Langkau ke kandungan utama

Satu Penerbit Terpanas Sudah 'Tutup Kedai'

Satu berita panas berpusing dalam industri buku hari ini. 

Sebuah penerbit terpanas di pasaran, telah mengeluarkan VSS kepada kakitangan editorialnya semalam.  Semua kakitangan editorial akan diberikan 3 bulan gaji. Dengan VSS ini, mereka dijangka tidak akan menerbitkan buku sendiri lagi.

Berita ini juga mengatakan yang mereka akan mengekalkan unit edarannya. Unit edarannya kini memegang franchais mengedarkan bahan pengajaran bahasa Inggeris dari Cambridge University, satu francais  ELT (English language teaching) yang diketahui terbaik, dan menjadi pesaing kuat kepada francais ELT dari Oxford. 

Syarikat ini sejak ditubuhkan memang sentiasa mendapat perhatian dari industri buku kerana sangat 'daring' dalam perniagaan mereka. Pada awal penubuhannya, mereka cuba membolot semua kontrak untuk menerbitkan semua buku teks bagi projek PPSMI (Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris). Bila ini gagal kerana tentangan dari banyak penerbit buku teks tempatan, timbul pula cerita yang mereka akan diberikan kontrak membekalkan buku latihan kepada semua pelajar sekolah secara percuma. 

Selain dari cerita kontrak, penerbit ini juga telah menarik ramai kakitangan editorial yang bagus dari pesaing-pesanginya dengan menawarkan gaji yang tinggi berbanding industri. Dalam tempoh yang relatifnya singkat, mereka telah menerbitkan pelbagai jenis buku rujukan dan latihan yang berkualiti tinggi. 

Ini bukanlah berita baik untuk industri buku tempatan. Banyak kakitangan editorial yang berpengalaman akan hilang pekerjaan kerana keadaan ekonomi yang semakin sukar. 

Di sebalik setiap krisis pasti ada peluang. Jika ada pemodal baru (yang punya modal besar, khabarnya dulu syarikat ini dimulakan dengan modal sekitar RM10 juta) yang ingin memasuki sektor pasaran buku sekolah, sekarang ada tenaga kerja editorial yang boleh dipancing untuk memulakan usaha ini.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
PTS tidak berminat untuk menceburi pasaran buku sekolah? :)

- Ashadi Zain

Catatan popular daripada blog ini

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Kedai buku terpakai - satu penilaian semula

Sengaja digunakan tajuk klise yang biasa dipakai dalam kertas akademik. Akhir-akhir ini saya cuba mengumpulkan buku-buku biografi individu dan juga syarikat media utama dalam dunia. Kebanyakkan buku ini pernah terbit dalam tahun 80an (era 'greed is good' ) dan 90an (era 'internet bubble' ). Sangat sedikit yang boleh dicari dalam kedai buku besar. Saya terjumpa beberapa tajuk dalam subjek ini di kedai-kedai buku terpakai. Sistem penjualan buku hari ini tidak membenarkan banyak buku mempunyai jangka hayat yang lama di rak. Kedai buku besar biasanya hanya mahu menjual frontlist (buku baru), bestseller dan juga backlist yang evergreen sahaja. Ini realiti peruncitan buku hari ini. Untuk mencari buku-buku lama, dalam konteks ini terbit lebih dari 3 tahun lepas dan kurang popular, kita perlu pergi ke perpustakaan atau kedai buku terpakai. Rare book itu subjek lain.