Langkau ke kandungan utama

Tarik Tali Hujung Tahun

Di Malaysia, untuk penerbit buku umum (bermaksud semua jenis buku selain buku sekolah dan buku teks universiti) adalah menjadi satu kemestian untuk masuk ke pasaran kedai buku berangkai (chain bookstores).

Kalau mahu distribusi dan volume yang besar, mesti pergi ke chains. Noktah.

(Penafian : Ini mazhab saya sendiri. Ada banyak juga penerbit yang sama sekali tidak bersetuju dengan pendapat ini)

Ini menyebabkan chains mempunyai pengaruh yang kuat kepada penerbit, terutamanya penerbit yang menjadi pembekal utama mereka. Mereka juga mula menggunakan pengaruh ini untuk mendapatkan terma yang lebih baik dari penerbit.

Antara perkara yang selalu menjadi topik tarik-tali adalah soal diskaun dagangan, sokongan untuk aktiviti pemasaran (beli iklan dalam majalah mereka, ikut dalam pameran, aturkan sesi bersama pengarang dan lain-lain), soal kos logistik, dan juga keutamaan untuk mendapatkan stok.

Penerbit sebaliknya akan menekankan timbal-balas seperti pameran pukal (bulk display), jualan per outlet yang lebih tinggi, ruang rak yang lebih besar untuk buku mereka, pesanan ulang (replenisment) yang lebih cepat dan lebih tinggi, dan terma bayaran yang lebih pantas.

Perkara ini boleh menjadi satu perkara yang sihat, selagi mana kedua-dua pihak faham bahawa ini mesti menjadi situasi win-win kepada kedua-dua pihak. Ia akan menjadi pahit dan kombatif, jika hanya satu pihak sahaja yang mendapat faedah, dan satu pihak lagi (penerbit-lah itu biasanya) tidak dapat melihat perkembangan dalam jualannya.

Ada juga pemikiran baru yang sedang bertiup di kalangan penerbit yang sudah lama membekal kepada chains - bahawa sudah sampai masanya untuk penerbit membuat diversifikasi tempat jualan. Kalau dulu, outlet chains di bandar-bandar besar menjadi fokus jualan, kini penerbit mesti membangunakan kedai-kedai tempatan di bandar-bandar yang lebih kecil. Kedai-kedai tempatan boleh menjadi pengimbang kepada pengaruh chains.

Saya sendiri percaya bahawa dalam tahun-tahun mendatang, penerbit mesti membuat diversifikasi ini dan pergantungan kepada chains. Ada banyak outlet buku bukan mass market yang boleh dikembangkan dengan hebat sekali. Antara niche yang terbukti berjaya sekarang;
  • outlet kedai buku sekolah yang fokus kepada servis di pasaran sekolah,
  • koperasi buku universiti yang menjual buku teks universiti dan kolej,
  • kedai buku agama,
  • news & magazine stand,
  • dan juga chains yang bersifat tempatan (seperti SQ utama, SMO, Kedai Buku Banggol)
Chains yang bersifat tempatan ini biasanya sangat sensitif kepada keperluan pasaran tempatan.

Ambil contoh sahaja untuk pasaran Melayu di Kota Bharu, saya fikir agak naif bila satu chains yang bersifat nasional ingin menjalankan promosi Krismas di sana. Mereka lebih baik membuat lokalisasi kepada aktiviti promosi yang dijalankan.

Sebaliknya kedai buku tempatan sudah bersedia untuk jualan post-hari raya haji di sana. Seperti yang kita tahu, hari raya haji akan menyaksikan trafik balik kampung yang tinggi di Kota Bharu, dan kedai buku tempatan sudah bersedia untuk mengambil kesempatan atas kebanjiran trafik ini.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam,
pada pendapat saya,semua bisnes sekarang lebih terarah kepada 'localisation'...kalau mahu bersaing,perlu lebih tahu pasaran lokal...kita bukan macam dulu lagi,pasaran sekarang lebih 'demanding'...lebih 'personal'...

wassalam.
Tanpa Nama berkata…
Dalam membangunkan kedai-kedai buku di bandar-bandar kecil atau pekan perlukan perubahan samada daripada pihak pekedai,penerbit dan pelanggan.

Pekedai berubah cara pemikiran dan operasinya. Ini kerana cuaca dan kuasa memilih dan membeli pelanggan sekarang semakin canggih dan informasi hanya di hujung jari serta mudah bawa. Oleh itu pekedai perlu selari dengan keadaan ini.

Mungkin perubahannya perlu daripada segi lokasi,ruang lantai kedai, pemilihan buku yang akan dijual, cara promosi.
Amat penting ialah kakitangan yang mengendali pemilihan dan pembelian buku yang akan dijual juga sekurang-kurang mempunyai minat atau kemahuan untuk suka dan cintakan buku. Tidak semestinya suka membaca buku. Tetapi mempunyai deria ke-6 yang berkenaan buku. Juga yang amat penting kekuatan kewangan kedai itu sendiri bagi menampung stok yang bakal dijual.

ibnurabi

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini....

Siapa Perlu Beli Buku Teks Sendiri?

Ini soalan yang dijawab oleh BBT dalam perbincangan ringkas dengan Persatuan Penerbit beberapa hari lepas. 1. Pelajar MRSM. Sebagai bekas pelajar MRSM Kuantan, saya arif tentang keperluan kami pelajar MRSM. Semua buk teks kena beli sendiri. 2. Pelajar sekolah swasta lain. Sekolah antarabangsa, sekolah swasta islam, sekolah swasta cina, sekolah swasta pendidikan khas. Semua pelajar ini kena beli sendiri. Data ada di Bahagian Pelajaran Swasta (yang websitenya masih tidak diupdate dari tahun 2007) 3. Ibu bapa yang mahu anaknya guna buku baru. Mereka tidak mahu buku teks usang dari skim pinjaman. 4. Pelajar yang terpaksa membeli buku ganti kerana hilang/rosak dan sebagainya. Mesti beli buku baru. 5. Cikgu yang masih menuntut di Institut Latihan Guru. Semua orang-orang ini perlu kepada buku teks di pasaran terbuka. Masalah utama mereka ialah kebanyakkan kedai buku tidak lagi menjual buku teks, sejak menteri mengumumkan dasar buku teks percuma untuk semua. Alasan pekedai buku ialah tidak ada...

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...