku komoditi seperti buku mewarna, buku agama asas - diskaun dagangan boleh naik setinggi 70%. Apa yang tinggal untuk penerbit?, dan berapa pula pengarang dapat dalam situasi begini (biasanya dibayar Lump-sum sahaja!).

Akhirnya, kita dapat lihat yang kualiti buku kanak-kanak tempatan, dari segi inovasi, kreativiti, dan kualiti penulisannya, jatuh teruk. Penerbit yang serius tidak mahu memasuki pasaran ini kerana tidak mahu menerbitkan buku dengan tiada untung. Hanya penerbit terbang malam (fly-by-night) atau one-man-show sahaja yang sanggup buat buku kategori ini. Penulis yang berkualiti juga tidak mahu dibayar dengan harga rendah untuk menulis karya yang baik.

Sukar kita cari praktik diskaun dagangan buku dalam industri lain. Ramai teman-teman dari sektor lain yang geleng kepala bila kita buka cerita pengedaran buku. Saya tidak tahu siapalah yang membuat preseden ini waktu-waktu awal dahulu. Kalau kita rujuk buku bisnes, kebiasaan yang lazim bagi barang yang purata inventory turnover-nya sekitar 6 bulan, margin setakat 40% sahaja diperlukan dalam distribusinya - bukan 50% dan keatas.

2. Tempoh kredit sangat panjang - antara 90 hingga 180 hari itu normal!

Dalam industri ini, jika anda dibayar antara 3 hingga 6 bulan itu normal. Malah sangat beruntung jika mendapat bayaran tepat masa kredit. Banyak masalah penerbit di Malaysia, adalah bersangkutan tempoh kredit, dan kutipan hutang (poin 3).

Kesan utama kepada penerbit (dan memberi kesan juga kepada bayaran royalti pengarang) adalah kelemahan aliran tunai. Secara teorinya, bagi kredit 90 hari, penerbit hanya dapat mengutip bayaran maksimum setakat 75%, dari jumlah jualan tahun itu. Bakinya hanya boleh dikutip bila invois telah matang dalam tahun hadapan.

Contoh;
Jualan tahunan RM100,000.00
Kredit 90 hari.
Hanya 75% boleh dikutip dalam tahun itu, iaitu RM75,000.00. Bakinya hanya akan matang dalam kuarter satu tahun hadapan.
Baki RM15,000 itu, mesti dibiayai oleh penerbit sendiri sementara menunggu tahun depan.
Lebih parah, semakin besar jualannya, semakin besar defisit yang perlu ditanggung oleh penerbit setiap tahun (kalau jualan RM1juta, kena biaya defisit RM250,000 setahun).

Jika tempoh kreditnya 6 bulan, maka hanya 50% sahaja jualannya boleh dikutip dalam tahun itu? Manakala kos-kos cetak, gaji, dan sebagainya tetap mesti dibayar pada hujung bulan. Gaji staf tidak boleh guna IOU.

Dalam industri lain, kredit hanya dalam lingkuang 14 hingga 30 hari sahaja. Ini memungkinkan jumlah kutipan setinggi 90% dari jualan tahunan. Khabarnya, kontrak kerajaan lebih parah, tetapi itu cerita lain-lah.

3. Penerbit tidak dibayar.

Buku itu baik sifatnya, pengarang buku juga ramai orang baik-baik, tetapi bila masuk ke penerbitan dan penjual buku - panjang ceritanya.

Sampai hari ini industri penerbitan buku masih belum dapat mewujudkan satu biro kredit berpusat untuk menilai rekod kredit penjual buku. Semua masih berdasarkan rujukan peribadi yang rata-rata kurang profesional sifatnya. Tanpa biro kredit berpusat, penjual buku yang jahat boleh dapat kredit dari penerbit baru yang belum lagi 'kenal' dengan perangai mereka itu. Ada nama-nama yang 'terkenal' harum dalam industri ini - hanya anda perlu jadi orang dalam untuk tahu.

Malah ada penjual buku yang menggunakan gangster bila dituntut hutangnya oleh penerbit. Tanya sahaja kepada salesman dan penerbit lama, mereka ada pelbagai cerita bagaimana mereka ditipu.

Tanpa ada biro kredit berpusat yang kuat, penerbit perlu berhati-hati dan menilai secara sangat konservatif nilai kredit setiap penjual buku itu. Penerbit tidak dapat 'scale up' rangkaian distribusinya dengan baik. Dan, penjual buku yang jahat ini terus-menerus menipu orang-orang baru dalam industri.

Bank dan Utiliti umpamanya sudah lama menggunakan database kerajaan & swasta seperti FIS, CTOS, BRIS untuk membuat semakan kredit, dan menyenarai hitam peminjam yang bermasalah.

Penerbit buku masih lagi dalam zaman batu dan ditipu, tanpa ada sistem saringan kredit yang baik. Malah penjual alat-tulis dan kedai motor sudah menubuhkan biro kredit mereka sendiri. Dan penerbit sentiasa fikir mereka itu 'orang pandai-pandai'.

4. Return 100% kepada buku yang tidak boleh dijual.

Penjual tidak menanggung apa-apa risiko jika buku tidak dijual di kedai. Penjual boleh memulangkan 100% stok yang tidak laku. Stok return ini perlu ditelan oleh penerbit dan juga pengarang (pengarang tidak telan langsung, tetapi royaltinya dipotong atas buku return).

Return boleh dibuat selepas 12 bulan, malah kami pernah dapat buku yang dipulangkan selepas 3 tahun. Waktu itu kos cetak, dan royalti sudah dibayar 100%. Bila buku dipulangkan, penerbit mesti bayar semula wang penjual buku.

Kami terasa, pengedar tidak ada insentif kuat untuk menjual sesuatu tajuk itu, kerana mereka sama sekali tidak menanggung risiko, jika tajuk itu tidak laku. Untuk adil kepada penjual, mereka perlu tanggung kos gaji, servis, dan sewa kedai yang tinggi. Jangan ambil penyataan saya luar dari konteks.

Bagi penerbit baru, return boleh membunuh mereka. Bayangkan jika 20-30% buku yang anda jual ke kedai buku dipulangkan semula? Membuat provisi untuk return ini adalah salah satu kos tersembunyi yang menyebabkan buku menjadi mahal kepada pembaca. Tetapi, tanpa provisi ini, kami penerbit pula boleh mati.

Oleh itu, penerbit membuat strategi menerbitkan banyak tajuk, untuk memastikan kegagalan mana-mana satu tajuk tidak membunuh mereka sama sekali. Spread the risk.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini.

Statistik membaca rakyat Malaysia

Petikan dari Utusan hari ini, bawah entri USIM perkayakan buku tempatan. ------------------------ http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm Oleh W. Rahimah Draman Hasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India. Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan oleh perangkaan PNM itu pula, hanya 1,273 atau 32 peratus sahaja buku ilmiah yang dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bah

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada