Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2007

2 acara besar yang akan beri kesan kepada industri media tempatan.

Ada 2 acara dunia yang akan memberi kesan kepada industri media tempatan; 1. Sukan olimpik tahun 2008 di Beijing, dan juga 2. Kejohanan bolasepak Euro 2008. Bagi penyiar, ini pasti akan menambahkan pendapatan dari iklan mereka. Tetapi dalam masa yang sama, kos untuk mendapatkan hak siaran kedua-dua rancangan dunia ini akan menjadikan belanja operasi meningkat dalam tahun 2008. Penerbit majalah sukan dan seksyen sukan dalam semua akhbar akan memberikan fokus besar kepada acara ini. Saya belum dengar ada gerakan dari penerbit buku tempatan untuk mengambil kesempatan dari 2 acara ini. Malah, para bookie juga akan menyambut tahun baru 2008 dengan penuh optimistik.

Temuramah Computerworld dengan Craig Newmark.

Temuramah oleh Computerworld dengan pengasas craiglist, Craig Newmark. Ada cerita tentang bagaimana beliau dapat idea memulakan craiglist dan motifnya. Kenapa beliau sendiri bertugas di bahagian khidmat pelanggan, bukan sebagai CEO, dijawab dalam interview ini. Paling menarik adalah pendapat beliau seperti dibawah; There have been ongoing concerns and criticisms from the newspaper industry that free online ad sites like Craigslist are eating them alive and drastically reducing their revenues. What's your reaction? No one in the newspaper industry seriously says that. I've spoken to a lot of publishers, editors and industry analysts. They say that our site does have a small but measurable effect on classified revenues. But they say the bigger problems are those niche-classified sites which go after the more profitable classified categories, specifically cars and jobs. There's Autotrader.com and Monster.com. Newspapers have much bigger problems. Newspapers are going after 10

Akhbar di Malaysia - 2 gerakan korporat.

Ada 2 pergerakan yang signifikan dalam Media & Publishing yang dilaporkan oleh TheEdge edisi 10 Dec 2007, kedua-duanya tentang akhbar. Pertama, NSTP menjual Malay Mail. Malay mail dijual kepada Gabungan Kasturi Sdn Bhd. Gabungan kasturi dipegang oleh Datuk Mohd Ibrahim (BluInc), Abd Rahman Ahmad (MD Media Prima), Shahril Ridza (MRCB) dan dipercayai GK adalah terkait dengan kepentingan UMNO. Selepas penjualan ini, MM dipercayai akan menjadi akhbar gaya hidup & hiburan. Kakitangan MM diberikan pilihan untuk VSS, diserap ke NSTP, atau menyertai BlueInc. MM pernah mencapai edaran setinggi 70,000 sehari dalam tahun 96, dan kemudiannya jatuh sehingga 20,000 sehari dalam tahun 2006. Kini, MM dirombak semula untuk memfokus kepada pembaca muda dengan isi hiburan, gaya hidup dan sukan. Menurut pengurusan baru, ini supaya lebih bersinergi dengan BlueInc dan MediaPrima. Ada banyak sebab yang diberikan tentang kejatuhan MM; Cuba menjadi akhbar nasional, dari asalnya akhbar lembah kelang sa

5 penerbit utama untuk Pendidikan Tinggi

Pasaran buku berasaskan silibus ini bernilai beratus-ratus juta setahun. Jenis produknya terdiri dari buku teks, buku kerja/revision/rujukan/persediaan peperiksaan, alat bantu mengajar. Secara umumnya, saya tidak masukkan jurnal dan buku profesional, yang lebih fokus kepada practitioner, bukan pelajar. Kalau kita lihat secara bertahap, buku berasaskan silibus boleh difokuskan kepada tahap dibawah; Prasekolah Sek Rendah Sek Menengah STPM/A-level Kolej/Universiti. Sehingga kini, penerbit tempatan hanya mampu menerbit buku dalam kategori Prasekolah hingga Sekolah menengah. Banyak penerbit kecil dan baru, menerbitkan buku untuk pasaran sekolah rendah. Penerbit tempatan yang lebih kukuh pula, kuat di pasaran sekolah menengah seperti Sasbadi, Pelangi, Cerdik, Oxford Fajar. Bagi tahap STPM, ini diterbitkan oleh penerbit yang punya hubungan antarabangsa - Pearson Malaysia dan Oxford Fajar. Lebih sukar subjek itu, lebih besar penerbitnya. Jika kita masuk ke peringkat Pendidikan tinggi, major

Wishlish dari seorang perpustakawan untuk penerbit Ebook

Oleh John Dupois, dari York University, Toronto. This is what an scitech ebook can be, a good source of information on a topic. Up to date, reviewing the literature, covering a topic comprehensively at multiple skill and knowledge levels, annotatable, sharable, copy and paste-able, blogable, citable, authoritative yet responsive and mashupable. We need to reimagine the scholarly monograph in the scitech fields, to find a business model that works, that rewards creators and meets the needs of readers. If it's something I'm going to pay for it needs to be better and easier to use than the free web, although I'm not sure I yet understand how I would evaluate that. Certainly, there has to be a compelling reason that students and researchers would use it rather than the free web, and I'm not sure what the range of those compelling reasons is yet either. Dan 9 poin lagi didalam blog beliau . Menarik untuk diperhatikan bagi penerbit Ebook. Ini terutamanya soal model, harga, da

Penerbitan konvensional - satu model zaman dinosour?

Setelah 7 tahun terlibat dalam bidang penerbitan, saya melihat banyak perkara yang kami buat dalam industri ini sangat kuno sifatnya. Praktis yang dianggap lazim dalam industri ini, hampir sahaja sudah tidak diterima dalam industri lain. Malah, dalam industri lain, pemain yang mengamalkan praktik kuno ini pasti sudah punah. Saya sendiri terfikir, kenapa praktik kita terlalu ketinggalan. Selalu kami membuat jenaka, "pandainya penerbit itu hanya setakat dari dapat monuskrip, hingga siap cetak. Lepas itu semua jadi bodoh". Banyak orang luar yang tidak duduk dalam industri ini, tidak tahu 'cerita dalam' industri ini. Semua amalan ini, seolah-olah direka untuk memastikan tidak ada pemain baru yang dapat tumbuh dan hidup - kecuali yang yang benar-benar gigih. Memastikan monopoli pemain sedia ada tidak digugat, atau memastikan pemain baru mati dalam tempoh terpendek. Dalam jangka masa panjang, kita lihat sedikit sekali kreativiti dan inovasi dalam dunia penerbitan buku temp

Teater pendek masa depan pembacaan.

The Future of Reading (A Play in Six Acts) , oleh Mark Pilgrim boleh dikatakan sebagai mash-up beberapa petikan dari Jeff Bezos, Richard Stallman, George Orwell, dan juga terma perkhidmatan Kindle sendiri - yang banyak kontradiksi antara satu sama lain. Jeff memakai topi aktivis, dan bila beliau memakai topi businessman dibawah. Act I: The act of buying When someone buys a book, they are also buying the right to resell that book, to loan it out, or to even give it away if they want. Everyone understands this. Jeff Bezos, Open letter to Author’s Guild , 2002 You may not sell, rent, lease, distribute, broadcast, sublicense or otherwise assign any rights to the Digital Content or any portion of it to any third party, and you may not remove any proprietary notices or labels on the Digital Content. In addition, you may not, and you will not encourage, assist or authorize any other person to, bypass, modify, defeat or circumvent security features that protect the Digital Content.

Satu semakan semula dengan undang-undang hakcipta sekarang.

Ditulis oleh John Tehranian, Professor Undang-undang, dari University of Utah. Dimulakan dengan contoh sehari-hari, dan diselang seli dengan sinisnya kegilaan kita dengan undang-undang hakcipta sekarang. "By the end of the day, John has infringed the copyrights of twenty emails, three legal articles, an architectural rendering, a poem, five photographs, an animated character, a musical composition, a painting, and fifty notes and drawings. All told, he has committed at least eighty-three acts of infringement and faces liability in the amount of $12.45 million (to say nothing of potential criminal charges). There is nothing particularly extraordinary about John’s activities. Yet if copyright holders were inclined to enforce their rights to the maximum extent allowed by law, he would be indisputably liable for a mind-boggling $4.544 billion in potential damages each year. And, surprisingly, he has not even committed a single act of infringement through P2P file sharing. Such an out

Nanyang buat pusingan (Turnaround?)

Nanyang Press Holding ada beberapa akhbar cina dibawah pengurusannya. Nanyang Siang Pau dengan jualan harian 120,000 naskah, dan China Pres s dengan jualan harian 230,696 naskah. Pada tahun kewangan lepas merekodkan kerugian RM12 juta, tetapi berjaya membuat perubahan dalam suku pertama tahun ini dengan untung RM2.84 juta. Saya fikir selain dari kos kertas (sedikit menurun ke RM2000/ton dari paras RM2300/ton), faktor paling penting adakah komuniti pembaca akhbar cina akan terus menyokong mereka, bila nanyang hampir memonopoli semua akhbar cina. Teman-teman pembaca akhbar cina memaklumkan yang secara umumnya, mereka ini sangat merdeka jiwanya. Mereka akan sokong akhbar yang berani memperjuangkan isu dan masalah kaum cina di Malaysia. Kalau akhbar nanyang menjadi mesin propoganda kerajaan, jumlah pembaca boleh turun dengan drastik - seperti yang berlaku kepada BH dan Utusan. Berita lanjut di Star Business

Lagi Pencetak (dan juga Penerbit) ke Papan Ke-2 Bursa Malaysia.

BHS Industries Bhd akan ke papan ke 2 hari selasa depan. Pengumuman tentang IPO ini sudah ada di laman Bursa Malaysia. Tahniah kepada Pustaka Sistem dan Pustaka Yakin, yang mana merupakan subsidiari kepada BHS. Dari propektusnya, kita boleh lihat bahawa Bisnes percetakan ini sangat kompetatif dan menggunakan kapital yang besar untuk mesin, dan modal kertas. BHS mengimport sendiri kertasnya secara langsung tanpa menggunakan pengedar tempatan. BHS merancang untuk membawa masuk modal baru sebanyak RM18 juta. Akan digunakan untuk membeli mesin cetak dan binder baru, dengan kapasiti lebih besar. Akan mencari pelanggan baru luar negara. 2 imprint utama kumpulan ini, Yakin dan Sistem menyumbang kira-kira 18 peratus dari jualan. Kedua-dua imprint ini terlibat dalam buku teks & buku kerja. Menurut BHS, mereka ada majalah - tetapi saya tidak nampak majalah mereka di pasaran (mungkin tidak popular) Pesaing utama dalam cetakan buku dan majalah adalah Pelangi , Kum, dan Times. Menurut BHS, KumW

Ebook dari Amazon: Cerita paling konkrit setakat ini.

TAMBAHAN Dapat membeli edisi Newsweek, dengan gambar Kindle di muka hadapan. Tiba-tiba bulu roma terasa meremang, dan sejuk. Mungkinkah ini ipod bagi buku yang kita tunggu-tunggu selama ini? ------------------------------- rujuk http://www.newsweek.com/id/70983 "Buku, rupanya satu alat yang sangat hebat" kata Bezos. Setelah buat bertimbun-timbun wang dari Amazon.com, kini beliau mahu mengubah benteng pertahanan analog terakhir - buku. Dari analog kepada Digital. Tak puas baca di web, perlu cari majalah edisi cetak.

Bahan pengajaran percuma untuk tahap sekolah rendah.

Bahan pengajaran percuma (tidak sama dengan buku teks percuma) sudah ada untuk pembelajaran tahap kolej & universiti - antara yang popular adalah siri lecture dari MIT. Kini sudah ada usaha untuk menghasilkan bahan pengajaran percuma untuk sekolah rendah. Free Reading - sumber percuma, open source , dihasilkan secara wiki untuk guru dan pelajar sekolah rendah (prasekolah?). Mereka masih perlu cetak sendiri bahan yang ingin digunakan. Malah kita sudah dengar usaha yang sama di Indoensia, bila kerajaan membeli hakcipta buku-buku teks dan meletakkan bahan-bahan ini online. Ini supaya bahan-bahan ini boleh direplikasi tanpa had oleh guru dan sekolah. Free-Reading is an “open source” instructional program that helps teachers teach early reading. Because it's open source, it represents the collective wisdom of a wide community of teachers and researchers. It's designed to contain a scope and sequence of activities that can support and supplement a typical “core” or “basal” prog

SEDANG BACA - The God Delusion oleh Richard Dawkins

Buku kontroversi. Pasti. Aspirasi penulisnya mahu kumpulan Atheis keluar dari persembunyian, dan bersuara kepada dunia. Dalam prefacenya, beliau mengklaim yang hujah-hujah rasionalnya mampu mengubah seorang believer kepada seorang yang skeptikal dengan kewujudan tuhan, setelah selesai membaca buku ini. Saya fikir agak sombong bila penulisnya menghukum bahawa pembacanya pasti bersetuju dengan beliau. Samaada setuju atau tidak, pembaca juga kritikal dengan hujah beliau. Mahu cari buku yang menjawab beliau, dari kacamata Muslim atau Kristian selepas ini.

Pelangi akan dijadikan syarikat private

Rumor dalam pasaran mengatakan yang PNB akan menjadikan Pelangi syarikat private. Pelangi memang menghadapi masalah. Jualan jatuh dari RM 70 juta dalam tahun 2005, ke RM59 juta dalam tahun 2006. Untung bersih juga jatuh dari RM8.7 juta tahun 2005 ke RM6.7 juta dalam tahun 2006. Mengikut pelangi ini kerana polisi kredit yang lebih cermat, dan juga polisi return baru yang lebih ketat. Dari berita dalam pasaran, kita juga dengar ada pengurus senior yang telah berkhidmat lama, berhenti dari Pelangi, dan ada beberapa muka baru dalam senior management.

Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia 2007

Berita baik buat penggiat buku tempatan - ABKM akan dimulakan semula. Menurut orang lama, anugerah ini terkubur selama beberapa tahun keran tidak ada pihak yang mahu menganjurkannya. Sekarang dimulakan semula. Tidak ada website khusus, hanya ada entri dalam ruang berita laman web persatuan penerbit buku malaysia (MABOPA).

Kedai buku di Malaysia 5 tahun kedepan.

Dalam masa beberapa tahun akan datang ini kita akan lihat transformasi industri retail jualan buku yang besar di Malaysia. Satu trend yang pasti berlaku adalah rempuhan chain bookstore ke kawasan kedai buku independent. Ini sedang berlaku, dan akan menjadi semakin sengit. Trend kedua adalah, beberapa kedai buku tradisional akan berubah menjadi kedai buku moden atas dasar survival, dan baki yang tidak mampu berubah akan menjadi semakin marginal. Trend yang belum berlaku adalah Chain bookstore vs Internet retailer. Mungkin jauh lagi. Faktor pertama adalah perkembangan pusat belibelah (mall) di Malaysia. Chain bookstore duduk dan tumbuh didalam mall. Dalam satu temuramah di BusinessTime hari ini menunjukkan yang potensi untuk membangunkan lebih banyak mall baru, terutamanya di kawasan baru seperti Kuching, KK, Ipoh dan Kelang masih luas. Dan saya percaya bahawa mall developer tidak akan duduk diam dalam tahun-tahun mendatang ini. Q: Do we have enough malls? Where do retailers wish there

Bagaimana buku IT tumbang di kedai buku.

Patah balik ke tahun 1994 - tahun dimana semua orang mula mabuk dengan revolusi internet. Dalam tempoh 2 tahun ke depan, beribu-ribu tajuk dalam bidang IT diimport ke malaysia. Tajuk-tajuk pengenalan popular seperti Outlook dan Office terjual beberapa ribu naskah setiap tajuk. Kedai buku membesarkan rak buku komputer dan IT dengan agresif. Harga bukunya mahal. Jualannya substansial. Datang tahun 1997 dan kehancuran semua jenis dotcom. Semua buku-buku tadi tinggal jadi hiasan dalaman dalam kedai buku. Sehingga hari ini, era jualan buku IT yang mencapai ribuan naskah tinggal kenangan manis, satu era, satu zaman. Hari ini kalau dapat jual 30 naskah satu tajuk juga sudah dikira sangat baik. RIP.

Buku teks 100% percuma - kesan kepada Kedai Buku dan Penerbit (Bahagian 2)

Keputusan ini juga beri impetus kepada pertemuan MABOPA (persatuan penerbit) - MBA (persatuan penjual buku) yang sudah lama tidak berlaku. Antara keputusan paling penting dalam pertemuan ini adalah deklarasi bahawa MBA perlu berubah. Kebanyakkan ahli MBA adalah pekedai buku sekolah. Cabang bisnes utama mereka adalah Buku teks Buku kerja Alat tulis. Kini bisnes buku teks sudah hilang. Dianggarkan bahawa kerajaan membelanjakan tambahan sebanyak rm30 juta untuk melaksanakan skim buku teks percuma 100%. Bermakna jualan pasaran terbuka sebanyak rm30 juta telah hilang dari kedai buku. Tetapi, kerugian yang lebih besar bukan buku teks. Saya mengambil anggaran bahawa ibubapa yang masuk ke kedai buku membelanjakan 3 kali lebih banyak untuk membeli alat tulis, beg sekolah, buku kerja, kamus dan lain-lain bahan untuk anak mereka. Setiap rm1 jualan buku teks, ada rm3 jualan berkaitan yang berlaku. Ini bermakna sebanyak rm 120 (buku teks = rm30 juta dan jualan berkaitan = rm90 juta) jualan setahun

Buku teks 100% percuma - kesan kepada Kedai Buku dan Penerbit

Pengumuman perdana menteri dalam bajet 2008 diterima dengan seronok oleh ramai ibu bapa. Masalah Cash Flow. Sebaliknya ramai penjual buku, dan penerbit yang rasa seperti nak demam. Jualan buku teks pasaran terbuka sangat penting kepada turnover kedai pada hujung tahun. Bila jualan ini hilang, maka kedai buku akan mengalami cash flow problem yang bukan sedikit. Bila kedai buku kena krisis aliran tunai, penerbit juga akan terpukul. Bayaran kepada penerbit akan dilambatkan. Bagi kedai buku yang banyak menjual kepada pasaran sekolah cina, jumlah jualan yang hilang sangat besar. Dianggarka sekolah cina hanya menerima lebih kurang 60% bantuan SPBT. Bakinya semua beli sendiri. Bagi sekolah kawasan bandar, dianggarkan 70% menerima SPBT. Bagi kedai buku di pendalaman, kesannya tidak begitu teruk, kerana hampir 99% sekolah kampung menerima bantuan SPBT. Bahaya Kerugian Untuk Petender Kedai buku Sekolah. Tender bagi menjalankan kedai buku sekolah sudah ditandatangani di banyak sekolah. Kedai-keda

Penulis superstar dan pasaran red ocean.

Komen seorang sifu dalam penerbitan novel, berkaitan dengan saingan dalam penerbitan buku. Ada pasaran yang sudah menjadi red-ocean kerana terlalu banyak pesaing. Yang mula-mula dirempuh badai adalah pasaran buku kerja & latihan sekolah. Harga jatuh dari rm4.90 bagi terbitan penerbit besar hingga ke edisi kulit putih rm2.50 terbitan penerbit baru. Seterusnya sekotor buku agama. Penjual buku agama bukan tengok isi, siapa pengarang dan desain - dia timbang berat buku sahaja sebagai bandingan. Buku dari penerbit A berat setengah kati, harga rm10 kenapa awak punya harga rm15? Kini novel cinta pula. Lebih dari 16 tajuk baru masuk ke pasaran sebulan. Penulis baru dan ternama bersaing hebat. Selama ini saya belum dapat mengkuantikan fenomena ini untuk pasaran tempatan. Perbualan telefon dengan sifu ini memberi jawapan. Menurut sifu ini, Kalau sudah ada lebih dari 8 superstars dalam satu genre, maka pasaran itu sudah puncak. Kalau sudah ada 10 superstars maka pasaran itu sudah pecah, su

Pesta buku 2008

Jumlah gerai dalam pesta buku 2008 semakin kecil, kerana kita tidak dapat tempah 2 dewan di lantai bawah. Dari 600+ gerai dalam tahun 2007, kepada 500+ gerai dalam tahun 2008. Ini seperti satu regresi kepada pesta buku yang sepatutnya semakin besar dari tahun ke tahun. Selain dari isu ini, ada 2 pesta buku yang juga akan berlangsung tahun depan. Popular bookfest@KLCC semakin besar dan mendapat sambutan yang baik dari ramai orang. Rumor yang industri dengar menagatakan bahawa jualan mereka meletup. Mereka sudah tempah dewan itu untuk tempoh 5 tahun akan datang. Kedua, pesta buku akademik - untuk buku-buku teks pengajian tinggi dan perpustakaan. Ini terutamnya untuk buku rujukan improt yang mahal. Bukan untuk pembaca umum. Lebih ditumpukan kepada pasaran pembeli institusi (perpustakawan) dan pensyarah universiti. Jangan cuba cari novel paperback kegemaran anda disini. Juga tunggu jualan gudang dari MPH, Popular dan Times tahun depan. Kalendar pembaca buku tempatan akan penuh dalam tahun

Pelajar kolej hari ini adalah warga digital (digital native).

Berita dari InsideHigherEd.com. Melabel Digital native untuk pelajar kolej bukan berita baru. Yang barunya adalah; a) kematangan pelajar dalam membezakan alat kerja dan alat personal b) dan mereka semakin agresif membawa masuk internet dalam pengajian mereka - bukan sekadar 'main' social network sahaja. Apa kesannya generasi ini bila datang ke tempat kerja? Apa kesan kepada habit membaca generasi ini? The authors of the study, which surveyed 27,864 students at 103 two- and four-year colleges and universities, note that most undergraduates today are “digital natives” who have grown up immersed in technology in some form. But the “millennials” aren’t necessarily ready to cast off the yoke of human interaction and learn solely within virtual 3-D environments wired directly to the brain. The study finds “themes of skepticism and moderation alongside enthusiasm,” such that 59 percent preferred a “moderate rather than extensive use of IT in courses.” Berita penuh disini .

Sedang baca - The cult of the Amateur

Buku tulisan Andrew Keen. Secara ringkasnya beliau mengatakan bahawa Internet hari ini, yang dipenuhi oleh bahan-bahan terbitan Amatur (blogs, youtube dan wikipedia), sudah menjadi kompetisi antara siapa yang paling kuat menjerit dan paling vokal bersuara. Siapa yang kuat, dia yang paling disukai orang. Ketepatan dan kesahihan berita dan pendapat itu tidak lagi penting. Harus cari kritikan kepada buku ini.

Malam Edan Bersama Search

Pusing lagu lama ketika aku masih disekolah rendah. Gadisku Artis : Search Gadisku Seri mewangi bagai disiram selautan kasturi Gadisku Terindah padamu kerna tak pernah meminta selain cinta Dialah gadisku (selalu) selama-lamanya Tak peduli kata orang terhadap dirinya Aku tahu dia gadisku Tak peduli nista yang terlempar padaku Dia tahu dia gadisku Cinta kan bermakna jika sama saling memahami Cintaku bercahaya jika disulami cinta suci Gadisku... Dikaulah hidup ini rangkap tak bermaya Dia datang membawa harapan Di kala hari-hariku menjadi gelita Dia datang membawa cahaya

Buku teks percuma dalam tahun 2008

Buku teks percuma masuk semula dalam bajet 2008. Saya fikir malam ini ada orang dalam industri ini mungkin tidak tidur lena. 50. I also wish to announce that, beginning the 2008 school session, the Text Book Loan Scheme will be provided to all students, irrespective of their families’ income and with no restrictions on the number of eligible children. With this, 5.7 million students will benefit from this Scheme compared with 4.5 million students currently. With these measures, schooling in Malaysia is now completely free.

Mobile content - applet atau web browser?

Dalam mengedarkan content dalam mobile , ada 2 pendekatan teknikal yang saya nampak. Model 1 - applet. Biasanya java applet yang menjadi reader. Buku di download kedalam reader untuk dibaca, dan dikawal hak ciptanya. Satu lagi analogi yang boleh digunakan adalah iTune-iPod. Model ini membolehkan applet mengakses fungsi telefon dalam hardware level. Beri kesan bunyi, getaran, dan geo-tagging. Model 2 - model web browser. Datangnya iPhone dari Apple, dan kekangan Apple yang tidak membenarkan applikasi luar dimasukkan kedalam uber phone itu, memaksa 3rd party membangunkan applikasi web2.0 untuk memberikan perkhidmatan kepada pengguna iPhone. Data dan juga kawalan hak cipta mesti dibuat dalam applikasi web2.0 itu sendiri. Saya fikir iPhone akan memaksa lebih banyak pengeluar telefon untuk membina model yang menawarkan ciri-ciri yang setaraf dan hampir serupa. Web browser dalam telefon akan menjadi lebih baik. Yang lebih menarik sekarang, bilakah ini semua akan bermula?

Bagaimana industri penerbitan boleh menjadi lebih seksi kepada bakat muda?

Satu soalan yang industri ini perlu fikirkan untuk terus berkembang dalam era ekonomi-K. Secara relatifnya penerbitan dan penulisan buku sudah passe. Atau dilihat sebagai tua, statik, dan tidak dinamik. Tidak ada keghairahan baru. Tidak ada buku yang melambangi dan merepresentasi generasi muda. Buku bukan mereka punya - tetapi social networking, instant messenger, sms, blog dan photo sharing adalah media ekspresi mereka. Kertas & dakwat dalam era Internet. Kesannya, penerbitan buku menjadi pilihan akhir kepada pelajar pengajian media atau mass comm . Penerbit buku kehilangan bakat terbaik kepada industri PR, siaran, journalisma, majalah - dan akhir sekali barulah penerbitan buku. Penerbitan buku juga jadi pilihan terakhir untuk pelajar art & design, selepas agensi pengiklanan, majalah dan lain-lain. Bukan itu sahaja, aspek glamour dunia buku ini sebenarnya pada penulis buku - bukan kepada profesional penerbitan yang ada dibelakang buku itu, bukan editor, bukan desainer, bukan o

Migrasi buku ke format digital.

Ada beberapa subjek yang sudah migrasi ke bentukdigital. Ada yang migrasi secara total, ada juga medium digital menjadi komplimentari kepada edisi kertas. Migrasi Total : contohnya bidang undang-undang. Banyak buku dan statut sudah berpindah kepada bentuk digital. Bidang undang-undang adalah contoh terbaik dimana edisi kertas menghadapi cabaran pupus. Di Malaysia, kita sudah lihat konsolidasi berlaku dimana Malaysian Law Journal (hanya ada 2 yang terkenal : MLJ dan ILBS) sudah dibeli oleh LexisNexis, salah satu unit bawah gergasi Reed Elsevier. Medium digital menjadi komplimentari kepada kertas : ini boleh dilihat dalam penerbitan kejuruteraan, artitektur, saintifik. Jurnal utama dalam bidang ini memberikan akses komplimentari kepada pelanggan kepada perpustakaan digital mereka. Subjek yang akan direvolusikan oleh medium digital (tetapi belum berlaku, atau belum ada model yang memberikan keuntungan kepada penerbit) : Pendidikan. Janji bahawa teknologi digital kan merevolusikan bidang

Industri Animasi Tempatan berkembang.

Lanjutan dari briefing seorang teman dari MDeC, dan berita ini keluar didalam TheStar. Teman saya ini menekankan keperluan untuk merapatkan jurang antara sains + seni dalam pendidikan, kerana industri content memerlukan skill dari kedua-dua domain. Menurut beliau, secara senyap, industri animasi tempatan sebenarnya sudah menghasilakan beberapa produk bertaraf dunia yang dieksport, dan kini, ada beberapa studio tempatan yang mempunyai ratusan animator di Malaysia. ------------------------ Local animation products expected to rake in RM1b this year By BEH YUEN HUI JOHOR BARU : The turnover for the local animation and cartoon products is expected to reach RM1bil this year. He said high quality with low production costs have led the Malaysian-made animations to receive good response from overseas countries especially China. He said of the about 200 companies in the local animation industry, half have gone global. He said China especially, was looking into outsourcing the pro

Perbezaan kelas di Amerika dalam Facebook dan MySpace

Kertas tidak saintifik yang ditulis oleh Danah Boyd mengenai perbezaan kelas di Amerika, dilihat dari profile pengguna Facebook dan MySpace. Kesan yang sama juga beliau kesan bila orkut menjadi popular di India, dan sistem kasta diformalkan secara online oleh penggunanya sendiri. ----------------- http://www.danah.org/papers/essays/ClassDivisions.html The goodie two shoes, jocks, athletes, or other "good" kids are now going to Facebook. These kids tend to come from families who emphasize education and going to college. They are part of what we'd call hegemonic society. They are primarily white, but not exclusively. They are in honors classes, looking forward to the prom, and live in a world dictated by after school activities. MySpace is still home for Latino/Hispanic teens, immigrant teens, "burnouts," "alternative kids," "art fags," punks, emos, goths, gangstas, queer kids, and other kids who didn't play into the dominant high school p

Najib baca buku

Dari temuramah beliau dengan TheStar . Kalau timbalan perdana menteri boleh menunjukkan koleksi buku dalam perpustakaan dan juga bicara mengenai buku yang dibaca - bagaimana dengan perdana menteri. Harap-harap PM juga termasuk dalam kumpulan yang membaca. Saya tidak bersetuju dengan pendapat DPM yang mengatakan bahawa orang Malaysia tidak membaca buku, dan pendapat ini selalu kita ulang dalam seminar dan perkumpulan buku. Mungkin DPM tidak menerima nasihat yang baik dan berkualiti dalam hal ini.

Kes Viacom vs You Tube

Satu artikel dalam NYT oleh prof lawrence lessig. Sebelum ini, hanya kongres membuat intepretasi kepada perlembagaan bagaimana isu hakcipta diaplikasi dalam kehidupan. Terutamanya bila isu hakcipta tadi melibatkan perkembangan teknologi dan applikasi baru. Contohnya, kongres membuat rang undang-undang seperti Digital MilenniumAct yang merupakan kompromi antara service provider, pemegang hak cipta dan pengguna. Tetapi kini, mahkamah persekutuan telah membuat preseden dengan cuba memberi intepretasinya sendiri - sudah jadi 2 pihak sekarang. Mahkamah dan juga kongres. The conservatives on the Supreme Court have long warned about just this dynamic. And while I remain a skeptic about deferring to Congress on constitutional matters, this case is a powerful lesson about the costs of judicial policy making in an area as complex as copyright. The Internet will now face years of uncertainty before this fundamental question about the meaning of a decade-old legislative deal gets resolved. No dou

UPND mungkin dijual bawah gabungan Utusan-NSTP

Ada rumor mengatakan yang unit penerbitan buku dalam kumpulan Utusan,Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd mungkin akan dijual jika gabungan NSTP-Utusan berlaku. Gabungan baru ini (NewCo) akan memfokus kepada akhbar dan majalah sahaja. Malah unit buku bawah NSTP, Berita Publishing juga telah dijual keluar kepada Dato A Kadir Jasin beberapa tahun lepas. UPND sendiri mempunyai jualan sekitar rm18juta, dan telah mula mencatatkan keuntungan.

100 ribu naskah harry potter 7 untuk malaysia

Harry potter 7 akan dicetak sebanyak 12 juta naskah bagi edaran seluruh duinia, dengan pelancaran serentak pada 21 Julai. Saya dimaklumkan yang Penguin meletakkan kuota sebanyak 100 ribu naskah untuk pasaran Malaysia. Bagi pasaran kedai buku korporate - ini akan dilakukan oleh Penguin sendiri. Tetapi mereka masih mencari pengedar yang sesuai (dan punya wang tunai) untuk pasaran kedai buku independent.

Kenapa Google Books.

Berikut ialah fakta-fakta, yang menggambarkan banyaknya informasi dunia yang masih berada secara off-line, dalam bentuk kertas. Kalau menggunakan slang google - qualified information. Saya petik dari artikel bertajuk Off The Shelf dari Guardian Unlimited. It's been suggested that 85% of published information is not available online . So where is it? The Library of Congress in Washington DC is the largest library in the world with about 29m books among its 130m items, while the British Library has about 13m catalogued books. In May 2006, the New York Times estimated that at least 32m books have been published since the days of Sumerian clay tablets. Another estimate has suggested that the human race publishes a book every 30 seconds In 1450, new titles were published at a rate of 100 per year. In 1950, that figure had grown to 250,000. By the millennium, the number published exceeded a million. It's estimated that of all the books ever published, more than 95% are out of pr

Wikipedia naik ke no 10 dalam senarai paling popular

Wikipedia bermula pada tahun 2001. Kini wikipedia sudah ada lebih dari 5 juta artikel dalam lebih dari 200 bahasa. Pada januari tahun lepas, wikipedia duduk di tangga ke 33. Wikipedia masih bergantung kepada derma dari individu. Sehingga kini, wikimedia (syarikat yang menguruskan wikipedia), hanya mempunyai 10 orang kakitangan. Tetapi mereka menguruskan lebih dari 350 server, dan kos bandwith sahaja dianggarkan lebih dari 100K sebulan. Pada masa ini kewangan wikimedia cukup untuk menampung kos mereka selama beberapa bulan ke hadapan. Ada pendapat mengatakan yang wikipedia patut menjual iklan dalam lamannya. Tetapi ini sudah menjadi isu yang sensitif. Mozilla dikatakan menerima lebih dari USD50 juta setahun dengan menjual Adword dari google. Dan wikipedia boleh memperolehi jumlah yang sama untuk meningkatkan kualiti dan jumlah produknya.

Tumbangnya kedai buku Indie di US.

Satu artikel dalam LATimes.com Pada pertengahan tahun 90 kebanyakkan kedai buku Indie tumbang kerana tidak mempu bersaingan dengan Chain Bookstore seperti Borders, dan Barnes & Noble. Tetapi, kini cabaran utama mereka adalah kedai buku online seperti Amazon.com. Amazon bukan hanya menjual bestseller dengan harga rendah, malah menjual buku second hand (popular di US). Kedai buku Indie dan juga kedai buku second hand terpukul oleh kehadiran Amazon. Kehadiran internet merubah sama sekali habit pembelian masyarakat. Menurut pekedai indie, sukar sekali untuk mencari sebarang trend sosial atau demografi yang boleh memberi sinar baru kepada kedai buku Indie selepas hadirnya internet. Dan fenomena tumbangnya kedai Indie boleh dilihat diseluruh US. Amazon beroperasi seperti yang dibincangkan dalam The Long Tail. Konsumer hari ini mahu pilihan. Dengan hadirnya internet, sekecil-kecil pembaca dan penulis boleh mencari peminatnya sendiri. Fungsi orang tengah (broker) yang dimainkan oleh pene

Statistik membaca rakyat Malaysia

Petikan dari Utusan hari ini, bawah entri USIM perkayakan buku tempatan. ------------------------ http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm Oleh W. Rahimah Draman Hasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India. Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan oleh perangkaan PNM itu pula, hanya 1,273 atau 32 peratus sahaja buku ilmiah yang dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bah

Google book search untuk penerbit malaysia.

Semalam ada satu pertemuan antara beberapa ahli MABOPA dengan wakil dari Google, spesifiknya dari Google Book Search. Wakil google, mark nelson memberikan satu penerangan tentang produk Google book search, yang mana merupakan satu produk baru dalam usaha mereka untuk membawa maklumat yang sebelum ini hanya ada dalam buku, jurnal ke web - supaya dapat diindeks, dicari, dan dibaca secara online oleh pengguna. Ini terutamanya penting untuk mereka yang mencari untuk tujuan rujukan dan kajian. Pada pendapat saya, Indonesia dan Thailand mempunyai jauh lebih banyak tajuk tempatan dalam bahasa mereka. Tetapi untuk rantau ini, mereka bermula dengan Malaysia, dan selepas ini adalah Indonesia. Google masih lagi membangunkan teknologi OCR untuk bahasa Thai. Oleh kerana bahasa Melayu dan bahasa Indonesia menggunakan karakter roman - maka teknologi OCRnya lebih matang dan tepat. Sebagai penerbit, kita akan masuk ke program Google book search sebagai partner. Bagi penerbit yang berstatus partner, sem

Majoriti kedai buku masih di takuk lama.

Ini satu isu struktural dalam penjualan & pemasaran buku di Malaysia. Ada beberapa jenis kedai buku Kedai buku korporat seperti MPH, Popular, Kinokuniya, Borders. Kedai Buku & Majalah - biasanya kecil, dan menjual majalah, komik, novel popular. Kedai buku tempatan - ini yang paling banyak, ada di semua pekan-pekan diseluruh negara. Kedai buku koperasi - hanya ada di sekolah, kolej dan universiti. Kalau kita lihat dari sektor ke sektor, buku ulangkaji peperiksaan ini adalah yang paling besar di Malaysia. Jualan tahunan sektor ini sahaja dianggarkan lebih dari RM400 juta setahun. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan perkara ini : keperluan peperiksaan - jadi semua pelajar beli, bukunya murah, dan mudah didapati sehingga ke seluruh ceruk pekan-pekan kecil. Dianggarkan ada lebih dari 500 kedai buku seluruh negara yang menjual buku ulagkaji peperiksaan. Bandingkan dengan sektor buku umum. Pada masa ini dijual secara runcit oleh kedai buku korporat (paling besar), dan beberapa kedai

Novel handphone terjual lebih 1 juta naskah di Jepun.

Posting kedua tentang artikel ini; Kini, Ada novel yang sudah terjual lebih dari 1 juta naskah. Dan, website seperti Magic library plus sudah mempunyai lebih dari 2400 tajuk yang ditulis menggunakan handphone - untuk dibaca dalam handphone. Ada genre baru diperkenalkan selain dari novel romance (yang paling popular) - horror, sci-fi dan juga fantasi. Terbaru, mereka akan menganjurkan anugerah novel handphone dengan kerjasama syarikat utama seperti NTT DoCoMo. Mungkinkah remaja di Malaysia boleh menerima produk yang sama? Laporan penuh dari http://www.wired.com/news/culture/0,72329-0.html?tw=wn_index_26

Lanskap industri penerbitan tempatan 2007

Ada beberapa trend yang berlaku atau digosipkan akan berlaku dalam tahun 2007, khusus untuk mereka yang terlibat dalam industri buku. Trend baru dari kementerian pelajaran. Pertama, kita menjangka yang kementerian pelajaran akan mula meliberalisasikan pendidikan di Malaysia. Antara lain yang dijangka akan berlaku adalah mengurangkan fokus kepada sistem yang exam-centric sekarang ini. Jumlah mata pelajaran yang diperiksa akan dikurangkan. Objektifnya adalah untuk membentuk pelajar yang lebih seimbang dalam pelbagai aspek - akademik, korikulum, nilai dan kreativiti. Pelajar yang berfikir - bukan hanya pandai menjawab soalan peperiksaan. Kedua, buku teks akan diberi secara percuma kepada semua pelajar. Tidak ada lagi buku teks dalam pasaran terbuka. Kesan primari. Trend baru ini akan memberi kesan kepada penerbit buku ulangkaji peperiksaan. Jualan buku ulangkaji sangat bergantung kepada berapa banyak subjek yang akan diperiksa. Jika jumlah subjek dikurangkan, atau dibuat tidak wajib perik

RTM dan potensi Digital Broadcasting.

2 Artikel dari Thestar yang menjelaskan secara ringkas tentang standard HD, dan juga sistem tranmisi yang akan digunakan nanti. HDTV and digital broadcasts Digital broadcasts have been available in Malaysia for quite some time in the form of Astro. While the DVB-S standard used by Astro isn’t designed for use with HDTV, it doesn’t mean that the infrastructure cannot support HDTV in the near future. On the other hand, the DVB-T standard being adopted by RTM in its current digital broadcast trials is the same standard used in much of Europe – and is HDTV compatible (thanks to the use of MPEG2 and H.264 video compression standards). DVB-T terrestrial broadcasts are typically free-to-air (like regular analogue TV). At the moment, the only way to receive DVB-T signals in Malaysia is via a set-top box, although some televisions sold in Europe currently have built-in DVB-T decoders. There’s no specific date for the introduction of terrestrial HDTV broadcasts in Malaysia yet, but o

Musim banjir dan buku.

Selepas musim banjir ini selesai, ada penerbit yang akan dapat panggilan telefon dan surat dari Bahagian Buku Teks - untuk menggantikan buku teks yang tenggelam dan rosak semasa banjir baru-baru ini. Setakat ini, saya belum dengar lagi pesanan gantian untuk buku rosak. Mungkin dalam 1-2 minggu lagi sehingga ancaman banjir pantai timur dan utara selesai. Mungkin masa itu barulah BBT akan mengkompilasi senarai penuh buku teks yang perlu digantikan. Selain buku teks, saya juga menjangkakan buku perpustakaan terpaksa diganti kerana musnah semasa banjir baru-baru ini. Tetapi, proses ini mungkin lebih lambat. Buku teks pasti akan diberikan keutamaan oleh kementerian. Projek mengganti buku perpustakaan sekolah ini akan diperhatikan baik-baik oleh ramai kontraktor buku dan juga penerbit. Rezeki musim banjir.

Muslim pertama menjadi ahli kongress Amerika.

Keith Ellison mengangkat sumpah sebagai ahli kongress Amerika menggunakan sebuah Quran, yang pernah dipunyai oleh Thomas Jefferson, Presiden ketiga Amerika Syarikat. Naskah Quran ini diterbitkan di London, pada tahun 1764. Naskah ini kini dipunyai oleh Libary of Congress. Ini merupakan kali pertama Quran digunakan dalam majlis angkat sumpah ahli kongres di Amerika. Dan Quran terus berjalan. Berita lanjut di http://www.mercurynews.com/mld/mercurynews/news/politics/16385320.htm

Novel HP di Jepun sudah ada anugerah.

Mereka mengambil masa selama 6 tahun, sebelum phone novel pertama memecahkan garisan jualan 1 juta naskah. A mobile phone novel typically contains between 200 and 500 pages, with each page containing about 500 Japanese characters. The novels are read on a cell phone screen page by page, the way one would surf the web, and are downloadable for around $10 each. The first mobile phone novel was written six years ago by fiction writer Yoshi, but the trend picked up in the last couple years when high-school girls with no previous publishing experience started posting stories they wrote on community portals for others to download and read on their cell phones. Magic iLand is one such site. It began as a community portal where users could create personalized homepages from their cell phones. In March, the company launched a free novel library where readers can download text and link to blogs by select authors. The Magic Library Plus has quickly established itself as the gold standard fo