Langkau ke kandungan utama

PW : Pengarang Saman Kedai Buku Kerana Menjual Bukunya.

Cerita Self-Published Author atau penerbit yang tidak dibayar oleh pengedar ini bukan cerita baru. Sudah banyak kali berlaku dimana-mana pun. Sampai sekarang penerbit masih kutip hutang tahun lepas (hutang tahun 2006 pun ada!).

Tapi dalam cerita PublishersWeekly ini memang kali pertama saya dengar.

Bila baca artikel ini buat kali kedua, saya terfikir yang jadi batu apinya, adalah peguam kepada pengarang ini.

Aktor;
Townsend - Pengarang & Self Published author
Horn - peguam kepada Townsend
Nazca (Dipunyai oleh Mosely) - Pengedar kepada Townsend

... Los Angeles-based Valerie F. Horn, Townsend's attorney, said that although the claim is rooted in an issue with Nazca (which is, for all intents and purposes, an individual named Herbert R. Moseley), the bookstores are legally entangled. According to Horn, Nazca, aka Moseley, copied Townsend's works without permission and then distributed the books to the booksellers. This, she said, results in "liability to all those within the chain of distribution." Horn also added that whether the booksellers named knowingly or unknowingly sold ripped-off books is irrelevant, as per the copyright statute.

Yang saya tidak faham disini, istilah 'copied without permission', adakah ini bermaksud si pengedar sudah mencetak rompak buku Townsend (dengan cara membuat cetakan sendiri secara sembunyi)?

Dalam cara kerja biasa, Townsend mencetak sendiri bukunya. Oleh itu, hampir mustahil perkara ini berlaku kecuali untuk tajuk yang benar-benar hit.

Kalau di Malaysia ini, saya pernah dengar buku Shahnon - Shit, dan beberapa kamus popular (sangat terkenal nama-nama kamus ini) yang dicetak rompak oleh pengedar.

Dalam kes biasa, pengedar biasanya tidak mahu mencetak, kerana mereka terpaksa menanggung kos simpanan stok (kos menginventori). Paling untung, biarkan penerbit yang tanggung kos ini. Pengedar ambil stok sedikit demi sedikit dari penerbit.

Mungkin saja peguam yang belit ayat ini untuk justifikasi saman perlanggaran hakcipta itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...