Langkau ke kandungan utama

Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian - Popular 2008



Maklumat tambahan.

Untuk laporan rasmi mengenai keputusan Anugerah ini, sila rujuk kepada berita dalam BH.

Semasa majlis anugerah ini, saya dapati agak ramai juga pengarang yang tidak hadir. Ada nama-nama besar seperti Datuk Zaid Ibrahim, Dato Fadzilah Kamsah (menghantar wakil), Datuk Harun Din (menghantar wakil), Adibah Amin (Khabarnya sedang sakit) dan HM Tuah yang tidak ada disitu. Jika mereka ini hadir, saya fikir akan membawa lebih prestig kepada Anugerah ini.

Datuk Ong Tee Kiat, Menteri Pengangkutan yang menyampaikan ucapan beliau dalam bahasa Melayu yang pada pendapat saya, boleh dipuji. Bahasa Melayunya kemas, sebutannya tepat dan juga pilihan perkataan yang digunakan oleh beliau memang setaraf dengan majlis penganugerahan buku (walaupun beliau itu menjaga soal pengankutan).

Secara retorik beliau bertanya 'Apa kaitan saya ini dengan buku?'. Jawapan beliau, ' saya juga pencinta buku seperti anda'.

Ini tahun pertama, saya pasti tahun-tahun akan datang akan menjadi lebih sengit dan lebih banyak kategori akan dipertandingkan.

Tahniah kepada penganjur, Popular Bookstore, Berita Harian dan The Star untuk inisiatif yang cukup baik ini.


----------------------

Buat pertama kalinya, Kedai Buku Popular dan akhbar Berita Harian akan menganjurkan satu anugerah untuk memilih buku-buku tempatan yang popular di kalangan pembaca.

Rujuk berita bertajuk Pembaca undi pengarang popular

Senarai buku-buku yang terpilih diambil dari data jualan Top10 Kedai Buku Popular dalam tahun 2007. Ini bermakna, tajuk-tajuk yang bertanding adalah tajuk yang terbukti telah terjual laris dalam kedai mereka. Senarai ini dipecahkan kepada 2 kategori : Fiksyen dan Bukan Fiksyen.

Seterusnya, pembaca BH akan menghantar undi mereka untuk memilih buku paling popular dari senarai Top10 itu. Undian boleh dibuat menggunakan borang dalam akhbar BH, atau melalui laman web BH.

Saya menganggarkan, untuk kategori novel bahasa melayu, satu-satu tajuk itu mesti terjual melebihi 3000 naskah di Kedai Buku Popular untuk melayakkannya masuk ke dalam senarai Top10 tahun 2007. Ini berdasarkan trend genre novel cinta popular yang bersaing sengit dan terjual dalam jumlah yang besar di kedai-kedai buku. Untuk buku bukan fiksyen mungkin sedikit lebih rendah.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Kedai Buku Popular dan BH untuk usaha ini. Anugerah sebegini akan merancakkan lagi industri buku tempatan, dengan memberi insentif kepada pengarang buku popular untuk terus berkarya.

Sebagi nota tambahan, konsep anugerah Popular - BH ini berbeza dengan Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia (ABKM) Anjuran Majlis Buku. ABKM memberikan anugerah kepada buku terbaik, yang diadili oleh barisan hakim pakar.

Senarai buku-buku yang disenarai pendekkan;

Sepuluh novel yang dipilih untuk Kategori Kreatif ialah Bunga-bunga Kemboja oleh Aina Emir, Biar Rindu Berlalu (Sharifah Abu Salem), Ku Seru Kasihmu (Izzul Izzati), Kasih Seharum Lavender (Eita Ashyta), Atas Nama Cinta (Bikash Nur Idris), Bayangan Rindu (Anis Ayuni), Murni Kasih (Norhayati Berahim), Senafas Rindu (Damya Hanna), Cinta... Tiada Akhirnya (Fauziahn Ashari) dan Buatmu Kekasih (Aisya Sofea).

Sepuluh buku Kategori Bukan Cereka ialah Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains oleh Dr Danial Zainal Abidin, Rahsia Melabur dalam Unit Amanah (Suthara Segar), Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah (Dato’ Dr Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof), Dato’ Dr Haron Din Menjawab Persoalan Fikrah Harian (Bersama Ishak Din & Abu Hassan Din), Motivasi Alihan Pelajar (Tengku Asmadi), Ada Bagus Bagusss (Dr HM Tuah Iskandar), Jangan Main-main (Dr HM Tuah Iskandar), 13 Mei Sebelum Dan Selepas (Tunku Abdul Rahman), Rahsia Bisnes Orang Cina - ‘The Bamboo Network’ (Ann Wan Seng) dan Rahsia Minda Jutawan (Amar Mahmood).

Ulasan

Unknown berkata…
Assalamualaikum wbt.,

Saya ingin mengetahui keputusan anugerah ini. Saya dah klik pada pautan yang diberikan tetapi tidak berjaya. Jika tak keberatan, mohon paparkan keputusan tersebut.

Terima kasih.
Arief Hakim berkata…
Salam,

Keputusan boleh dibaca di blog marketing PTS

http://ptsmarketing.blogspot.com/2008/05/rezeki-anugerah-pilihan-pembaca-berita.html

Terima kasih.

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...