Langkau ke kandungan utama

Kurangnya buku kanak-kanak berkualiti di Malaysia

Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia 2007 akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini. Panel hakim sedang bermesyuarat tentang anugerah untuk ini untuk menentukan pemenang itu. Ada kategori yang pada pendapat saya kurang dicalonkan – kanak-kanak & remaja. Kesannya, sampel yang dinilai oleh panel hakim agak terhad.

Ada beberapa sebab yang kita boleh sangkakan berlakunya fenomena ini.

Satu, untuk satu anugerah yang sudah lama dorman, ini agak lazim berlaku. Momentum dan nilai berita yang dibina dari anugerah ini perlukan sedikit masa untuk sampai ke industri. Seterusnya, akan ambil masa sebelum industri respon dan mencalonkan buku-buku mereka.

Kedua, yang pada pendapat saya lebih penting adalah kurangnya karya yang diterbitkan oleh industri dalam satu-satu kategori itu. Atau, jika sekalipun banyak karya diterbitkan dalam kategori ini, tetapi kualitinya tidak layak dicalonkan untuk anugerah kebangsaan.

Sebab kedua ini lebih berat, industri buku sudah lama mengamalkan terma-terma yang sebenarnya membunuh penerbitan buku kanak-kanak berkualiti. Setelah lebih 10 tahun diabaikan, kesannya kita boleh lihat sekarang – kurang sekali buku kanak-kanak berkualiti.

Penjual buku menganggap buku kanak-kanak sebagai komoditi, terutamanya kategori workbook, spelling, dan drawing. Harganya kurang dari RM5, dan diskaunnya antara 60-70%. Kepada penerbit dan pengarang, ini hampir-hampir sahaja tiada margin. Penerbit akan ambil jalan pintas untuk menjimatkan kosnya. Akhirnya, tinggal penerbit 'cap ayam' sahaja yang mahu menghasilkan buku ini. Dan pekedai buku hanya mahu menjual buku murah dengan diskaun paling tinggi. Itulah mentaliti industri sekarang.

Dari sudut pembeli buku kanak-kanak (biasanya ibu-bapa yang memilih), ada kemahuan untuk membeli buku berkualiti. Malah ibu bapa hari ini sanggup membayar harga yang mahal untuk buku yang baik. Oleh kerana pilihan tempatan sangat kurang, saya khuatir yang akhirnya ibu bapa akan memilih buku import untuk anak mereka. Ini sangat bahaya kepada industri tempatan.

Setelah berpuluh-puluh tahun, persepsi bahawa kereta jepun lebih baik dari kereta Malaysia masih kekal dalam benak pembeli tempatan. Saya khuatir satu hari nanti, masyarakat akan kata – 'buku kanak-kanak import lebih baik dari buku tempatan'.

Ulasan

mZm berkata…
saya amat berminat dengan kekosongan 'ruang buku kanak-kanak yang berkualiti' yang semakin terpinggir. Mungkin kerana berlatarbelakang bidang pendidikan, saya melihat kepentingan minat membaca bahan berkualiti di kalangan kanak-kanak lebih utama dari keuntungan berlipatganda. Melalui pengalaman kita juga tahu bahawa pendidikan awal itu seumpama menulis di atas batu, ia akan kekal. Terima kasih kerana pandangan anda membuatkan saya pasti saya perlu bertindak (bukan hanya merancang dalam kepala) untuk kepentingan generasi baru...

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...