Langkau ke kandungan utama

Majoriti kedai buku masih di takuk lama.

Ini satu isu struktural dalam penjualan & pemasaran buku di Malaysia.

Ada beberapa jenis kedai buku
  • Kedai buku korporat seperti MPH, Popular, Kinokuniya, Borders.
  • Kedai Buku & Majalah - biasanya kecil, dan menjual majalah, komik, novel popular.
  • Kedai buku tempatan - ini yang paling banyak, ada di semua pekan-pekan diseluruh negara.
  • Kedai buku koperasi - hanya ada di sekolah, kolej dan universiti.
Kalau kita lihat dari sektor ke sektor, buku ulangkaji peperiksaan ini adalah yang paling besar di Malaysia. Jualan tahunan sektor ini sahaja dianggarkan lebih dari RM400 juta setahun. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan perkara ini : keperluan peperiksaan - jadi semua pelajar beli, bukunya murah, dan mudah didapati sehingga ke seluruh ceruk pekan-pekan kecil.

Dianggarkan ada lebih dari 500 kedai buku seluruh negara yang menjual buku ulagkaji peperiksaan.

Bandingkan dengan sektor buku umum. Pada masa ini dijual secara runcit oleh kedai buku korporat (paling besar), dan beberapa kedai buku tempatan yang besar-besar contohnya Badan Cemerlang di JB, Syarikat Muda Osman di KB, Kedai buku Seri Intan di KT, Syarikat Harfa di Pulau Pinang. Selain dari pemain utama di bandar-bandar besar ini, hampir tiada kedai buku tempatan yang menjual buku umum. Jika dikira, outlet yang signifikan menjual buku umum seluruh negara berjumlah kurang dari 100 outlet.

Dari segi jualan tahunan, saya meletakkan buku umum dalam lingkungan RM60 juta setahun. Jauh bezanya dengan sektor buku ulangkaji peperiksaan.

Sektor novel punya nasib yang lebih baik. Kerana produknya adalah bersifat hiburan dan rekreasi, lebih banyak kedai yang menjual novel secara runcit. Secara total saya anggarkan antara 300-400 outlet ada menjual novel, sedikit bawah sahaja dari produk buku umum. Tetapi, dari segi jualan industri, saya fikir sektor novel masih sekitar rm60 juta setahun.

Selagi kedai-kedai buku tidak mengubah persepsi mereka bahawa masyarakat tidak mahu beli buku ilmu, atau buku umum - selagi itu sektor buku umum akan menghadapi masalah untuk berkembang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ABPA)

Asean Book Publisher Association adalah satu persatuan yang longgar, yang ahlinya terdiri dari beberapa persatuan penerbit utama seluruh ASEAN seperti Malaysian Book Publisher Association (MABOPA), PUBAT dari Thailand, IKAPI dari Indonesia, SBPA dari Singapura, DBP Brunei, PEPA dari Filipina. Ada juga beberapa orang wakil dari Vietnam, dan Laos. Menariknya, wakil dari Laos adalah sebuah syarikat swasta, Dokked, dan bukan persatuan. Menurut wakilnya, sangat sedikit penerbit buku di Laos, dan jumlahnya boleh dibilang dengan jari, dan syarikat keluarga beliau adalah penerbit paling aktif di Laos. Selain menerbit, mereka juga mengimport buku-buku dalam bahasa Thai untuk pasaran Laos. Kehadiran mereka sudah cukup melengkapkan jaringan ASEAN yang kita ada. Buat masa ini, ABPA dipengurusikan oleh Filipina. Untuk pusingan seterusnya 2 tahun dari sekarang, Malaysia akan mengambil kerusi presiden. Aktiviti utama ABPA pada masa ini adalah membuka gerai ASEAN di setiap pesta buku dalam rantau ini....

Siapa Perlu Beli Buku Teks Sendiri?

Ini soalan yang dijawab oleh BBT dalam perbincangan ringkas dengan Persatuan Penerbit beberapa hari lepas. 1. Pelajar MRSM. Sebagai bekas pelajar MRSM Kuantan, saya arif tentang keperluan kami pelajar MRSM. Semua buk teks kena beli sendiri. 2. Pelajar sekolah swasta lain. Sekolah antarabangsa, sekolah swasta islam, sekolah swasta cina, sekolah swasta pendidikan khas. Semua pelajar ini kena beli sendiri. Data ada di Bahagian Pelajaran Swasta (yang websitenya masih tidak diupdate dari tahun 2007) 3. Ibu bapa yang mahu anaknya guna buku baru. Mereka tidak mahu buku teks usang dari skim pinjaman. 4. Pelajar yang terpaksa membeli buku ganti kerana hilang/rosak dan sebagainya. Mesti beli buku baru. 5. Cikgu yang masih menuntut di Institut Latihan Guru. Semua orang-orang ini perlu kepada buku teks di pasaran terbuka. Masalah utama mereka ialah kebanyakkan kedai buku tidak lagi menjual buku teks, sejak menteri mengumumkan dasar buku teks percuma untuk semua. Alasan pekedai buku ialah tidak ada...

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...