Langkau ke kandungan utama

Catatan

Akhbar CSM Pindah Ke Web

Akhbar Christian Science Monitor (CMS) menutup penerbitan edisi cetak, dan memindahkan semua penerbitannya ke web. Tetapi mereka akan mengekalkan penerbitan bercetak untuk edisi hujung minggu.  Saya banyak membaca perbincangan mengenai model baru penerbitan akhbar dalam zaman internet. Pada pendapat saya, akhbar yang mempunyai jualan iklan yang kuat, berbanding dengan jualan subscription , akan berjaya melakukan transformasi ini.  Sebaliknya, akhbar yang bergantung kepada subscription , akan menghadapi masalah besar apabila cuba memindahkan modelnya ke dunia baru ini.  Jika kita membayangkan lima tahun dari sekarang (atau mungkin lebih awal lagi), manakah akhbar bahasa Melayu yang akan pergi ke web 100%? Mungkinkah mereka boleh membina model perniagaan baru yang sustainable dalam web? Artikel penuh dalam NYT bertajuk The Monitor Ends Daily Print Edition .    

Tukar Kerajaan, Tukar Cara Beli Buku

Seorang teman yang bisnesnya sebagai kontraktor buku kerajaan baru balik dari utara. Beliau dan 16 kontraktor buku lain mendapat jemputan untuk menghadiri mesyuarat di perbadanan perpustakaan negeri. Dari 16 itu, hanya 12 syarikat yang hadir. "Bagus kerajaan baru ni" ujar beliau. Menurut beliau semua yang yang mesyuarat diminta supaya memberikan sokongan dan menyertai pesta buku negeri yang akan dianjurkan dalam tempoh terdekat ini. Mereka tidak mendapat bayaran, tetapi sebaliknya diberikan peluang untuk membekalkan buku-buku terbaru kepada perpustakaan negeri itu. Semua yang datang dapat pesanan - semua dapat sama rata. Rugilah kepada kontraktor yang tidak hadir itu. Yang paling mereka seronok sekali, sebelum ini mereka tidak rasa langsung dapat pesanan dari perpustakaan itu. Semuanya dibolot oleh satu kedai buku yang terkenal di negeri itu. Boleh dikatakan, orang industri tahulah siapa yang control . Bawah kerajaan baru ini barulah mereka semua merasa dapat pesanan. Ramai y...

Curi Buku dan Jual Secara Online

Dalam industri ini, cerita pengunjung curi buku dalam kedai memang cerita biasa. Pencuri ini datang dalam berbagai samaran - ada yang macam pemandu teksi, ada yang bertudung, ada juga yang berstatus selebriti, ada yang pakai seluar baggy dan sebagainya. Baru-baru ini ada cerita dari utara. Sebuah kedai buku telah hilang beberapa ratus naskah buku dari dalam setornya. Lanjutan itu, satu siasatan dalaman telah dibuat untuk mencari sisapakah yang mencuri buku-buku tadi. Pengurusan kedai mengesyaki ini adalah kerja dalaman. Dalam kes kecurian biasa, buku telah dibawa keluar dari setor, dan diletakkan di rak pameran. Buku yang hilang dari rak pameran biasanya kerana dicuri oleh pengunjung kedai. Pengurusan yakin hanya orang dalam sahaja yang boleh mencuri dari setor simpanan buku. Secara tidak sengaja, seorang pekerja kedai ini telah menjumpai satu laman web yang dipunyai oleh teman sekerjanya. Dalam laman web tersebut, temannya ini menjual buku secara online, meletakkan gambar dirinya, dan...

Apa Yang Cik Oprah Paling Suka Sekali?

Ikon kultural dalam pembacaan hari ini, Cik Oprah Winfrey telah membuat deklarasi terbuka bahawa Amazon Kindle adalah gajet kesukaan beliau.  Kata beliau  "I'm telling you, it is absolutely my new favorite thing in the world ".  Kalau seorang ikon konservatif sudah jatuh cinta, berapa lama sebelum semua peminatnya juga fikir benda yang sama?

Satu Penerbit Terpanas Sudah 'Tutup Kedai'

Satu berita panas berpusing dalam industri buku hari ini.  Sebuah penerbit terpanas di pasaran, telah mengeluarkan VSS kepada kakitangan editorialnya semalam.  Semua kakitangan editorial akan diberikan 3 bulan gaji. Dengan VSS ini, mereka dijangka tidak akan menerbitkan buku sendiri lagi. Berita ini juga mengatakan yang mereka akan mengekalkan unit edarannya. Unit edarannya kini memegang franchais mengedarkan bahan pengajaran bahasa Inggeris dari Cambridge University, satu francais  ELT  (English language teaching)  yang diketahui terbaik, dan menjadi pesaing kuat kepada francais ELT dari Oxford.  Syarikat ini sejak ditubuhkan memang sentiasa mendapat perhatian dari industri buku kerana sangat 'daring ' dalam perniagaan mereka. Pada awal penubuhannya, mereka cuba membolot semua kontrak untuk menerbitkan semua buku teks bagi projek PPSMI (Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris). Bila ini gagal kerana tentangan dari banyak penerbit buku teks tempatan, timbul pula ce...

lingkaran hitam untuk ekosistem kandungan tempatan.

Diskusi saya ini merujuk kepada aktiviti pengiklanan dalam internet. Lumrahnya, syarikat saya ini syarikat kecil, yang hanya memfokuskan buku-bukunya kepada pembaca tempatan (tambah sikit orang Brunei dan orang Singapura). Oleh itu, sifatnya sangat lokal. Akhir-akhir ini kita mengambil keputusan untuk meningkatkan bajet pengiklanan dalam internet yang mensasarkan kepada pembaca buku tempatan. Kami mengambil keputusan untuk menggunakan jaringan pengiklanan ( advertising network ) Google Adword.  Premisnya mudah- kami mahu mengiklan kepada pembaca internet dalam bahasa Melayu, yang geografinya terhad kepada Malaysia. Rupanya susah sekali, dan keputusannya tidak optimum. Sebabnya, google Adword tidak menyokong bahasa Melayu. Mereka tidak menerima pendaftaran dari laman web bahasa Melayu yang popular untuk meletakkan iklan Adsense. Oleh itu, jika ada pengiklan yang mahu mensasarkan ke pembaca laman web Melayu - jadi susah sekali. Iklan kita tadi akan disiarkan di laman berbahasa Inggeris, ...

Geoff Colvin : Jual Otak atau Jual Barang?

Kolum dari editor senior di salah satu majalah bisnes kegemaran saya : Mana lebih untung, jual otak atau jual barang ? (Fortune magazine) -- I have long held that brainpower trumps all economically - that intellectual capital is the most reliable way to wealth, for a person or a company. But sometimes even brilliance can't outperform the brute force of giant economic trends, and that has been a major theme of the past several years - much to my surprise.

Laman cetak rompak novel novelmelayu.blogdrive.com tutup

Semalam saya dapati laman cetak rompak novel tersebut sudah dipadamkan oleh pengendalinya. Kisah ini merujuk kepada entri awal  tentang cetak rompak digital. Cerita ini ditulis oleh beberapa blogger, dan boleh diperhatikan banyak pembaca (dan pasti pengarang yang bukunya dicetak rompak) mula mengacau laman tersebut. Saya juga dimaklumkan ada penerbit yang sudah membuat laporan polis mengenai laman itu.  Ini adalah keputusan yang baik.  Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para blogger dan pembaca yang telah menentang secara kolektif, kewujudan laman cetak rompak ini. Usaha anda semua ternyata telah berjaya. Kita akan terus berhati-hati dan memantau sebarang kejadian cetak rompak digital.

Cetak Rompak Digital (Part 2)

Sambungan dari entri awal dalam hal ini. Bangun dari tidur pagi ini, dan terbayang senario ini : Dulu, buat album jual dalam bentuk CD dan kaset --> Kena cetak rompak, jual di pasar malam RM5 --> jadi MP3, masuk dalam Torrent, Free Download! Hari ini, Terbit Buku --> Kena cetak rompak, lanun scan dan jual pdf harga RM10 --> Esok, masuk dalam Torrent, Free Download! Waduh ... 

USD naik, RM turun = Harga kertas pun naik.

Semalam pembekal kertas ada menelefon saya soal harga untuk pesanan kertas bagi bulan November - 60 hari ke depan. Beliau agak risau dengan kelemahan ringgit sekarang, kerana ini bermakna harga kertas akan naik 2-4% dari apa yang mereka jangka. Pembelian kertas ini boleh dikatakan besar kerana biasanya dibeli dalam kuantiti berapa kontena. Setiap kontena ialah lebih kurang 15 tan kertas. Jika harga berubah, nilainya dalam RM ialah beberapa ribu ringgit. Oleh itu, pembeli kertas akan berhati-hati dengan sebarang perubahan harga dan pergerakan matawang. Salah satu paper mill utama yang membekal kepada beliau ialah Sabah Forest Industry, Sabah. SFI membekalkan beratus-ratus kontena kertas simili woodfree kepada beberapa pembekal di semenanjung, dan pembekal ini akan membekalkan kertas tadi kepada pencetak, penerbit, pembuat stationary, dan pengguna lain yang menggunakan kertas gred ini. Selain SFI, 2 lagi punca utama untuk kertas simili bagi Malaysia ialah beberapa paper mill di Indonesia...

Boleh Mati Penerbit Buku Kena Cetak Rompak Begini

Baru-baru ini saya dapat laporan dari teman penerbit tentang sebuah laman yang menjual buku cetak rompak secara e-book (http://novelmelayu.blogdrive.com). Kali ini, buku terbitan kami sendiri yang kena cetak rompak, dan beberapa buku dari teman-teman penerbit lain. Maka kami semua berunding sesama sendiri bagaimana harus di tangani masalah ini. Itu semalam, hari ini semakin ramai penerbit yang tahu - makin kecoh. Ada seorang teman yang telefon saya pagi ini. "Macam mana dia boleh pirate kita punya buku. Saya selalu survey market, kalau kena pirate saya mesti nampak", kata beliau dan saya percaya cakapnya. Beliau memang aktif dalam pasaran novel. Saya jawab "Ini bukan print punya, ini jual soft-copy !". Soalan beliau membuka mata saya tentang perbezaan digital yang kita ada hari ini. Orang lama (penerbit buku) fikir ini mesti hal cetak rompak biasa, dan sama sekali tidak sangka adacara baru - digital. Malah, saya fikir banyak pihak belum terfikir apa implikasi cet...

Gosip Semasa Tentang Buku Teks Sekolah.

Sebentar lagi musim tender buku teks baru akan keluar. Jadi ada macam-macam cerita dan gosip yang kita dengar sekarang. Antara yang selalu timbul; 1. Buku Teks Sekolah dalam bentuk Ebook. Ada satu syarikat yang mencadangkan supaya semua buku teks dijadikan ebook. Dan syarikat ini yang akan jadi pembekalnya kepada KPM. Spekulasi saya, promoter projek ini berminat untuk membekalkan ebook reader (mungkin jenis PDA, atau laptop seperti OLPC, atau jenis Kindle). Soalnya, bagaimana hendak diisi gajet tadi dengan pengisiannya (content). Hakcipta buku teks di Malaysia ini dipegang oleh pengarang, dan penerbit buku teks sedia ada. Saya tidak fikir promoter ini mahu tulis beratus-ratus tajuk buku teks-nya sendiri untuk dimasukkan dalam gajet ini nanti. 2. Buku Aktiviti Percuma Untuk Pelajar Sekolah. Gosipnya mengatakan satu syarikat akan dapat hak untuk membekalkan buku aktiviti percuma kepada semua pelajar sekolah (seperti metod skim pinjaman buku teks sekarang). Saya ulangi - satu syarikat sah...

Buku Agama dalam Mall : Masih Belum 'Pancit'.

Dalam satu tahun ini, pasaran buku agama mendapat pasaran baru - kedai buku dalam Kompleks Membeli Belah (mall). Kedai buku utama seperti MPH, Popular dan kinokuniya sudah menjual pelbagai jenis buku agama Islam. Selain itu, kemasukan pemain seperti Badan Cemerlang (Johor), Kedai Buku Sarjana Media (Kuala Lumpur), dan juga khabarnya Syarikat Muda Osman (Kelantan) ke mall juga membawa banyak buku agama Islam ke dalam pasaran baru ini. Sekarang, pembaca sudah boleh mencari pelbagai jenis buku agama di mall yang mereka selalu pergi : kalau tidak ada, minta dari kedai buku itu supaya menjual buku-buku agama Islam. Ada 2 trend yang saya perhatikan dengan kedai buku dalam mall ini; Satu, kedai buku sendiri sudah mula buat promosi Ramadhan. Lihat di MPH, dan Popular - sebentar lagi mereka akan mula mempromosikan pelbagai buku untuk bulan puasa ini (Sebentar lagi, kerana sekarang sibuk promosi merdeka). Dari buku masakan (sentiasa bestseller dengan wanita Malaysia), sehinggalah kepada buku-bu...

Pak Menteri Yang Mendapat Kecerahan

Saya menyokong kenyataan yang dibuat oleh Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek bahawa perkhidmatan kerajaan mesti bersedia untuk menerima kritikan dari kumpulan media baru . Zaman dimana kakitangan awam membuat keputusan disebalik pintu yang tertutup rapat sudah lama berlaku. Tindakan mereka akan dinilai oleh orang sekeliling. Saya fikir mentaliti ini yang paling sukar untuk diterima oleh kakitangan awam. Ada kumpulan yang progresif dan menerima perubahan ini, tetapi masih ada poket kumpulan yang sama sekali menolak malah memusuhi kumpulan media baru ini. Kesimpulan yang dibuat oleh Datuk Shabery memang benar - bahawa satu-satunya senjata menghadapi era baru ini ialah dengan memastikan bahawa kakitangan awam kekal bersih, jujur dan efisyen dalam melaksanakan tugas. Melihat kepada ucapan beliau, saya sedut tanggapan beliau yang pada pendapat saya menunjukkan perubahan paradigma yang jelas (tetapi saya tidak yakin dikongsi oleh pak-pak menteri lain dalam UMNO) Tetapi, sekurang-kurang...

Cerita Buku Teks Seludup Di Koperasi Kedai Buku Universiti

Hari ini, saya bertemu dengan seorang rakan yang sudah lama terlibat dalam mengimport dan mengedar buku teks untuk kegunaan Kolej dan Universiti. Bisnes buku teks kolej dan universiti ini bisnes yang besar. Ada anggaran yang meletakkan nilainya sekitar RM300 juta setahun. Kalau kita lihat penerbit pengajian tinggi yang terkenal seperti McGraw-Hill Higher Education, mereka ada menerbitkan lebih dari 3000 tajuk dalam pelbagai bidang pengajian untuk kolej & universiti. Hampir mustahil penerbit tempatan dapat bersaing dalam bidang ini. Oleh itu, banyak buku teks dalam pelbagai bidang pengajian di universiti tempatan diimport. Menurut beliau, satu masalah yang teruk dihadapi oleh pengimport beretika ialah masalah buku teks yang diseludup keluar. Penyuludupan ini berpunca dari perbezaan harga buku teks di asia dan di US. Di US contohnya, sebuah buku teks dijual antara USD40-USD70 senaskah. Harga ini terlalu tinggi untuk pasaran asia dan menyebabkan pelajar di asia memfotostat buku-buku ...

AKAN DATANG : Google preview

Satu lagi feature baru dalam sistem google book search : Google preview. Kelebihan feature baru ini ialah peningkatan kepada user interface yang dialami oleh pengguna website. Ia seperti membolehkan kita meng'embed' video YouTube atau peta Google maps dalam laman web penerbit. Ini jauh lebih baik dari cara awal dimana penerbit perlu meletakkan ikon dan link dalam laman web masing-masing. Setakat ini penerbit perlu memohon kepada google untuk mendapatkan API yang boleh digunakan dalam website masing-masing. Rujuk contoh yang digunakan oleh Stanford University Press disini : http://www.sup.org/book.cgi? book_id=5502 PTS dijangka akan menggunakan sistem ini dalam tempoh 1 atau 2 minggu kehadapan. NOTA : Anda perlu menggunakan Firefox. Pengguna IE akan menghadapi sedikit masalah buat masa ini, tetapi google dengan membuat pembaikan untuk pengguna IE.

Jonathan Karp: The problem with the publishing industry

Satu artikel dalam Dallas Times yang sangat baik. Saya sendiri juga sering terperangkap menggunakan strategi klise yang beliau gariskan itu. Satu perkara yang banyak penerbit perlu mula perhatikan ialah kesimpulan beliau; Many categories of books will be subsumed by digital media. Reference publishing has already migrated online. Practical nonfiction will be next, winding up on Web sites that can easily update and disseminate visual and textual information. Readers of old-fashioned genre fiction will die off, and the next generation will have so many different entertainment options that it's hard to envision the same level of loyalty to brand-name formula fiction coming off the conveyor belt every year. The novelists who are truly novel will thrive; the rest will struggle. Seterusnya, beliau menggariskan strategi untuk survival dapat dilaksanakan oleh penerbit; publishers will be forced to invest in works of quality to maintain their niche. These books will be the one product that...

Terlampau Ramai Yang Jadi 'Pakar'

Baru-baru ini ada satu posting dalam milis (mailinglist) para penerbit yang agak mengejutkan para penerbit buku. menurut posting ini, Nanyang Siang Pau melaporkan yang harga buku teks dan buku sekolah akan naik antara 10% hingga 30%. Dalam berita itu, kenyataan media itu telah dibuat oleh setiausaha kehormat, Persekutuan Persatuan Pengedar Buku dan Alatulis Malaysia. Pengumuman ini memang mengejutkan bagi para penerbit buku. Soal penetapan harga buku bukan ditentukan oleh pengedar. Pertama, harga buku teks ditentukan oleh Bahagian Buku Teks (BBT), bukan oleh penerbit atau pengedar buku teks. Hanya pihak kementerian sahaja yang boleh mengubah harga buku teks. Memang penerbit ada memohon supaya harga ini dinaikkan. Harga sekarang ialah harga yang ditetapkan 10 tahun dahulu. Pelbagai kos telah naik dalam tempoh 10 tahun ini, dan kesemua kos ini ditanggung oleh penebit buku teks. Sehingga kini, belum ada pengumuman rasmi lagi oleh BBT dalam soal harga buku teks. Kedua, penetapan harga bu...

Borders Menubuhkan Pejabat Pembelian di Malaysia

Kedai buku Borders akan menubuhkan pejabat pembelian yang berpusat di Malaysia dalam bulan September ini. Sebelum ini, kedai buku Borders membuat pembelian dari ibu pejabat di Singapura. Di Malaysia, franchais Borders dipegang oleh Berjaya Books Sdn Berhad - salah satu anak syarikat Berjaya Corporation. Dengan menubuhkan pejabat pembelian di Kuala Lumpur, mereka dijangka akan membeli lebih banyak buku terbitan dan tulisan tempatan. Mereka juga dijangka akan membuka lebih banyak ruang kepada pembekal tempatan untuk masuk ke dalam rangkaian mereka. Ini adalah satu berita baik kepada industri buku Malaysia. Pembeli (saya merujuk kepada pegawai yang ditugaskan untuk memilih dan membeli buku dari pembekal, bukan pembeli runcit atau pembaca) yang berada dekat dengan pasarannya akan lebih faham keperluan pembaca Malaysia. Dan pastinya kita mahu lebih banyak kedai buku korporat seperti Borders untuk menyokong industri penerbitan Malaysia. Sehubungan dengan penubuhan pejabat pembelian baru itu,...

CruchGear Ada Berita Tentang Kindle Baru.

Gosip dalam CrunchGear tentang Kindle baru yang akan dilancarkan oleh Amazon hujung tahun ini.