Langkau ke kandungan utama

Gosip Semasa Tentang Buku Teks Sekolah.

Sebentar lagi musim tender buku teks baru akan keluar. Jadi ada macam-macam cerita dan gosip yang kita dengar sekarang. Antara yang selalu timbul;

1. Buku Teks Sekolah dalam bentuk Ebook.

Ada satu syarikat yang mencadangkan supaya semua buku teks dijadikan ebook. Dan syarikat ini yang akan jadi pembekalnya kepada KPM.

Spekulasi saya, promoter projek ini berminat untuk membekalkan ebook reader (mungkin jenis PDA, atau laptop seperti OLPC, atau jenis Kindle).

Soalnya, bagaimana hendak diisi gajet tadi dengan pengisiannya (content). Hakcipta buku teks di Malaysia ini dipegang oleh pengarang, dan penerbit buku teks sedia ada. Saya tidak fikir promoter ini mahu tulis beratus-ratus tajuk buku teks-nya sendiri untuk dimasukkan dalam gajet ini nanti.

2. Buku Aktiviti Percuma Untuk Pelajar Sekolah.

Gosipnya mengatakan satu syarikat akan dapat hak untuk membekalkan buku aktiviti percuma kepada semua pelajar sekolah (seperti metod skim pinjaman buku teks sekarang). Saya ulangi - satu syarikat sahaja. Ini perbezaan besar dengan Skim Pinjaman Buku Teks, dimana ada banyak penerbit yang bersaing dan terlibat untuk membekalkan buku teks sekolah.

Jika terjadi, ini akan menimbulkan banyak kesusahan di kalangan penerbit-penerbit yang menerbitkan buku kerja sekolah. Selama ini penerbit bersaing sesama sendiri untuk menghasilkan buku kerja terbaik untuk pasaran. Faedahnya, pelajar dan sekolah yang dapat - kualiti buku yang baik pada harga yang kompetatif.

Jika buku kerja diberikan sebagai satu monopoli - pasti kualitinya akan jatuh, atau menjadi tidak kompetatif. Ini lumrah bisnes monopolistik. Di zaman Pak Lah yang menekankan transparesi ini, sebarang kotrak yang bersifat monopoli akan menimbulkan pelbagai persoalan di mata rakyat.

Dalam konteks buku teks sekolah, percubaan ini untuk memonopoli bisnes ini bukanlah kali pertama. 2 tahun lepas hangat diperkatakan sebuah syarikat yang didokong oleh seorang bekas tokoh perbankan cuba melobi untuk memonopoli pembekalan buku teks.

3. Pengajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris Yang Akan Kembali/tidak Kembali Ke Bahasa Melayu.

Ini satu lagi ketidakpastian yang dialami oleh para penerbit buku sekolah. Apa akan jadi jika dasar bertukar pada saat akhir.

Pada masa entri ini ditulis, kebanyakkan penerbit buku kerja sudah mula mengedarkan sample buku mereka kepada sekolah-sekolah. Edaran sample buku 2009 ini dibuat untuk mendapatkan order hadapan (in advance) dari sekolah yang mahu menggunakan buku penerbit itu.

Kalau tiba-tiba ada pengumuman mengejut, memang hangus naskah sample yang sudah dibuat itu. Dan saya difahamkan, polisi ini adalah keputusan politik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...