Langkau ke kandungan utama

Catatan

2 acara besar yang akan beri kesan kepada industri media tempatan.

Ada 2 acara dunia yang akan memberi kesan kepada industri media tempatan; 1. Sukan olimpik tahun 2008 di Beijing, dan juga 2. Kejohanan bolasepak Euro 2008. Bagi penyiar, ini pasti akan menambahkan pendapatan dari iklan mereka. Tetapi dalam masa yang sama, kos untuk mendapatkan hak siaran kedua-dua rancangan dunia ini akan menjadikan belanja operasi meningkat dalam tahun 2008. Penerbit majalah sukan dan seksyen sukan dalam semua akhbar akan memberikan fokus besar kepada acara ini. Saya belum dengar ada gerakan dari penerbit buku tempatan untuk mengambil kesempatan dari 2 acara ini. Malah, para bookie juga akan menyambut tahun baru 2008 dengan penuh optimistik.

Temuramah Computerworld dengan Craig Newmark.

Temuramah oleh Computerworld dengan pengasas craiglist, Craig Newmark. Ada cerita tentang bagaimana beliau dapat idea memulakan craiglist dan motifnya. Kenapa beliau sendiri bertugas di bahagian khidmat pelanggan, bukan sebagai CEO, dijawab dalam interview ini. Paling menarik adalah pendapat beliau seperti dibawah; There have been ongoing concerns and criticisms from the newspaper industry that free online ad sites like Craigslist are eating them alive and drastically reducing their revenues. What's your reaction? No one in the newspaper industry seriously says that. I've spoken to a lot of publishers, editors and industry analysts. They say that our site does have a small but measurable effect on classified revenues. But they say the bigger problems are those niche-classified sites which go after the more profitable classified categories, specifically cars and jobs. There's Autotrader.com and Monster.com. Newspapers have much bigger problems. Newspapers are going after 10...

Akhbar di Malaysia - 2 gerakan korporat.

Ada 2 pergerakan yang signifikan dalam Media & Publishing yang dilaporkan oleh TheEdge edisi 10 Dec 2007, kedua-duanya tentang akhbar. Pertama, NSTP menjual Malay Mail. Malay mail dijual kepada Gabungan Kasturi Sdn Bhd. Gabungan kasturi dipegang oleh Datuk Mohd Ibrahim (BluInc), Abd Rahman Ahmad (MD Media Prima), Shahril Ridza (MRCB) dan dipercayai GK adalah terkait dengan kepentingan UMNO. Selepas penjualan ini, MM dipercayai akan menjadi akhbar gaya hidup & hiburan. Kakitangan MM diberikan pilihan untuk VSS, diserap ke NSTP, atau menyertai BlueInc. MM pernah mencapai edaran setinggi 70,000 sehari dalam tahun 96, dan kemudiannya jatuh sehingga 20,000 sehari dalam tahun 2006. Kini, MM dirombak semula untuk memfokus kepada pembaca muda dengan isi hiburan, gaya hidup dan sukan. Menurut pengurusan baru, ini supaya lebih bersinergi dengan BlueInc dan MediaPrima. Ada banyak sebab yang diberikan tentang kejatuhan MM; Cuba menjadi akhbar nasional, dari asalnya akhbar lembah kelang sa...

5 penerbit utama untuk Pendidikan Tinggi

Pasaran buku berasaskan silibus ini bernilai beratus-ratus juta setahun. Jenis produknya terdiri dari buku teks, buku kerja/revision/rujukan/persediaan peperiksaan, alat bantu mengajar. Secara umumnya, saya tidak masukkan jurnal dan buku profesional, yang lebih fokus kepada practitioner, bukan pelajar. Kalau kita lihat secara bertahap, buku berasaskan silibus boleh difokuskan kepada tahap dibawah; Prasekolah Sek Rendah Sek Menengah STPM/A-level Kolej/Universiti. Sehingga kini, penerbit tempatan hanya mampu menerbit buku dalam kategori Prasekolah hingga Sekolah menengah. Banyak penerbit kecil dan baru, menerbitkan buku untuk pasaran sekolah rendah. Penerbit tempatan yang lebih kukuh pula, kuat di pasaran sekolah menengah seperti Sasbadi, Pelangi, Cerdik, Oxford Fajar. Bagi tahap STPM, ini diterbitkan oleh penerbit yang punya hubungan antarabangsa - Pearson Malaysia dan Oxford Fajar. Lebih sukar subjek itu, lebih besar penerbitnya. Jika kita masuk ke peringkat Pendidikan tinggi, major...

Wishlish dari seorang perpustakawan untuk penerbit Ebook

Oleh John Dupois, dari York University, Toronto. This is what an scitech ebook can be, a good source of information on a topic. Up to date, reviewing the literature, covering a topic comprehensively at multiple skill and knowledge levels, annotatable, sharable, copy and paste-able, blogable, citable, authoritative yet responsive and mashupable. We need to reimagine the scholarly monograph in the scitech fields, to find a business model that works, that rewards creators and meets the needs of readers. If it's something I'm going to pay for it needs to be better and easier to use than the free web, although I'm not sure I yet understand how I would evaluate that. Certainly, there has to be a compelling reason that students and researchers would use it rather than the free web, and I'm not sure what the range of those compelling reasons is yet either. Dan 9 poin lagi didalam blog beliau . Menarik untuk diperhatikan bagi penerbit Ebook. Ini terutamanya soal model, harga, da...

Penerbitan konvensional - satu model zaman dinosour?

Setelah 7 tahun terlibat dalam bidang penerbitan, saya melihat banyak perkara yang kami buat dalam industri ini sangat kuno sifatnya. Praktis yang dianggap lazim dalam industri ini, hampir sahaja sudah tidak diterima dalam industri lain. Malah, dalam industri lain, pemain yang mengamalkan praktik kuno ini pasti sudah punah. Saya sendiri terfikir, kenapa praktik kita terlalu ketinggalan. Selalu kami membuat jenaka, "pandainya penerbit itu hanya setakat dari dapat monuskrip, hingga siap cetak. Lepas itu semua jadi bodoh". Banyak orang luar yang tidak duduk dalam industri ini, tidak tahu 'cerita dalam' industri ini. Semua amalan ini, seolah-olah direka untuk memastikan tidak ada pemain baru yang dapat tumbuh dan hidup - kecuali yang yang benar-benar gigih. Memastikan monopoli pemain sedia ada tidak digugat, atau memastikan pemain baru mati dalam tempoh terpendek. Dalam jangka masa panjang, kita lihat sedikit sekali kreativiti dan inovasi dalam dunia penerbitan buku temp...

Teater pendek masa depan pembacaan.

The Future of Reading (A Play in Six Acts) , oleh Mark Pilgrim boleh dikatakan sebagai mash-up beberapa petikan dari Jeff Bezos, Richard Stallman, George Orwell, dan juga terma perkhidmatan Kindle sendiri - yang banyak kontradiksi antara satu sama lain. Jeff memakai topi aktivis, dan bila beliau memakai topi businessman dibawah. Act I: The act of buying When someone buys a book, they are also buying the right to resell that book, to loan it out, or to even give it away if they want. Everyone understands this. Jeff Bezos, Open letter to Author’s Guild , 2002 You may not sell, rent, lease, distribute, broadcast, sublicense or otherwise assign any rights to the Digital Content or any portion of it to any third party, and you may not remove any proprietary notices or labels on the Digital Content. In addition, you may not, and you will not encourage, assist or authorize any other person to, bypass, modify, defeat or circumvent security features that protect the Digital Content. ...

Satu semakan semula dengan undang-undang hakcipta sekarang.

Ditulis oleh John Tehranian, Professor Undang-undang, dari University of Utah. Dimulakan dengan contoh sehari-hari, dan diselang seli dengan sinisnya kegilaan kita dengan undang-undang hakcipta sekarang. "By the end of the day, John has infringed the copyrights of twenty emails, three legal articles, an architectural rendering, a poem, five photographs, an animated character, a musical composition, a painting, and fifty notes and drawings. All told, he has committed at least eighty-three acts of infringement and faces liability in the amount of $12.45 million (to say nothing of potential criminal charges). There is nothing particularly extraordinary about John’s activities. Yet if copyright holders were inclined to enforce their rights to the maximum extent allowed by law, he would be indisputably liable for a mind-boggling $4.544 billion in potential damages each year. And, surprisingly, he has not even committed a single act of infringement through P2P file sharing. Such an out...

Nanyang buat pusingan (Turnaround?)

Nanyang Press Holding ada beberapa akhbar cina dibawah pengurusannya. Nanyang Siang Pau dengan jualan harian 120,000 naskah, dan China Pres s dengan jualan harian 230,696 naskah. Pada tahun kewangan lepas merekodkan kerugian RM12 juta, tetapi berjaya membuat perubahan dalam suku pertama tahun ini dengan untung RM2.84 juta. Saya fikir selain dari kos kertas (sedikit menurun ke RM2000/ton dari paras RM2300/ton), faktor paling penting adakah komuniti pembaca akhbar cina akan terus menyokong mereka, bila nanyang hampir memonopoli semua akhbar cina. Teman-teman pembaca akhbar cina memaklumkan yang secara umumnya, mereka ini sangat merdeka jiwanya. Mereka akan sokong akhbar yang berani memperjuangkan isu dan masalah kaum cina di Malaysia. Kalau akhbar nanyang menjadi mesin propoganda kerajaan, jumlah pembaca boleh turun dengan drastik - seperti yang berlaku kepada BH dan Utusan. Berita lanjut di Star Business

Lagi Pencetak (dan juga Penerbit) ke Papan Ke-2 Bursa Malaysia.

BHS Industries Bhd akan ke papan ke 2 hari selasa depan. Pengumuman tentang IPO ini sudah ada di laman Bursa Malaysia. Tahniah kepada Pustaka Sistem dan Pustaka Yakin, yang mana merupakan subsidiari kepada BHS. Dari propektusnya, kita boleh lihat bahawa Bisnes percetakan ini sangat kompetatif dan menggunakan kapital yang besar untuk mesin, dan modal kertas. BHS mengimport sendiri kertasnya secara langsung tanpa menggunakan pengedar tempatan. BHS merancang untuk membawa masuk modal baru sebanyak RM18 juta. Akan digunakan untuk membeli mesin cetak dan binder baru, dengan kapasiti lebih besar. Akan mencari pelanggan baru luar negara. 2 imprint utama kumpulan ini, Yakin dan Sistem menyumbang kira-kira 18 peratus dari jualan. Kedua-dua imprint ini terlibat dalam buku teks & buku kerja. Menurut BHS, mereka ada majalah - tetapi saya tidak nampak majalah mereka di pasaran (mungkin tidak popular) Pesaing utama dalam cetakan buku dan majalah adalah Pelangi , Kum, dan Times. Menurut BHS, KumW...

Ebook dari Amazon: Cerita paling konkrit setakat ini.

TAMBAHAN Dapat membeli edisi Newsweek, dengan gambar Kindle di muka hadapan. Tiba-tiba bulu roma terasa meremang, dan sejuk. Mungkinkah ini ipod bagi buku yang kita tunggu-tunggu selama ini? ------------------------------- rujuk http://www.newsweek.com/id/70983 "Buku, rupanya satu alat yang sangat hebat" kata Bezos. Setelah buat bertimbun-timbun wang dari Amazon.com, kini beliau mahu mengubah benteng pertahanan analog terakhir - buku. Dari analog kepada Digital. Tak puas baca di web, perlu cari majalah edisi cetak.

Bahan pengajaran percuma untuk tahap sekolah rendah.

Bahan pengajaran percuma (tidak sama dengan buku teks percuma) sudah ada untuk pembelajaran tahap kolej & universiti - antara yang popular adalah siri lecture dari MIT. Kini sudah ada usaha untuk menghasilkan bahan pengajaran percuma untuk sekolah rendah. Free Reading - sumber percuma, open source , dihasilkan secara wiki untuk guru dan pelajar sekolah rendah (prasekolah?). Mereka masih perlu cetak sendiri bahan yang ingin digunakan. Malah kita sudah dengar usaha yang sama di Indoensia, bila kerajaan membeli hakcipta buku-buku teks dan meletakkan bahan-bahan ini online. Ini supaya bahan-bahan ini boleh direplikasi tanpa had oleh guru dan sekolah. Free-Reading is an “open source” instructional program that helps teachers teach early reading. Because it's open source, it represents the collective wisdom of a wide community of teachers and researchers. It's designed to contain a scope and sequence of activities that can support and supplement a typical “core” or “basal” prog...

SEDANG BACA - The God Delusion oleh Richard Dawkins

Buku kontroversi. Pasti. Aspirasi penulisnya mahu kumpulan Atheis keluar dari persembunyian, dan bersuara kepada dunia. Dalam prefacenya, beliau mengklaim yang hujah-hujah rasionalnya mampu mengubah seorang believer kepada seorang yang skeptikal dengan kewujudan tuhan, setelah selesai membaca buku ini. Saya fikir agak sombong bila penulisnya menghukum bahawa pembacanya pasti bersetuju dengan beliau. Samaada setuju atau tidak, pembaca juga kritikal dengan hujah beliau. Mahu cari buku yang menjawab beliau, dari kacamata Muslim atau Kristian selepas ini.

Pelangi akan dijadikan syarikat private

Rumor dalam pasaran mengatakan yang PNB akan menjadikan Pelangi syarikat private. Pelangi memang menghadapi masalah. Jualan jatuh dari RM 70 juta dalam tahun 2005, ke RM59 juta dalam tahun 2006. Untung bersih juga jatuh dari RM8.7 juta tahun 2005 ke RM6.7 juta dalam tahun 2006. Mengikut pelangi ini kerana polisi kredit yang lebih cermat, dan juga polisi return baru yang lebih ketat. Dari berita dalam pasaran, kita juga dengar ada pengurus senior yang telah berkhidmat lama, berhenti dari Pelangi, dan ada beberapa muka baru dalam senior management.

Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia 2007

Berita baik buat penggiat buku tempatan - ABKM akan dimulakan semula. Menurut orang lama, anugerah ini terkubur selama beberapa tahun keran tidak ada pihak yang mahu menganjurkannya. Sekarang dimulakan semula. Tidak ada website khusus, hanya ada entri dalam ruang berita laman web persatuan penerbit buku malaysia (MABOPA).

Kedai buku di Malaysia 5 tahun kedepan.

Dalam masa beberapa tahun akan datang ini kita akan lihat transformasi industri retail jualan buku yang besar di Malaysia. Satu trend yang pasti berlaku adalah rempuhan chain bookstore ke kawasan kedai buku independent. Ini sedang berlaku, dan akan menjadi semakin sengit. Trend kedua adalah, beberapa kedai buku tradisional akan berubah menjadi kedai buku moden atas dasar survival, dan baki yang tidak mampu berubah akan menjadi semakin marginal. Trend yang belum berlaku adalah Chain bookstore vs Internet retailer. Mungkin jauh lagi. Faktor pertama adalah perkembangan pusat belibelah (mall) di Malaysia. Chain bookstore duduk dan tumbuh didalam mall. Dalam satu temuramah di BusinessTime hari ini menunjukkan yang potensi untuk membangunkan lebih banyak mall baru, terutamanya di kawasan baru seperti Kuching, KK, Ipoh dan Kelang masih luas. Dan saya percaya bahawa mall developer tidak akan duduk diam dalam tahun-tahun mendatang ini. Q: Do we have enough malls? Where do retailers wish there ...

Bagaimana buku IT tumbang di kedai buku.

Patah balik ke tahun 1994 - tahun dimana semua orang mula mabuk dengan revolusi internet. Dalam tempoh 2 tahun ke depan, beribu-ribu tajuk dalam bidang IT diimport ke malaysia. Tajuk-tajuk pengenalan popular seperti Outlook dan Office terjual beberapa ribu naskah setiap tajuk. Kedai buku membesarkan rak buku komputer dan IT dengan agresif. Harga bukunya mahal. Jualannya substansial. Datang tahun 1997 dan kehancuran semua jenis dotcom. Semua buku-buku tadi tinggal jadi hiasan dalaman dalam kedai buku. Sehingga hari ini, era jualan buku IT yang mencapai ribuan naskah tinggal kenangan manis, satu era, satu zaman. Hari ini kalau dapat jual 30 naskah satu tajuk juga sudah dikira sangat baik. RIP.