Langkau ke kandungan utama

Pesta Buku Selangor 2008 Sedang Dirancang

Pesta Buku Selangor 2008 akan dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Antara maklumat awal yang sudah ditetapkan adalah;
Tarikh : 25 Julai hingga 3 Ogos 2008 (10 Hari)
Lokasi : Kompleks PKNS, Shah alam
Sebanyak 86 gerai pameran akan dibina di ruang pameran sebelah dalam, dan 24 unit lagi akan dibina di ruang lobi (sebelah luar) kompleks PKNS.

Pihak penganjur menjangkakan yang Menteri Besar Selangor akan merasmikan pameran ini, sama seperti tahun lepas 2007.

Pada pendapat saya, Pesta buku Selangor boleh dikatakan yang kedua terbesar selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Jika pihak penganjur berjaya membuat aktiviti A&P dengan baik, saya yakin ramai pengunjung sekitar daerah-daerah Selangor akan berkunjung ke Shah alam untuk membeli buku. Banayk daerah Selangor yang dipacu oleh komoditi. Pada zaman harga komoditi tinggi, penduduk di Selangor memang dianugerahkan rezeki yang baik oleh Allah SWT.

Dalam tahun 2007, pelbagai agensi kerajaan seperti majlis agama islam, pihak berkuasa tempatan, penghulu & ketua kampung, pejabat pendidikan telah memberikan sokongan kuat dalam menganjurkan Pesta Buku ini. Antara idea unik yang dibuat ialah memberi khutbah jumaat di semua masjid-masjid Selangor yang bertemakan kepentingan ilmu, buku & pembacaan sebelum pesta Buku dianjurkan.

Uniknya tahun ini, pihak pentadbiran Selangor akan berada di bawah kerajaan PR.

Manakala, banyak agensi pusat seperti Radio Selangor, Pejabat Pendidikan Negeri, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri yang merupakan agensi penting dalam penganjuran mana-mana Pesta Buku, berada di bawah kawalan kerajaan pusat.

Saya menjangka bahawa agensi kerajaan pusat akan terus memberi kerjasama dalam aktiviti penyebaran ilmu dan maklumat kepada semua penduduk Selangor, tanpa halangan.

Keyakinan saya ini akan dapat dilihat pada hari Pesta Buku itu sendiri. Jika agensi kerajaan pusat tidak terlibat, maknanya ada arahan dari atas yang menghalang mereka dari melibatkan diri. Semoga orang politik bersikap profesional dalam hal pentadbiran pendidikan, dan membolehkan para pegawai agensi pusat untuk menjalankan tugas mereka sebaik mungkin. Insyaallah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Kedai buku terpakai - satu penilaian semula

Sengaja digunakan tajuk klise yang biasa dipakai dalam kertas akademik. Akhir-akhir ini saya cuba mengumpulkan buku-buku biografi individu dan juga syarikat media utama dalam dunia. Kebanyakkan buku ini pernah terbit dalam tahun 80an (era 'greed is good' ) dan 90an (era 'internet bubble' ). Sangat sedikit yang boleh dicari dalam kedai buku besar. Saya terjumpa beberapa tajuk dalam subjek ini di kedai-kedai buku terpakai. Sistem penjualan buku hari ini tidak membenarkan banyak buku mempunyai jangka hayat yang lama di rak. Kedai buku besar biasanya hanya mahu menjual frontlist (buku baru), bestseller dan juga backlist yang evergreen sahaja. Ini realiti peruncitan buku hari ini. Untuk mencari buku-buku lama, dalam konteks ini terbit lebih dari 3 tahun lepas dan kurang popular, kita perlu pergi ke perpustakaan atau kedai buku terpakai. Rare book itu subjek lain.