Langkau ke kandungan utama

Cadangan Elaun Buku dari Dato Shafie Apdal

Rujuk kepada berita dalam BH

KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan mencadangkan kerajaan memberikan elaun buku kepada kakitangan awam dan swasta bagi menggalakkan tabiat membaca di kalangan masyarakat negara ini yang ketinggalan berbanding negara Barat.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata cadangan itu akan dibawa ke Kabinet kerana ia bertepatan dalam usaha kerajaan meningkatkan tabiat membaca dan menyokong sepenuhnya sekiranya kerajaan ingin meluluskan cadangan berkenaan.


Ringkasnya, Dato Shafie Apdal mahu mencadangkan kepada kabinet supaya kerajaan memberi elaun membeli buku untuk kakitangan awam dan swasta.

Sebagai orang industri buku, reaksi pertama kita adalah untuk menyokong cadangan ini. Langkah ini jika dilaksanakan akan menjana permintaan yang tinggi untuk buku. Itu pendapat masa euforia awal.

Bila difikirkan secara mendalam, apakah objektif kita sebenarnya dalam hal ini? Adakah kita mahu membina minat membaca, atau menstimulasi permintaan kepada buku? Objektif yang berbeza perlukan pendekatan yang berbeza.

Objektif : Menstimulasi Permintaan Buku.

Untuk menstimulasi permintaan kepada buku, saya fikir konsep ini baik. Yang perlu dijaga ialah ketirisannya. Untuk mengurangkan ketirisan itu, cara memberi elaun tetap tidak boleh dipakai sama sekali.

Cadangan saya : cara pertama ialah claim yang perlu diluluskan oleh ketua jabatan masing-masing. Ketua jabatan akan tentukan kesesuaian buku yang mahu diclaim nanti. Satu cara lagi yang boleh digunakan ialah satu jenis kupon rasmi yang diterima oleh kedai-kedai buku. Malaysian Bookseller Association boleh dijadikan platform untuk rundingan dengan kedai-kedai buku yang ada di Malaysia.

Kesannya, orang yang memang suka atau perlu kepada buku akan membeli lebih banyak buku. Yang mahu cuba-cuba, akan beli kerana tidak ada kos tambahan kepada mereka. Yang memang tidak membaca - tidak ada kesan sama sekali. Mereka memang tidak baca buku.

Rujuk artikel dalam answer.com ini untuk keberkesanan pemberian kupon.

Satu persoalan yang perlu dijaga ialah keadilan distribusi claim atau kupon ini nanti. Ini adalah satu bentuk subsidi.

Subsidi yang cara pemberiannya secara pukul rata sebenarnya hanya memindahkan sumber kepada kumpulan yang tidak memerlukan (kumpulan pendapatan tinggi contohnya). Pemberian elaun ini pasti tidak akan sampai kepada kumpulan yang paling memerlukan bantuan dalam membeli buku (orang miskin contohnya), kerana mereka mungkin sekali tidak bekerja dengan jabatan kerajaan atau pihak swasta.

Alternatif yang saya boleh cadangkan ialah memberi kupon tadi kepada para pelajar di sekolah, dan dipilih kepada yang layak sahaja.

Kesan paling penting program menstimulasi permintaan ialah jumlah jualan total industri buku akan naik. Kalau volume naik, saya percaya bebrapa perkara seperti harga purata buku akan turun, lebih banyak tajuk akan ditawarkan dalam pasaran, dan lebih banyak kedai buku akan dibuka ditempat-tempat baru.

Jika industri ini maju dari segi komersilnya, maka ia akan menyelesaikan isu-isu sosio-budayanya dengan sendiri tanpa perlu bantuan lanjut dari kerajaan lagi. Aktiviti penerbitan buku sastera contohnya, yang dikatakan kurang komersil, akan menjadi satu aktiviti komersil yang viable.

Objektif : Membina minat membaca.

Untuk membina minat membaca, kita perlu fokus kepada perubahan budaya. Ini jauh lebih sukar dari kerja menstimulasi demand dimana kita bekerja dengan orang yang sudah suka atau mahu mencuba. Untuk mengubah budaya perlu ada perubahan nilai.

Orang yang memberi nilai tinggi kepada pendidikan, secara terang akan meletakkan belanja sekolah, kelas tambahan dan pembelian buku untuk anak-anaknya lebih tinggi dari perbelanjaan lain (contohnya berbanding percutian, hiasan rumah atau fesyen). Orang yang memberi nilai tinggi kepada peningkatan diri akan memberi priority kepada life long learning (buku profesional, kursus dan bengkel) berbanding kemahuan lain. Orang yang nilai pendidikan atau peningkatan dirinya rendah, akan merasakan bahawa investasi kepada kelas, buku, seminar tadi tidak penting dalam hidup mereka.

Saya percaya yang sebahagian masyarakat kita sudah memberi perhatian tinggi kepada pendidikan dan peningkatan diri. ini boleh jelas dilihat dengan populariti penceramah motivasi (memberi kesan peningkatan diri), atau kelas tambahan , tadika swasta, kolej swasta (signal kepada palaburan dalam pendidikan anak-anak). Perubahan budaya ini jelas dilihat dalam kumpulan kelas menengah yang ibu bapanya sudah menerima pendidikan tahap universiti.

Bagaimana pula dengan kumpulan kelas bawahan, atau kumpulan ibu bapa yang tidak menerima pendidikan tinggi. Nilai yang diberikan kepada buku mungkin tidak begitu tinggi, berbanding keperluan hidup lain yangg lebih mendesak. Bagaimana kita dapat meyakinkan mereka bahawa pelaburan dalam pendidikan anak-anak perlu diberi perhatian yang lebih? Bagaimana untuk kita meyakinkan mereka bahawa membaca buku adalah satu jenis pelaburan minda untuk masa depan anak-anak mereka?

Kemampuan golongan rendah untuk naik dalam hieraki masyarakat telah terbukti melalui pendidikan. Terlalu banyak cerita di keliling kita bagaimana individu berjaya itu datang dari keluarga yang miskin. Yang pasti, walaupun keluarga itu miskin atau buta huruf - ibu bapanya menekankan kepentingan belajar dan membaca buku kepada anak mereka. Ibu bapa yang mengikat perut untuk menghantar anak mereka ke sekolah atau ke universiti juga bukan perkara asing dalam masyarakat Malaysia ini. Kumpulan ibu bapa begini, walaupun berpendapatan rendah - tetapi sebenarnya menunjukkan sikap dan budaya masyarakat maju.

Kita sudah ada asas untuk melakukan perubahan budaya ini.

Kepada Datuk Shafie, asasnya sudah ada. Mari mulakan kerjanya. Datuk ambillah statistik membaca kebangsaan itu sebagai salah satu KPI pretasi kejayaan menteri KeKKWa.

Kalau Dato Rais Yatim kami kenang kerana jasanya membina lebih dari 1000 perpustakaan desa seluruh negara, maka saya harap kami boleh kenang Dato Shafie sebagai menteri yang berjaya mengubah budaya buku dan pembacaan masyarakat Malaysia. Insyaallah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini.

Statistik membaca rakyat Malaysia

Petikan dari Utusan hari ini, bawah entri USIM perkayakan buku tempatan. ------------------------ http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm Oleh W. Rahimah Draman Hasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India. Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan oleh perangkaan PNM itu pula, hanya 1,273 atau 32 peratus sahaja buku ilmiah yang dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bah

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada