Langkau ke kandungan utama

Audio book yang kini ditanggalkan DRMnya.

Beberapa penerbit buku yang telah mengeluarkan edisi audio book mula menggalkan DRM dari produk mereka. Tujuan utamanya adalah untuk memberikan kemudahan kepada pembeli audio book untuk memindahkan fail antara PC, iPod dan telefon. Trend ini dimulakan oleh penerbit music seperti Warner dan Sony BMG, yang menerbitkan album mereka dalam format unprotected MP3. Kini trend ini diikuti oleh penerbit audio book seperti Random House dan Penguin.

Dari segi bisnesnya, penerbit berharap ini akan merejuvinasi jualan buku audio book. Menurut penerbit, melalui eksperimen sebelum ini, didapati cetak rompak terhadap audio book sebenarnya datang dari CD, dan bukan digital download. Oleh itu, penerbit yakin bahawa penjualan tanpa-DRM ini akan memberikan pulangan yang lebih tinggi kepada mereka dan juga pengarang. Tetapi, sebagai pengarang, mungkin ada antara mereka yang tidak mahu bukunya dijual tanpa perlindungan DRM, kerana prinsipnya adalah melindungi karya mereka dari ancaman cetak rompak melalui file-sharing.

Ini debat yang akan berterusan - DRM atau tanpa-DRM. Jika jualan tanpa-DRM terbukti lebih besar maka ramai pihak akan mengambil langkah pragmatik dalam menerima bahawa cara ini menghasilkan lebih banyak wang kepada penerbit dan pengarang. Soal cetak rompak itu akan ditangani menggunakan strategi pendidikan pengguna dan juga undang-undang - bukan dengan menyekat kebebasan pembaca.

Di Malaysia, belum ada penerbit yang memfokus kepada format audio book. Yang hampir-hampir dalam kategori ini ialah Telaga Biru yang satu masa dahulu banyak sekali menerbitkan CD dan kaset dalam bentuk ceramah. Kini Telaga Biru adalah salah satu penerbit buku yang berjaya.

Saya sendiri tidak pasti pasaran untuk audio book di Malaysia, adakah pembaca mahu membeli audio book? Atau kita masih senang mendengar ceramah yang berapi-api dan penuh emosi (percuma sahaja dalam musim kempen pilihanraya ini !)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...