Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur - Berdepan dengan konsumer yang semakin sofistikated.

PBAKL 2010 dari kaca mata pengunjung tidak ada bezanya dari tahun-tahun sebelum ini. Macam biasa sahaja. Tahun depan, PBAKL akan mencapai usia 30 tahun. Satu kejayaan besar kepada industri buku di tanahair kita ini. Tetapi, dari kaca mata orang yang terlibat dalam penganjurannya - ada pola kejatuhan jumlah pengunjung yang agak merisaukan. Sekitar tahun 2008, PBAKL menerima lebih dari 2 juta pengunjung. Dalam tahun 2009, jatuh kepada 1.5 juta pengunjung. Dalam tahun 2010, jatuh lagi sekitar 1.2 juta pengunjung. Kita sudah hilang lebih sekurang-kurangnya 800 ribu pengunjung dalam tempoh 2 tahun. Apa sudah berlaku? Untuk menjelaskan kejatuhan pengunjung dalam tahun 2010, kami meletakkan beberapa teori: Satu, soal gaji. Kakitangan awam yang merupakan pengunjung utama pesta buku belum mendapat gaji. Malah, mereka mendapat gaji awal dalam bulan Febuari. Seawal 8hb Febuari. Ini jelas sekali kelihatan dalam statistik pengunjung harian. Hampir 70% pengunjung datang selepas 24hb Mac, selepas ga

Format kiosk : Lautan biru untuk usahawan kecil dalam jualan buku.

Dunia jualan buku hari ini tidak seperti 10 tahun lepas. Hari ini orang mahu ke kedai buku yang besar dan lengkap. Kalau berminat mahu membuka kedai buku, ada beberapa kedai yang boleh dijadikan contoh. Kita akan pecahkan kedai-kedai buku ini mengikut lokasi duduknya kedai tersebut; Lokasi : Mall. Kedai buku yang duduk di dalam Mall biasanya boleh mencapai jualan antara RM 100 ribu hingga RM 1 juta sebulan, bergantung kepada saiz dan lokasi kedai tesebut. Antara contoh yang utama adalah kedai buku korporat seperti MPH, Popular, Kinokuniya dan Borders. Ini liga korporat yang besar. Selain itu ada juga kedai buku lokal yang duduk dalam mall. Contoh terbaik adalah Kedai Buku Badan Cemerlang di Plaza Angsana, Johor Baru dan juga Kedai Buku SMO, di KB Mall, Kota Bharu. Mereka ini adalah kedai buku yang sudah berpuluh-puluh tahun usianya dan mempunyai modal yang kukuh untuk masuk ke dalam Mall. Ini bukan liga usahawan kecil. Lokasi : Shop-Lot. Ada banyak kedai buku format shop-lot di Malaysi