Langkau ke kandungan utama

Musim banjir dan buku.

Selepas musim banjir ini selesai, ada penerbit yang akan dapat panggilan telefon dan surat dari Bahagian Buku Teks - untuk menggantikan buku teks yang tenggelam dan rosak semasa banjir baru-baru ini.

Setakat ini, saya belum dengar lagi pesanan gantian untuk buku rosak. Mungkin dalam 1-2 minggu lagi sehingga ancaman banjir pantai timur dan utara selesai. Mungkin masa itu barulah BBT akan mengkompilasi senarai penuh buku teks yang perlu digantikan.

Selain buku teks, saya juga menjangkakan buku perpustakaan terpaksa diganti kerana musnah semasa banjir baru-baru ini. Tetapi, proses ini mungkin lebih lambat. Buku teks pasti akan diberikan keutamaan oleh kementerian.

Projek mengganti buku perpustakaan sekolah ini akan diperhatikan baik-baik oleh ramai kontraktor buku dan juga penerbit.

Rezeki musim banjir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Statistik membaca rakyat Malaysia

Petikan dari Utusan hari ini, bawah entri USIM perkayakan buku tempatan.
------------------------

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htmOleh W. Rahimah DramanHasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India. Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan oleh perangkaan PNM itu pula, hanya 1,273 atau 32 peratus sahaja buku ilmiah yang dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bahan bacaa…

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan.

Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis;
Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), danSelf publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.

A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte.

Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup).

Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books. Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android. 

Dalam Google Play, pilih Books.

 Kemudian pilih Books in Malay.
Ada beribu-ribu tajuk buku tempatan kini dijual di dalam Google Play Books.

Kedai Play Books menawarka…

Kedai buku terpakai - satu penilaian semula

Sengaja digunakan tajuk klise yang biasa dipakai dalam kertas akademik.

Akhir-akhir ini saya cuba mengumpulkan buku-buku biografi individu dan juga syarikat media utama dalam dunia. Kebanyakkan buku ini pernah terbit dalam tahun 80an (era 'greed is good') dan 90an (era 'internet bubble'). Sangat sedikit yang boleh dicari dalam kedai buku besar.

Saya terjumpa beberapa tajuk dalam subjek ini di kedai-kedai buku terpakai.

Sistem penjualan buku hari ini tidak membenarkan banyak buku mempunyai jangka hayat yang lama di rak. Kedai buku besar biasanya hanya mahu menjual frontlist (buku baru), bestseller dan juga backlist yang evergreen sahaja. Ini realiti peruncitan buku hari ini.

Untuk mencari buku-buku lama, dalam konteks ini terbit lebih dari 3 tahun lepas dan kurang popular, kita perlu pergi ke perpustakaan atau kedai buku terpakai.

Rare book itu subjek lain.