Langkau ke kandungan utama

25 Ribu Ebook Di Malaysia.

Pengumuman menteri besar terengganu malam semalam dalam The Star bertajuk 25,000 Pupils In Terengganu To Get Laptop Next Year agak mengejutkan, kerana kerajaan terengganu secara unilateral telah mengambil keputusan untuk memberikan laptop kepada kanak-kanak sekolah. Unilateral kerana tanpa apa-apa partnership dari agensi tradisional dalam kementerian pendidikan dalam hal teknologi dalam pendidikan.

Dari satu segi ini bukanlah gerakan yang baru. Prof Negroponte dari MIT telah memulakan gerakan One Laptop Per Children (OLPC) yang secara besar-besaran mengkaji, dan membangunkan model laptop baru dan perisiannya untuk negara mundur dan membangun, dengan kos sasaran serendah USD100. Beliau yakin sekali bahawa laptopnya itu akan menjadi alat yang mampu mentransformasi pendidikan kanak-kanak tersebut.

Saya melihat inisiatif Terengganu sebagai berpotensi untuk menguji penggunaan ebook secara mass market dan besar-besaran di Malaysia. Menurut pengumuman tersebut, mereka hanya melibatkan Dewan Bahasa dan Pustaka (sebenarnya salah satu agensi bawah kementerian pendidikan juga) pada masa awal ini.

Kita masih boleh bincangkan keberkesanan laptop sebagi alat membaca, berbanding dengan dedicated reader seperti Amazon Kindle yang memang direka 100% untuk tujuan membaca buku.

Saya berharap syarikat pembekal tersebut akan juga melibatkan beberapa penerbit lain yang boleh membekalkan bahan-bahan bacaan selain buku teks kedalam laptop mereka. Bahan-bahan lain seperti buku latihan, motivasi, fiksyen kanak-kanak dan remaja, komik, dan buku minat umum lain boleh menjadi bahan pengkaryaan yang berharga kepada kanak-kanak sekolah.

Projek pendidikan begini jauh lebih baik dalam membangunkan potensi manusia di Terengganu berbanding dengan projek gajah putih yang digemari oleh menteri besar sebelum ini. Pelaburan dalam pendidikan pasti akan memberikan pulangan jangka panjang kepada usaha membangunkan negeri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...