Langkau ke kandungan utama

Gossip pasaran - Utusan dan NSTP.

UPDATE.

Mengikut maklumat dari seorang teman, seorang jurnalis - ranking akhbar melayu adalah seperti berikut

1. Harian metro
2. Utusan
3. Berita Harian
4. Kosmo

Saya menjangkakan ada 2 dari akhbar diatas akan ditutup, kerana tidak mencapai keputusan yang memuaskan. Logiknya akhbar nombor 3 & 4.

Tetapi, apabila PakLah membuat keputusan mempertahankan sejarah dan juga tradisi Utusan, itu agak mengejutkan. Ini bermakna Utusan sedang dipertimbangkan untuk ditutup.

Identiti, peranan Utusan Melayu perlu dikekalkan

Oleh: FAUZI JAAFAR, MUSTAFA KAMAL BASRI dan YULPISMAN ASLI

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata identiti, tradisi dan peranan akhbar Utusan Malaysia mesti dikekalkan.

Mengulas desas-desus penggabungan melibatkan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dengan The New Straits Times Press (M) Bhd. (NSTP), Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan membiarkan akhbar Utusan Malaysia terbenam begitu sahaja.

Keputusan rundingan yang sepatutnya diumukan hari ini telah ditangguhkan tanpa diberikan tarikh baru.

Hari ini, menurut laporan dalam The Star, penggabungan ini masih akan diteruskan. Dibawah rundingan baru ini, Utusan akan terus diterbitkan dengan dasar editorialnya sendiri. Tetapi ada beberapa perubahan dari segi operasi akhbar ini akan berlaku - antaranya adalah perkongsian kemudahan biro, percetakan, dan juga pejabat untuk menjimatkan kos.

NSTP, Utusan merger on

The merger between New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) and Utusan Melayu (M) Bhd is believed to be ongoing while operationally, a few major changes are expected to take place.

Following a series of meetings over the weekend, the parties involved are believed to have come up with another “workable and acceptable'' plan that Utusan Malaysia and possibly some profitable publications of the Utusan group will remain as they are.

In view of the tradition and identity built up over the years as well an existing market for Malay papers, the Utusan publications will be sold nationwide and will maintain an independent editorial stance, sources said.

It is believed that the Utusan group is for the merger is targeted at helping the Utusan group save millions in its operations. This is when it can pool physical resources such as bureaus, offices and printing plants with NSTP, which publishes Berita Harian, Harian Metro and a few others.

Dalam sektor akhbar melayu, Harian Sinar kepunyaan kumpulan Karangkraf terus nberkembang dengan baik, dan dilaporkan berjaya mengambil market share Kosmo di pantai timur. Harian Sinar dijangka akan mula memasuki pasaran Pahang dan Selangor pada Januari nanti.

Selain itu, kumpulan TheStar juga dilaporkan sedang mengkaji pasaran akhbar melayu. Pada masa ini mereka hanya menerbitkan edisi web MStar. Saya fikir keputusan untuk masuk atau tidak, bagi kumpulan TheStar adalah bersifat politik, dan bukan bisnes. Mungkinkah UMNO akan membenarkan syarikat yang dikawal oleh MCA untuk memasuki pasaran akhbar melayu?



-------

Laporan tentang penggabungan ini dalam TheStar dan juga TheEdge.

Saya petik laporan dari TheEdge pagi ini,

NSTP-Utusan merger in the offing.

The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) and Utusan Melayu (Malaysia) Bhd may be on the verge of a merger to create the country’s largest media group.

Sources said the proposals, which were first initiated about six months ago, had been set into motion and it was learnt that Utusan’s board will meet today to discuss the matter.

Under the proposed merger, NSTP and Utusan will be de-listed and their current shareholders will be offered new shares in a new entity, based on the companies’ book value.

It is learnt that due to the higher value of NSTP’s net tangible assets (NTA), its shareholders may also benefit from a cash payout from the new company.

This will pave the way for Media Prima Bhd, which holds 32.94% of NSTP, and Umno, which owns 50.46% of Utusan, to jointly control the new entity.

Saham kedua-dua syarikat bergerak naik dan juga juga jumlah unit yang didagangkan agak aktif kerana ada rumor mengatakan yang kedua-dua syarikat ini akan digabungkan.

Setakat ini belum ada laporan dalam mana-mana penerbitan bisnes utama tempatan. Dan juga belum ada laporan bertulis dalam blog pelabur tempatan yang saya baca.

Ada pendapat bekas kakitangan Utusan mengatakan yang mustahil pengurusan NSTP dapat menyejukkan kakitangan Utusan, jika NSTP berada di kemudi. Utusan, walaupun terkenal sebagai lidah rasmi kerajaan, masih punya api kemerdekaan dalam hatinya. Ini berbeza dengan budaya BH yang dikatakan hanya menurut perintah.

Kalau ini berlaku, suku ke-4 tahun ini merupakan musim yang panas bagi industri media tempatan.

Ulasan

Anuar Manshor berkata…
Orang Melayu tetap juga berbangga memegang dan membaca The Star di mana2 jua:/

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini.

Statistik membaca rakyat Malaysia

Petikan dari Utusan hari ini, bawah entri USIM perkayakan buku tempatan. ------------------------ http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm Oleh W. Rahimah Draman Hasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India. Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan oleh perangkaan PNM itu pula, hanya 1,273 atau 32 peratus sahaja buku ilmiah yang dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bah

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada