Langkau ke kandungan utama

Musim Duka - 2

Harga Petrol dan Diesel naik lagi, dan kami penerbit masuk ke musim duka yang baru.

Sewaktu minum petang dengan beberapa teman industri, ada yang sudah menyediakan puisi lara yang panjang.

'Warkah buat Pak Lah', bilang beliau.

Bagaimana jualan buku pada hujung minggu pertama selepas kenaikan harga minyak ini?

Untuk menjawap soalan penting ini, kami membuat satu kajian yang tidak mengikut disiplin akademik yang ketat. Sekadar cukup untuk mendapatkan gambaran di atas tanah (On the ground, kalau diterjemah secara langsung). Kajian dilakukan dengan menelefon semua teman-teman di kedai-kedai buku seluruh negara pada hari Isnin, 9 Jun 2008.

Kami dapati;

Kawasan Kuala Lumpur : rata-rata kedai buku melaporkan kejatuhan antara 24% hingga 50% jika dibandingkan dengan jualan normal hujung minggu mereka.

Johor Baru : jatuh antara 0% hingga 5%. Teman di sana melaporkan kehadiran ramai pembeli dari Singapura dalam kedai mereka. Membantu jualan.

Utara : jatuh 5%. masih baik berbanding Kuala Lumpur. Tidak ada kehadiran pembeli dari Thailand untuk membantu jualan :)

Kota Bharu : tiada perubahan. Orang Kelantan masih bersemangat membeli buku seperti biasa dalam musim cuti sekolah ini. Ini juga dibantu oleh musim kemasukan pelajar tingkatan 6, yang rata-rata buku rujukannya berharga RM30 keatas.

Kota Kinabalu & Kuching : ada sedikit kejatuahan.

Miri : Naik. Musim cuti sekolah di Brunei bermula. Ramai yang datang membeli belah di Miri.

Keputusan ini belum refleksi kepada keadaan sebenar. Ini baru minggu pertama. Hari Isnin depan, kami akan cuba membuat culaan baru untuk melihat perkembangan seterusnya dalam musim duka ini.

Kami simpulkan, pembeli di daerah Kuala Lumpur nampaknya terpukul paling teruk dengan inflasi bahan bakar ini. Sebaliknya, pembeli di luar Kuala Lumpur masih dapat bertahan dengan kenaikan kos hidup mereka.

Walau begitu, 60% jualan buku negara berlaku Kuala Lumpur (juga data yang tidak saintifik, hanya analisa dalaman sesama kami sendiri sahaja). Kalau pembaca buku di Kuala Lumpur pancit, adakah ini akan membawa kepada kejatuhan industri penerbitan buku di seluruh negara?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Agaknya nanti naik sedikit, sekalipun tak seperti asal. Kalau boleh berilah lapuran susulan, 2atau 3 bulan selepas minyak naik.

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...