Langkau ke kandungan utama

Dua isu utama dalam soal ebook.

Lihat kepada gajet Amazon terpanas tahun ini - Kindle. Kindle sudah jadi posterboy dalam majalah Newsweek, sudah jadi bahan debat dalam internet, dan sudah ada fanboy yang fanatik seperti kumpulan Mac/iPod/iPhone. Maknanya Kindle sudah ada peminatnya (malah saya sendiri mahu satu unit Kindle jika ada dijual di sini)

Satu petikan yang sangat terkesan pada saya adalah pendapat Bill Hill, dari Microsoft yang mengkaji soal bagaimana kita membaca dalam medium digital ini. Menurut beliau, proses menerbitkan buku ini sangat tidak efisyen, membazirkan tenaga, dan menggunakan terlalu banyak sumber alam.

Kita tebang pokok, angkut ke kilang, hancurkannya menjadi pulpa. Dari pulpa ini, dihantar ke kilang lain dan dibuat kertas. Kertas ini dihantar ke kilang pencetak, dimana kita menggunakan dakwat berasaskan kimia & petroleum, digam, dijahit, dan akhirnya barulah jadi sebuah buku.

Kemudian beliau bertanya "Adakah anda fikir kita akan terus buat benda yang sama ini dalam masa 50 tahun dari sekarang?" Dan tiba-tiba bulu roma saya meremang memikirkan masa depan penerbit tradisional berasaskan kertas dan dakwat.

-------

Soalan yang selalu penerbit terima dalam email sekarang, "Kenapa penerbitan anda belum ada edisi ebook, yang lebih murah, cepat dan pantas" atau variasi yang sama temanya.

Rintangan utama penerbit adalah DRM. Bagaimana dapat kami menjaga hakcipta penulis dan juga hak penerbitan kami daripada di cetak rompak dalam bentuk digital. Kita sudah ihat dengan mata sendiri kesan cetak rompak digital (CD, DVD, file sharing) kepada industri musik tempatan.

Debat masih berterusan dari segi moralnya menghadkan musik kepada pembeli sahaja (lawan, musik harus jadi percuma), atau juga ilmu pengetahuan mesti dibebaskan untuk kebaikan semua manusia (lawan kepentingan penerbit dan pengarang untuk mendapat hasil dari kerja mereka).

Sehingga sekarang kita belum ada solusi yang baik dan adil kepada penerbit-pembaca dalam soal DRM.

Akhir-akhir ini kita dapati ada pemikiran baru yang mahu menghapuskan DRM sama sekali dari penjualan musik. Saya mahu lihat apakah kesannya kepada jualan, dan bolehkah ekperimen yang sama direplikasi disini. Isu ini juga melibatkan kesedaran sivik, bahawa mencuri itu tetap salah walau dalam apa bentuknya, dan kesediaan masyarakat kita untuk menjadi jujur dalam hal ini.

Rintangan kedua, adalah soal membangunkan satu format digital yang standard, terbuka, dan boleh digunapakai di banyak format dan gajet. Kalau kita lihat hari ini, ada banyak gajet yang boleh digunakan sebagai pembaca ebook, dari PC/laptop, kepada PDA (platform Palm terkenal dan punya banyak pilihan dari segi ebook), mobile phone, gajet khas seperti Sony ebook reader/kindle, Portable gaming machine seperti PSP, Gameboy dan lain-lain.

Pada masa ini kita belum ada format yang standard. Setiap kali penerbit mahu menjual ebook untuk sesuatu format/gajet, kerja-kerja formating perlu dibuat dan diulang berkali-kali. Walaupun untuk beberapa format seperti PDF sudah ada alat yang mudah, tetapi tidak untuk banyak format lain. Ini sangat tidak efisyen dan 100% masih menggunakan tenaga manusia. Bayangkan jika penerbit ada 500 naskah untuk dikonversi kepada pelbagai format?

IDPF.org sudah mengambil langkah-langkah awal dalam hal, dan memperkenalkan standard .epub - tetapi saya belum nampak lagi implimentasi yang konkrit di rantau kita. Inisiatif .epub seperti dari websitenya;

".epub" is the file extension of an XML format for reflowable digital books and publications. ".epub" is composed of three open standards, the Open Publication Structure (OPS), Open Packaging Format (OPF) and Open Container Format (OCF), produced by the IDPF. ".epub" allows publishers to produce and send a single digital publication file through distribution and offers consumers interoperability between software/hardware for unencrypted reflowable digital books and other publications. The Open eBook Publication Structure or "OEB", originally produced in 1999, is the precursor to OPS.

Satu format standard yang terbuka akan membolehkan kerja-kerja menerbit ebook dalam pelbagai format menjadi ekonomikal, pantas dan berbaloi kepada penerbit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...