Langkau ke kandungan utama

Kalaulah ini semua kertas putih..

Seorang rakan di Bookfest bercerita tentang sejarah hidupnya sebagai orang Sales dalam indistri ini. Beliau sudah bekerja lebih dari 20 tahun menjual buku. Kini beliau adalah pengurus jualan di satu penerbitan multi nasional.

Kata rakan-rakan lain, sekarang ada 2 penerbit yang menguasai pasaran buku kerja low-end untuk sekolah rendah, Unik Didik dan Marshal Cavendish. Kira hebat juga pengurus ini dalam memburu pasaran untuk buku terbitan syarikatnya.

------

Menurut beliau, kalau digalur susur akar semua penerbit buku teks sekolah di Malaysia ini, puncanya ada 2. Satu kumpulan datang dari Delta. Antara anak-anak dari Delta ini termasuklah Sasbadi. Kemudian, ada satu kumpulan lagi. Bapanya Preston. Anak-anaknya juga ramai di pasaran sekarang. Dua kumpulan besar ini merupakan Raja dalam zaman mereka dahulu.

Saya orang baru. "Apa maksudnya King itu?"

Jawap beliau "Zaman dulu, satu sekolah yang besar boleh beri kita jualan sehingga lebih dari RM100K setahun. "

Ini rupanya yang meraka panggil Full colour. Kalau salesman boleh tawan satu sekolah, semua buku kerja (semua subjek, semua tingkatan) akan pakai buku dari satu-satu penerbit itu. Zaman itu hanya ada beberapa sahaja penerbit besar, tolak DBP. Jadi, salesman memang akan bertempur untuk dapat full colour ini.

Zaman ini, sudah ada berpuluh-puluh. Ajaib kalau dapat Full colour lagi.

-----

Cerita kedua beliau adalah tentang bekas bossnya dulu, tahap sifu dalam penerbitan buku teks dan buku kerja sekolah. Satu hari bossnya ajak beliau masuk dalam warehouse.

"Tengok semua buku ini" Bossnya merujuk kepada bertingkat-tingkat buku yang disimpan dalam warehouse - buku baru, lama dan buku return. "Kalau semua masih kertas putih, lebih baik!"

Kami berdua tergelak besar.

Ini memang lawak insider penerbit. Kalau semua kertas tadi masih putih belum dicetak, memang boleh dijual balik dalam pasaran. Kalau sudah bercetak jadi buku, dan nasibnya tidak laku - tidak ada apa yang boleh dibuat kecuali jual 'timbang kati' (pulping kertas buruk).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Fastest Growing Market Untuk Industri Buku 2017

Fastest Growing Market untuk industri buku bagi beberapa tahun kebelakangan ini adalah Pantai Timur Semenanjung. Kedai buku wilayah (regional bookshop) dari Pantai Timur yang utama adalah; A) Syarikat Muda Osman dari Kota Bharu, dengan jenama SMO Bookstores kini ada 24 outlet. B) Kedai Buku Banggol dari Tanah Merah, kini mengoperasikan 15 outlet. C) Pustaka Seri Intan dari Kuala Terengganu, kini ada 13 outlet. D) Syarikat Buku Men Men dari Kuantan, dengan jenama MBS kini mempunyai 12 outlet. Pasaran Pantai Timur juga diteroka oleh pekedai buku nasional seperti Popular Bookstore, Kedai Buku 1Malaysia (telah tutup semua outlet di Pantai Timur) dan Mydin Hypermarket. Selain dari kedai buku nasional dan wilayah - ia juga ditekuni oleh beberapa kedai tradisional yang aktif, seperti Syarikat Jaafar Rawas. Gosip pasaran mengatakan bahawa kumpulan kedai buku wilayah (regional bookshop) ini masih mengintai peluang untuk membuka outlet baru dikawasan yang berpotensi. Masih ada...