Langkau ke kandungan utama

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur - Berdepan dengan konsumer yang semakin sofistikated.

PBAKL 2010 dari kaca mata pengunjung tidak ada bezanya dari tahun-tahun sebelum ini. Macam biasa sahaja. Tahun depan, PBAKL akan mencapai usia 30 tahun. Satu kejayaan besar kepada industri buku di tanahair kita ini.

Tetapi, dari kaca mata orang yang terlibat dalam penganjurannya - ada pola kejatuhan jumlah pengunjung yang agak merisaukan.
  • Sekitar tahun 2008, PBAKL menerima lebih dari 2 juta pengunjung.
  • Dalam tahun 2009, jatuh kepada 1.5 juta pengunjung.
  • Dalam tahun 2010, jatuh lagi sekitar 1.2 juta pengunjung.
Kita sudah hilang lebih sekurang-kurangnya 800 ribu pengunjung dalam tempoh 2 tahun.

Apa sudah berlaku?

Untuk menjelaskan kejatuhan pengunjung dalam tahun 2010, kami meletakkan beberapa teori:

Satu, soal gaji. Kakitangan awam yang merupakan pengunjung utama pesta buku belum mendapat gaji. Malah, mereka mendapat gaji awal dalam bulan Febuari. Seawal 8hb Febuari. Ini jelas sekali kelihatan dalam statistik pengunjung harian. Hampir 70% pengunjung datang selepas 24hb Mac, selepas gaji masuk.

Dua, cuaca. Kejadian hujan lebat dan ribut yang berlaku setiap petang menyebabkan pengunjung sebelah petang amat kurang. Orang Kuala Lumpur khuatir bergerak jauh-jauh dalam hujan kerana takut tersangkut dalam banjir kilat.

Tiga, soal tarikh. Cuti sekolah berakhir pada minggu pertama pesta buku berlangsung. Faktor cuti sekolah penting bagi menarik kehadiran pengunjung dari luar daerah. Orang Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan sebagainya sukar untuk datang jika bukan musim cuti sekolah.

Empat, soal iklan yang lambat keluar. Iklan pesta buku di satu akhbar utama hanya bermula 3 hari sebelum pesta buku. Mitigasinya, di akhbar-akhbar lain bermula seawal 2 minggu sebelum pesta buku.

Dalam tahun 2009 pula, faktor utama yang kami fikir menyebabkan kejatuhan pengunjung adalah saiz dewan pameran yang lebih kecil. Dari sekitar 800+ gerai dalam 2008, jatuh kepada 600+ gerai dalam tahun 2009.

Benarkah faktor-faktor ini yang menyebabkan kejatuhan berlaku selama 2 tahun berturut - turut?

Jika inilah faktornya, ia mesti berlaku selama 2 tahun berturut-turut. Ia bukan hanya berlaku pada satu tahun, dan tidak berlaku dalam tahun yang lain.

Saya takut ini satu pola yang lebih besar dari faktor-faktor kecil diatas. Kejatuhan jumlah pengunjung selama 2 tahun ini bukan sekadar faktor cuaca, cuti sekolah dan gaji.

Apa pun bedah siasatnya, saya percaya bahawa pesta buku perlu satu nafas baru. Ulang tahun ke 30 tahun depan perlu kepada satu perubahan baru. Mungkin orang sudah jemu dengan pesta buku yang setiap tahun begitu sahaja rupanya.

Kita tidak ada satu poin jualan yang unik (USP);
  • pesta buku paling lengkap - BUKAN
  • pesta buku paling murah - BUKAN
  • untuk judul paling baru - BUKAN
  • pesta buku paling prestij - BUKAN
Kita biasa-biasa sahaja dalam semua poin-poin diatas. Parah kita kalau dikaji secara mendalam oleh pakar pemasaran.

Sebaliknya, kita berdepan dengan konsumer yang semakin sofistikated. Konsumer yang menekankan keselesaan, pilihan, harga atau boleh kita katakan 'pengalaman semasa berbelanja'. Apa pengalaman yang pesta buku telah berikan kepada mereka?

Sehingga hari ini, pesta buku masih dianjurkan secara sukarela oleh ahli-ahli persatuan. Ura-ura persatuan buku untuk menubuhkan satu badan professional untuk menganjurkan pesta buku ini masih belum tercapai sehingga hari ini.

Berapa lama lagikah tenaga sukarela dapat bertahan, dalam dunia yang semakin kompetatif ini?


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
assalamualaikum En Arief.
emoga En Arief dan kaluarga sentiasa sihat walafiat.Insya Allah

Kami dari Persatuan Galeri Seni Muar ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pada tahun 2009 ni ada ruangan 'Laman Seni". Kami berjaya mendapat maklum balas yang baik daripada para penggunjung yang rata-rata dari pelbagai profesion dan para pelajar. Mereka semua amat menghargai karya lukisan seni tempatan dan memberi pendapat serta berharap dapat dikekalkan konsep laman seni dan lokasinya di masa Pesta Buku 2011 akan datang.

pihak kami juga sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih dan TAHNIAH! kepada team En arief kerana berjaya memberi peluang dan ruang kepada kami.

Semoga konsep 'Laman Seni' diadakan di aras yang sama di tahun hadapan. (kami nak tempah 2 meja) Insya Allah

Semoga En Arief dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan berbahagia disamping keluarga tersayang. Insya Allah

p/s selamat hari Raya Aidilfitri daan maaf Zahir Dan batin daripada kami Persatuan Galeri Seni Muar.
Tanpa Nama berkata…
sekadar menyinggah..saya rasa satu lagi faktor org x perlu ke pameran buku ialah kerana kita sudah mampu memiliki buku dengan hanya menempahnya melalui online. dpt mengelakkan kesesakan di pameran buku dan juga lebih jimat masa.
-sekadar pendapat-
Tanpa Nama berkata…
Maaf singgah. Saya rasa perlu sesuatu yang baru dalam 'perkhidmatan' PBAKL. Contohnya Shoping cart. Untuk pengetahuan, beg sandang saya terkoyak dan x boleh diguna lagi gara-gara pesta buku.

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...