Langkau ke kandungan utama

Buku Agama dalam Mall : Masih Belum 'Pancit'.

Dalam satu tahun ini, pasaran buku agama mendapat pasaran baru - kedai buku dalam Kompleks Membeli Belah (mall).

Kedai buku utama seperti MPH, Popular dan kinokuniya sudah menjual pelbagai jenis buku agama Islam. Selain itu, kemasukan pemain seperti Badan Cemerlang (Johor), Kedai Buku Sarjana Media (Kuala Lumpur), dan juga khabarnya Syarikat Muda Osman (Kelantan) ke mall juga membawa banyak buku agama Islam ke dalam pasaran baru ini. Sekarang, pembaca sudah boleh mencari pelbagai jenis buku agama di mall yang mereka selalu pergi : kalau tidak ada, minta dari kedai buku itu supaya menjual buku-buku agama Islam.

Ada 2 trend yang saya perhatikan dengan kedai buku dalam mall ini;

Satu, kedai buku sendiri sudah mula buat promosi Ramadhan. Lihat di MPH, dan Popular - sebentar lagi mereka akan mula mempromosikan pelbagai buku untuk bulan puasa ini (Sebentar lagi, kerana sekarang sibuk promosi merdeka). Dari buku masakan (sentiasa bestseller dengan wanita Malaysia), sehinggalah kepada buku-buku agama.

Kalau tahun lepas, kami penerbit yang mempromosikan kepada kedai buku supaya dibuat jualan Ramadhan. Tetapi, tahun ini kedai buku telah mengambil alih dan menganjurkan sendiri prosmosi Ramadhan mereka.

Kedua, jualan buku agama di mall belum 'pancit'. Kalau di outlet tradisional, 2 minggu sebelum puasa kita sudah pancit. Kedai buku tradisional sudah tukar kepada menjual kopiah dan kurma.

Menurut mereka 'buku tidak boleh jual dalam bulan puasa'. Sebaliknya, di mall-mall ini kita lihat yang buku-buku agama masih terjual baik. Malah, kita jangka akan semakin naik nanti bila promosi Ramadhan bermula.

Ini semua perkembangan yang sangat baik. Tetapi, untuk perspektif besar, jualan buku agama masih jauh lebih besar di outlet tradisional berbanding tempat lain. Jualan di outlet moden masih kecil walau berkembang pesat. Berita ini sama sekali tidak melepaskan penerbit dari masalah kelembapan jualan dalam bulan puasa - tetapi sekurang-kurangnya sudah ada sinar harapan bagaimana dapat kita atasi cabaran ini.

Harapan saya supaya nanti jualan buku agama bulan puasa boleh setaraf dengan jualan Krismas hujung tahun. Supaya sama hebat dengan jualan buku agama bulan puasa di Indonesia. Supaya masyarakat mengambil sikap bahawa menambah ilmu dalam bulan Ramadhan itu juga satu ibadat.

Amin.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Ya, budaya menimba ilmu semasa bulan puasa patut diterapkan di kalangan masyarakat Malaysia, yakni sama ada ilmu fardhu ain, mahupun fardhu kifayah. Satu cadangan yang bernas!

- Ashadi Zain
Tanpa Nama berkata…
Jadikan membaca sebagai satu ibadah bukan sahaja hobi mengisi masa terluang atau amalan bila terdesak untuk peperiksaan.

Selain itu, mungkin nanti budaya memberi duit raya boleh digantikan dengan memberi hadiah buku atau boucer-boucer kedai buku yang boleh digantikan dengan buku.

Ini boleh menjadikan amalan memberi hadiah buku sempena hari raya sebagai satu budaya bagi mengantikan kebiasaan memberi duit raya. Duitnya jika tidak dibelanja dengan betul akan disia-siakan saja.

ibnurabi

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...