Langkau ke kandungan utama

Jualan Retail Dijangka Merosot Lagi Tahun Hadapan.

Membaca satu berita dalam BusinessTimes bertajuk Retailers lower 2009 sales forecast betul-betul menyebabkan ramai penerbit dan kedai buku seram sejuk.

Antara lain, kajian yang dibuat untuk pihak Malaysian Retailers Association ini merendahkan jangkaan sales tahun 2009 dari 8% ke 5% atau kurang. Memang hampir-hampir tidak ada perkembangan tahun depan.

Malah untuk tahun ini sendiri, jangkaan awal perkembangan sebanyak 7% telah jatuh ke 4%, kerana 2 suku terakhir yang sangat lembap.

Untuk sektor retail buku, ini memang diakui oleh beberapa pekedai yang besar. Ada seorang pegawai yang memberitahu saya bahawa jualan pada bulan Julai lepas adalah yang paling buruk dalam 10 tahun ini.

Rata-rata pekedai buku yang menghadapi kelembapan jualan ini berada di di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Baru dan Pulau Pinang.

Beberapa pekedai juga memaklumkan yang jualan selepas hari raya sangat perlahan. Yang menjadi penyelamat kepada beliau ialah pembelian dari kerajaan yang sangat kuat akhir-akhir ini. Banyak perpustakaan dan jabatan kerajaan menghabiskan bajet tahunan mereka dalam suku terakhir ini.

Mereka juga tidak mengharapkan perubahan besar pada hujung tahun ini kerana jualan buku teks sudah tidak ada lagi. Kini, buku teks diberikan sebagai pinjaman kepada semua pelajar. Kebiasaannya jualan hujung tahun di kedai buku akan disokong besar oleh jualan buku teks sekolah. 

Sebaliknya kedai-kedai besar sedang bersiap sedia untuk menjalankan jualan musim Krismas pada bulan disember nanti. Mereka mengharapkan jualan disember akan membuahkan hasil yang baik pada tahun ini.

Kawasan bandar luar lembah kelang sebaliknya mencatatkan perkembangan yang baik untuk jualan buku untuk beberapa bulan ini. Sabah, Sarawak, Kelantan, Kedah, Terengganu dan Melaka umpamanya adalah kawasan-kawasan yang berkembang kuat dengan pembukaan Mall-mall baru, dan kedai-kedai buku bberangkai.

Satu lagi subsektor yang baik ialah jualan majalah. Malah, satu rangkaian news-stand yang giat berkembang sekarang sedang menambah lagi outlet mereka. Menurut pengurusnya, beliau menjangkakan jualan majalah akan terus berkembang sehingga hujung tahun ini.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Saya bukanlah seorg yg pesimis tetapi saya amat yakin, kemerosotan jualan retail terhadap buku tidak akan begitu signifikan berdasarkan trend pengguna ke arah bahan bacaan...moga-moga andaian ini akan menjadi realiti.,InsyaAllah.

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...