Langkau ke kandungan utama

UTUSAN : Bantuan pinjaman akan diberi kepada penerbit buku

18/06/2008 2:07pm

KUALA LUMPUR 18 Jun – Industri buku yang kian lesu akan digiatkan kembali menerusi beberapa pakej bantuan kewangan yang akan disalurkan kepada penerbit dan pengedar buku.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan membantu menjana kembali industri buku yang pernah mencapai zaman cemerlangnya suatu ketika dahulu serta meningkatkan jualan buku yang kian merosot.

Timbalan Menterinya, Datuk Saiffuddin Abdullah berkata, agensi di bawah kementerian itu seperti Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) akan membantu menambah peluang memasarkan buku serta menambah jumlah pembaca.

“Sebahagian daripada agensi yang menyediakan pinjaman tidak memahami industri buku dengan lebih mendalam, contohnya selama ini SME Bank hanya melihat industri buku dari segi percetakan sahaja sedangkan di bawah industri buku terdapat juga penerbit dan pengedar buku,” katanya ketika merasmikan Majlis Pertemuan Pengedar Buku Dewan Bahasa Dan Pustaka di sini hari ini. - Bernama

-----------------------

Diatas islah berita yang keluar di dalam Utusan. Saya percaya ini adalah berdasarkan satu kertas yang baru-baru ini dikemukan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) kepada kementerian beliau.

Pada asalnya, menteri sendiri, Dato Noh Omar sebagai pengerusi MBKM telah meminta timbalan beliau untuk membuat lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan bertemu dengan pihak industri. Susulan itu satu kertas teah disedia oleh MBKM untuk tujuan ini. Di dalam kertas itu disentuh 3 jenis bantuan yang boleh diberikan oleh MeCD dan agensi dibawahnya;

Pertama : Batuan kewangan, menggunakan agensi seperti Mara dan Bank SME.
Kedua : Bantuan latihan, menggunakan agensi latihan dibawah MeCD
Ketiga : Pengiklanan & Promosi (A&P)

Jika benar dapat dilaksanakan oleh MeCD, maka tahniah dan terima kasih dari kami di industri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...