Langkau ke kandungan utama

Wilayah selatan Thailand mula gunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tambahan.

Dari BH hari ini, selatan Thailand mula gunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tambahan. Langkah ini dimasukkan dalam pakej perdamaian yang diusahakan untuk wilayah itu. Mungkin 5 tahun dari sekarang, penerbit Malaysia akan mula bertandang ke selatan Thailand, seperti mana kita membuat servis ke Singapore dan Brunei sekarang.

------------

BANGKOK: Thailand memutuskan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerajaan di wilayah yang didiami majoriti penduduk Islam di selatan negara itu, kata jurucakap semalam.

“Kerajaan meluluskan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tambahan untuk pekerjaan dan memastikan penghantaran secukupnya pegawai kerajaan mahir bertutur bahasa itu.

“Kami mengarahkan pegawai belajar atau berlatih berkomunikasi dalam bahasa Melayu,” kata jurucakap kerajaan, Yongyuth Mayalarp.

Keputusan itu usaha terbaru junta yang menggulingkan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra September lalu, bagi mengendurkan ketegangan di rantau itu yang menyaksikan lebih 1,600 orang terbunuh sejak tiga tahun lalu.

Penerimaan bahasa Melayu dikenali penduduk tempatan sebagai Yawi, satu daripada tuntutan utama dibuat Suruhanjaya Perpaduan Kebangsaan pada tahun ini.

Suruhanjaya itu dilantik Thaksin untuk mencadangkan langkah mengembalikan keamanan di rantau itu. – AFP

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini.

Statistik membaca rakyat Malaysia

Petikan dari Utusan hari ini, bawah entri USIM perkayakan buku tempatan. ------------------------ http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm Oleh W. Rahimah Draman Hasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India. Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan oleh perangkaan PNM itu pula, hanya 1,273 atau 32 peratus sahaja buku ilmiah yang dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bah

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada