Langkau ke kandungan utama

Catatan

Pinjam ebook di Malaysia.

Sebelum anda membeli ebook untuk koleksi peribadi, anda boleh cuba membaca ebook dengan 'pinjam'. Ada beberapa perpustakaan awam yang menawarkan khidmat pinjaman kepada pembaca di Malaysia. Menariknya, ada banyak juga tajuk-tajuk tempatan dalam bahasa Melayu yang boleh dipinjam dari perpustakaan virtual ini sekarang. Anda tidak perlu lagi naik kereta / bas / LRT untuk pinjam buku. Semuanya sudah ada di smartphone atau tablet anda. Umumnya sistem pinjaman ebook ini berfungsi mirip kepada sistem pinjaman buku bercetak. Anda perlu daftar. Ada perpustakaan sediakan pendaftaran online (sangat bagus, tidak perlu hadir ke kaunter !) dan ada yang perlu hadir ke kaunter untuk daftar. Login dalam website pinjaman. Pilih buku yang mahu dipinjam. Kalau buku itu popular, anda perlu masuk barisan untuk tunggu buku itu ada. 1 naskah ebook hanya boleh dipinjam oleh 1 pembaca, pada satu-satu masa (sama seperti buku bercetak) Download App, baca di smartphone atau tablet anda. Nota : ...

Kedai Ebook Untuk Pengguna Malaysia

Pada masa sekarang, ada beberapa kedai ebook (dipanggil juga portal ebook) untuk pengguna di Malaysia. Kedai ebook yang saya senaraikan ini menggunakan sistem keselamatan DRM (Digital Right Management) untuk melindungi ebook yang dijual dari ancaman cetak rompak. Kedai-kedai ebook masa kini juga menggunakan sistem 'Cloud Library'. Ini bermakna, semua buku yang anda beli disimpan dalam Cloud, dan boleh diakses menggunakan beberapa peranti secara serentak. Contohnya, pengguna boleh membaca di smartphone (guna App), tablet (guna App) dan pada komputer/laptop (guna Browser) pada masa yang sama.  Cloud akan membuat sync kepada  semua peranti-peranti anda. Kebaikan utama sistem Cloud ialah, a) Anda hanya perlu pegang maklumat Username/Password akaun anda sendiri. Jika anda tukar telefon, atau tablet - boleh login terus kepada akaun Cloud Library anda. Buku akan ikut ke peranti baru. Konsep yang sama seperti gmail/yahoomail/facebook anda.   b) Cloud akan buat Sync. Anda...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Terma baru Apple mencekik penerbit ebook.

Baru-baru ini Apple mengumumkan terma baru untuk App yang digunakan bagi menjual buku : App mesti menggunakan sistem bayaran dari Apple. Ini bermakna, Apple akan mengambil komisyen 30% dari semua transaksi jualan buku yang berlaku secara in-App purchase . Pada masa ini, untuk pengguna iPhone/iPad di Malaysia, kita hanya ada kedai buku Kobo yang menjual pelbagai jenis bestseller antarabangsa. Kobo tidak menjual buku dalam Appnya. Buku dibeli dengan menggunakan browser. Dengan perubahan terma baru ini, Kobo akan dipaksa menggunakan in-App purchase dari Apple. Ini menyebabkan penerbit buku terpukul dari segi margin. Kalau penerbit majalah atau akhbar, mereka akan hilang data pelanggan. Ambil sahaja contoh berikut; A. Cara lama, dengan pembelian menggunakan browser. Harga buku : RM 10 Komisyen Kobo 50% : RM5 Penerbit dapat : RM 5 Royalti pengarang 25% : RM1.25 B. Dengan in-App purchase dari Apple. Harga buku : RM 10 Komisyen transaksi Apple 30% : RM3.00 Baki kepada Kobo : RM 7.00 Komisy...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur - Berdepan dengan konsumer yang semakin sofistikated.

PBAKL 2010 dari kaca mata pengunjung tidak ada bezanya dari tahun-tahun sebelum ini. Macam biasa sahaja. Tahun depan, PBAKL akan mencapai usia 30 tahun. Satu kejayaan besar kepada industri buku di tanahair kita ini. Tetapi, dari kaca mata orang yang terlibat dalam penganjurannya - ada pola kejatuhan jumlah pengunjung yang agak merisaukan. Sekitar tahun 2008, PBAKL menerima lebih dari 2 juta pengunjung. Dalam tahun 2009, jatuh kepada 1.5 juta pengunjung. Dalam tahun 2010, jatuh lagi sekitar 1.2 juta pengunjung. Kita sudah hilang lebih sekurang-kurangnya 800 ribu pengunjung dalam tempoh 2 tahun. Apa sudah berlaku? Untuk menjelaskan kejatuhan pengunjung dalam tahun 2010, kami meletakkan beberapa teori: Satu, soal gaji. Kakitangan awam yang merupakan pengunjung utama pesta buku belum mendapat gaji. Malah, mereka mendapat gaji awal dalam bulan Febuari. Seawal 8hb Febuari. Ini jelas sekali kelihatan dalam statistik pengunjung harian. Hampir 70% pengunjung datang selepas 24hb Mac, selepas ga...

Format kiosk : Lautan biru untuk usahawan kecil dalam jualan buku.

Dunia jualan buku hari ini tidak seperti 10 tahun lepas. Hari ini orang mahu ke kedai buku yang besar dan lengkap. Kalau berminat mahu membuka kedai buku, ada beberapa kedai yang boleh dijadikan contoh. Kita akan pecahkan kedai-kedai buku ini mengikut lokasi duduknya kedai tersebut; Lokasi : Mall. Kedai buku yang duduk di dalam Mall biasanya boleh mencapai jualan antara RM 100 ribu hingga RM 1 juta sebulan, bergantung kepada saiz dan lokasi kedai tesebut. Antara contoh yang utama adalah kedai buku korporat seperti MPH, Popular, Kinokuniya dan Borders. Ini liga korporat yang besar. Selain itu ada juga kedai buku lokal yang duduk dalam mall. Contoh terbaik adalah Kedai Buku Badan Cemerlang di Plaza Angsana, Johor Baru dan juga Kedai Buku SMO, di KB Mall, Kota Bharu. Mereka ini adalah kedai buku yang sudah berpuluh-puluh tahun usianya dan mempunyai modal yang kukuh untuk masuk ke dalam Mall. Ini bukan liga usahawan kecil. Lokasi : Shop-Lot. Ada banyak kedai buku format shop-lot di Malaysi...

Siapa Perlu Beli Buku Teks Sendiri?

Ini soalan yang dijawab oleh BBT dalam perbincangan ringkas dengan Persatuan Penerbit beberapa hari lepas. 1. Pelajar MRSM. Sebagai bekas pelajar MRSM Kuantan, saya arif tentang keperluan kami pelajar MRSM. Semua buk teks kena beli sendiri. 2. Pelajar sekolah swasta lain. Sekolah antarabangsa, sekolah swasta islam, sekolah swasta cina, sekolah swasta pendidikan khas. Semua pelajar ini kena beli sendiri. Data ada di Bahagian Pelajaran Swasta (yang websitenya masih tidak diupdate dari tahun 2007) 3. Ibu bapa yang mahu anaknya guna buku baru. Mereka tidak mahu buku teks usang dari skim pinjaman. 4. Pelajar yang terpaksa membeli buku ganti kerana hilang/rosak dan sebagainya. Mesti beli buku baru. 5. Cikgu yang masih menuntut di Institut Latihan Guru. Semua orang-orang ini perlu kepada buku teks di pasaran terbuka. Masalah utama mereka ialah kebanyakkan kedai buku tidak lagi menjual buku teks, sejak menteri mengumumkan dasar buku teks percuma untuk semua. Alasan pekedai buku ialah tidak ada...

Buku Teks Runtuh 2010

Bila dasar PPSMI ditukar kepada MBMMBI, maka adalah keperluan untuk menukar buku teks sekolah. Industri sedang giat mempersiapkan diri untuk beberapa perubahan yang penting dalam tahun 2011. Pertama, korikulum baru akan digunakan dalam tahun 2011. Bermula dengan darjah 1 dan tingkatan 1. Korikulum ini dipanggil Korikulum Transformasi. Sehingga kini belum nampak apa-apa dokumen lagi. Tetapi, pasti Kementerian akan membuat latihan, seminar dan penerangan besar-besaran untuk implementasinya nanti. Tunggu sahaja beritanya. Dua, buku teks darjah 1 dan tingkatan satu akan ditukar dalam tahun 2011. Ini bermakna Bahagian Buku Teks (BBT) yang mengkoordinasi penerbitan buku teks akan mula mengeluarkan tender seawal januari tahun depan. Buku teks baru ini mesti siap dan dihantar ke sekolah selewat-lewatnya bulan Disember 2010. Saya dimaklumkan yang ada 28 tajuk baru akan diterbitkan. Saya jangka semua buku teks baru ini akan menggunakan korikulum transformasi nanti. Tinggal 12 bulan sahaja lagi....

Musim Kemarau

Tahun ini seperti musim kemarau bagi pembelian kerajaan. Kita sudah dekat ke hujung tahun, tetapi nampaknya tidak ada lagi pembelian buku oleh agensi kerajaan. Ramai teman-teman yang kata, kerajaan sudah tidak ada duit untuk beli buku. Ada beberapa kontrak pembelian yang besar; Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) - PNM mempunyai lebih dari 1000 perpustakaan desa seluruh negara. Biasanya PNM akan membli pelbagai jenis buku tempatan yang sesuai untuk bacaan masyarakat desa setiap tahun. Jumlahnya agak besar, sekitar 1000 naskah setiap tajuk. Tahun ini nampaknya belum ada angin-anginnya sama sekali. KEMAS - KEMAS membeli buku untuk guru tadika-tadikanya, dan juga pusat latihan guru tadika. Jika buku yang dibeli untuk rujukan semua guru tadika, jumlahnya memang besar. Sekitar 8000 naskah. Bahagian Buku Teks (BBT) - paling terkenal adalah pembelian buku teks KBSR dan KBSM. Ini salah satu punca perniagaan utama banyak penerbit buku berasaskan silibus. Spekulasi mengatakan bahawa musim buku...

PPSMI : Nasi Sudah Jadi Bubur

Pertama sekali, tahniah TPM kerana berani dan bijak. Tahniah TPM! Bijak! Beliau mengaku bahawa data yang dikumpul menunjukkan bahasa polisi ini gagal sama sekali meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Perbelanjaan lebih dari R 4 Billion, dan penguasaan bahasa Inggeris pelajar hanya naik tidak sampai 3%. Bijak kerana beliau tidak membenarkan prejudis peribadi menguasai pemikirannya, tetapi membenarkan rasional data memandu keputusan beliau. Berani kerana sanggup menangani isu nasional yang sebegini besar dengan bijak. Bukan calang orang yang sanggup mengadap Tun Mahathir untuk memberitahu beliau tentang kegagalan polisi PPSMI yang diasaskan oleh beliau itu. Anak jantan. Najib sendiri belum pasti berani ambil risiko ini, kalau Hishamuddin jauh sekali. Saya hormat beliau kerana berani ambil keputusan ini. Masalah Sebenar Sudah Pecah. Seterusnya, kitaa lihat sekarang masalah sebenar dalam pengajaaran bahasa Inggeris - Isu guru yang tidak cukup sampai 14000 orang. Isu kompetansi guru ba...

Kota Buku : Arked MARA, Musium Buku atau Kedai Buku Yang Besar?

Sejak menteri pelajaran mengumumkan penubuhan kota buku, berita ini menjadi salah satu topik yang banyak dibincangkan dikalangan penerbit buku. Banyak dari yang dibincangkan adalah sekadar gossip kerana belum ada maklumat yang sahih lagi. Antara persooalan besar; Siapa yang akan menjadi badan pelaksana? Kota buku khabarnya direbut oleh banyak pihak. Dulu lagi pernah diumumkan oleh Datuk Seri Najib. Pengumuman itu dibuat dalam majlis Dewan Industri Buku Malaysia (sebenarnya NGO industri buku yang fokus kepada memperjuangkan isu bumiputera), tetapi sehingga kini senyap sunyi dan gagal dilaksanakan. Pengumuman oleh Tan Sri Muhyiddin baru-baru ini dibuat dalam majlis ITNM, yang juga adalah pemaju kepada cadangan baru ini. Oleh itu banyak pihak menafsirkan bahawa projek kota buku 2009 ini akan dilaksanakan oleh ITNM. Tetapi, cadangana ini juga menarik minat badan-badan buku lain seperti DBP, MBKM dan juga Dewan Industri Buku. Ramai yang ingin menjadi agensi pelaksana kerana projek ini memp...

Petikan ucapan Menteri Pelajaran tentang Kota Buku

Berikut petikan ucapan TS Muhyiddin Hj. Mohd Yassin tentang Kota Buku pada 19 Mei 2009 semasa Majlis Pertemuan Bersama dengan Sasterwan Malaysia. " Bersempena dengan pertemuan hari ini bersama penggiat sastera, iaitu golongan yang sangat cintakan ilmu dan menjadikan buku sebagai teman setia, maka elok benarlah bagi saya mengumumkan khabar gembira kepada semua penggiat sastera di negara ini. Kerajaan telah memutuskan untuk mewujudkan sebuah pusat berkelompok bagi menjalankan aktiviti dan urusan berkaitan dengan dunia buku secara lebih tersusun dan bersungguh-sungguh. Penubuhan pusat ini yang bakal dinamakan "Kota Buku" diharap akan menjadi satu nukleus bagi membolehkan para usahawan, persatuan dan perusahaan membabitkan buku beroperasi di bawah satu bumbung. Kewujudan "Kota Buku" yang bakal dibangunkan di Kuala Lumpur diharap akan memberi manfaat yang besar kepada para sasterawan, penerbit, usahawan dan masyarakat pembaca di Malaysia, selain bermatlamat...

MPH Mutiara Minda - Program Pemasaran Gergasi Untuk Buku Melayu

Pada pendapat saya, ini program pemasaran buku melayu paling besar yang diumumkan setakat ini oleh mana-mana kedai buku. Program 'MPH Mutiara Minda' ini ada beberapa komponen utama; Menaikkan jumlah ruang untuk buku bahasa Melayu di 9 outlet terpilih Pengikalan konsissten dalam Harian Metro & Berita Harian Menerbitkan katalog buku bahasa Melayu Penganjuran Pesta Buku / Karnival buku Mutiara Minda Bagi komponen pertama, kita dimaklumkan di MPH Midvalley sendiri, seksyen buku bahasa Melayu dibesarkan dari 50 sq feet, kepada 2000 sq feet. Perluasan ruang ini sangat sangat besar dan pasti akan kelihatan dengan jelas kepada pembaca umum. Buat masa ini MPH sudah melantik rakan medianya bermula dengan Harian Metro, dan Berita Harian akan menyusul. Sehingga kini, 8 orang penerbit tempatan telah bekerjasama dengan MPH untuk membuat iklan setiap minggu di Harian Metro. Selepas ini Berita Harian juga dijangka akan menyiarkan iklan yang sama. Tetapi, saya terfikir bagaimana pula den...

Edisi Kindle Sekarang 35% Dari Jualan

Posting dan gambar dari  silicon valley insider. Banyak penerbit akan terkejut dengan statistik ini. Kindle ini relatifnya masih kecil, tetapi ada pelbagai lagi ebook reader yang akan melimpah dalam pasaran. Seperti dalam artikel ini, penerbit akan cuba melihat jika edisi ebook akan merosakkan pasaran edisi kertas. Selagi harga ebook masih stabil dan menguntungkan, penerbit dan pengarang akan menyokong penuh edisi ebook. Yang kita khuatir jika berlaku diskaun besar-besaran dalam harga ebook vs harga edisi cetak. Apa pun, ini jadi cabaran kepada pengedar dan penjual buku tradisional. ----------------------- Dan Frommer reports: Kindle sales are now 35% of book sales when Kindle editions are available. Huge jump in Feb when Kindle 2 went on sale.

PPSMI - Scam Paling Besar Kepada Rakyat Negara Ini

Dasar yang sibuk dipertahankan oleh Dato Hishammudin, pada pendapat saya adalah scam paling besar yang dikenakan kepada rakyat Malaysia. Menurut beliau, ( saya petik dari dalam TheStar ) On the teaching of Science and Mathematics in English (PPSMI), Hishammuddin said the ministry had spent over RM3bil since the introduction of the policy in 2003. He said RM2.4bil was spent on ICT, RM3.7mil on teacher training and RM6.1mil on teaching incentives. Kalau betul yang kita risaukan adalah bahasa Inggeris, kenapa tidak belanjakan sahaja wang RM3 Billion itu dalam memperbaiki kelas dan guru bahasa Inggeris kita? Kita sudah merdeka lebih dari 50 tahun, dan sepanjang itulah kita sudah mengajar bahasa Inggeris. Kalau kita serius dalam memperbaiki kualiti kelas dan pengajaran kita, pasti ini sudah selesai. Benda ini bukan projek moonshot macam Apollo. Ini ELT sahaja. Kalau bagi RM3 Billion itu pada cikgu bahasa Inggeris - Masalah selesai! Jangan bagi alasan lepas ni tak ada duit pulak nak bantu ...

Broadband P1 Wimax di Taman Melati Yang Sangat Lembap Sekarang

Masa mula-mula masa mendaftar dengan P1 wimax awal minggu lepas, nampaknya macam tidak ada masalah. Tetapi beberapa hari kebelakangan ini ada masalah.  Mula-mula ada masalah untuk login selama lebih dari 1 hari. Menurut orang CS, tower rosak dan sedang dibaiki.  Masalah selesai. Tetapi, sejak hari itu broadband saya sudah jadi lembap yang amat sangat. Bukan dengan kelajuan download, tetapi kelajuan untuk upload. Apa jenis upload semua tak jalan - nak hantar attachment dalam email, nak upload gambar, nak hantar email pun lembap dan kena ulang berkali-kali. Harap-harap P1 dapat cepat selesaikan masalah ini.

Bas Baru Untuk Perpustakaan Umum?

Ada cerita yang mengatakan banyak salesman bas sedang buat pelbagai proposal untuk perpustakaan umum di seluruh negara. Khabarnya, program Perpustakaan Bergerak akan diaktifkan semula bawah Datuk Rais Yatim. Sebelum ini, beliau jugalah menteri yang bertanggungjawab membangunkan lebih dari 1000 buah perpustakaan desa diseluruh negara. Tetapi, baru-baru terdengar pula berita yang mengatakan tidak ada peruntukan untuk membeli buku-buku untuk perputakaan desa dalam tahun 2009. Saya percaya ramai pihak dalam industri akan membuat rayuan supaya diadakan peruntukan membeli buku baru. Dalam menghadapi kelembapan sekarang, apa juga pembelian buku oleh perpustakaan umum akan membantu pemain industri. Setiap ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan akan menampung sebarang kelemahan yang berlaku di sektor runcit.  Lebih penting dari itu, wang rakyat tadi perlu di belanjakan untuk membeli buku-buku berkualiti, dan bukan buku dari penerbit hantu. Dalam pembelian buku tahun 2008 untuk projek perpustak...

Trend Dalam Pesta Buku 2009

Pesta Buku (PBAKL2009) tahun ini bakal menyaksikan sedikit penurunan dari segi jumlah pengunjung. Saya fikir jika dalam tahun 2008, kita menyaksikan hampir 2 juta pengunjung hadir, tahun ini kita mungkin akan menyaksikan sekitar 1.5 juta pengunjung. Jatuh dalam sekitar 20% hingga 25% pengunjung. Kita masih ada 2 hari, dan hujung minggu ini akan menyaksikan statistik sebenar. Kita belum nampak impak penurunan ini kepada penerbit dan penjual buku. Saya juga melihat penurunan dalam jualan buku-buku berasaskan silibus. Ini mungkin sebahagian dari trend pengunjung hari yang yang sudah berubah. Kalau dulu orang masih berfikir bahawa 'buku' itu dalah buku kerja sekolah. Tapi hari ini orang menerima bahawa 'buku' itu lebih luas, meliputi pelbagai bahan bacaan yang luar silibus - untuk rekreasi, pengetahuan dan juga kepuasan intelek mereka. Ini trend yang sejajar dengan perkembangan pendidikan di kalangan masyarakat hari ini.

Google Book Search : Kebanyakkan Pembaca Semak 6 Muka Sahaja

Beberapa nota dari seminar dalam pesta buku kuala lumpur Kebanyakkan pembaca baca 6 muka preview sahaja sebelum memilih untuk beli atau tidak sesebuah buku. Ini berdasarkan data dalaman yang dikumpul oleh GBS selama ini. Kebanyakkan buku dalam GBS mempunyai menggunakan 20% setting default untuk memberikan berapa banyak isi yang boleh diprebiu oleh pengguna. Seterusnya, pembaca malaysia adalah pengguna tertinggi di asia, dan statistik malaysia diatasi oleh pengguna dari Indonesia dalam bulan October 2008. Pengguna indonesia kini ada pilihan lebih dari 40 ribu tajuk dalam GBS pada masa ini. Setakat ini hanya MPH online sahaja yang dimasukkan sebagai kedai buku online malaysia, dan google sedang mencari kedai buku online lain yang sesuai untuk dimasukkan dalam sistem mereka. p/s : Google maps malaysia edisi baru, telah dilancarkan 2 minggu lepas.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Mungkin Tidak Dapat Hadir Ke Perasmian KLIBF 2009

Saya dapat berita mengatakan yang Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung mungkin tidak dapat hadir ke pesta buku. Saya merasa sedih jika Seri Paduka Raja Permasuri Agung tidak dapat hadir tahun ini. Kami semua memang tertunggu-tunggu akan kesudian beliau untuk hadir. Ramai yang nak hadir, walaupun tak dapat jemputan rasmi tetapi ingin menyeludup masuk ikut teman-teman. Ada jabatan kerajaan yang call nak minta jemputan. Ada pencetak (printer) yang nak ambil cuti ikut datang - bila dapat tahu perasmian oleh beliau. Buat pertama kalinya, pesta buku menerima penghormatan yang sungguh besar begini. Selama ini pesta buku hanya dirasmikan oleh timbalan menteri. Tahun ini adalah tahun yang terbesar dalam sejarah pesta buku, jika Seri Paduka Raja Permaisuri Agung sudi merasmikan pesta buku kali ini. Saya sedang menunggu makluman rasmi jika berita ini adalah benar. Secara peribadi, rasa rasa lemah semangat bila mendengar khabar ini. Sigh ....