Langkau ke kandungan utama

Google book search untuk penerbit malaysia.

Semalam ada satu pertemuan antara beberapa ahli MABOPA dengan wakil dari Google, spesifiknya dari Google Book Search.

Wakil google, mark nelson memberikan satu penerangan tentang produk Google book search, yang mana merupakan satu produk baru dalam usaha mereka untuk membawa maklumat yang sebelum ini hanya ada dalam buku, jurnal ke web - supaya dapat diindeks, dicari, dan dibaca secara online oleh pengguna. Ini terutamanya penting untuk mereka yang mencari untuk tujuan rujukan dan kajian.

Pada pendapat saya, Indonesia dan Thailand mempunyai jauh lebih banyak tajuk tempatan dalam bahasa mereka. Tetapi untuk rantau ini, mereka bermula dengan Malaysia, dan selepas ini adalah Indonesia. Google masih lagi membangunkan teknologi OCR untuk bahasa Thai. Oleh kerana bahasa Melayu dan bahasa Indonesia menggunakan karakter roman - maka teknologi OCRnya lebih matang dan tepat.

Sebagai penerbit, kita akan masuk ke program Google book search sebagai partner. Bagi penerbit yang berstatus partner, semua buku akan discan, diindeks secara lengkap oleh google. Semua pengguna google, secara langsung akan dapat akses kepada maklumat dalam buku terbitan kita.

Tetapi, ini tidak bermakna pembaca boleh membaca keseluruhan buku secara percuma - hampir sama seperti Amazon look inside. Beza utama google book search adalah pembaca boleh membuat carian dalam isi buku (kerana Google adalah search company). Beza kedua, dalam Google booksearch - seluruh buku diindekskan, berbanding Amazon look inside yang hanya menscan beberapa mukasurat paling awal dari buku tersebut.

Pembaca dihadkan dalam jumlah bilangan muka surat yang boleh dibaca untuk tempoh satu bulan. Amaun jumlah mukasurat yang boleh dibaca ini juga dikawal oleh penerbit. Pembaca juga akan diberikan link untuk membeli buku tersebut secara fizikal (pesan lalu pos dari kedai buku online penerbit), atau download terus dari Google, atau juga 'sewa' tersebut untuk beberapa hari. Logo penerbit dan notis hakcipta akan ditunjukkan dengan jelas dalam Book search.

Menurut Google, ada trend statistik yang menunjukkan bahawa lebih banyak muka surat dibaca secara prebiu, maka lebih tinggi kebarangkalian pembaca membeli buku ini menggunakan Click to buy.

Pembaca juga dihadkan supaya tidak boleh mencetak, mensave, atau mengcopy mana-mana bahagian dari buku tadi - walaupun sebenarnya penerbit mempunyai kawalan untuk membenarkan semua fungsi print, save dan copy jika mahu.

Lebih maklumat akan datang dalam posting kedua.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...