Langkau ke kandungan utama

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).



Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan.

Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis;
  • Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte,
  • Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet,
  • Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan
  • Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma.
Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.

 A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte.

Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup).

Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books. Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android. 

Dalam Google Play, pilih Books.

 
 Kemudian pilih Books in Malay.

Ada beribu-ribu tajuk buku tempatan kini dijual di dalam Google Play Books.


Kedai Play Books menawarkan jutaan tajuk antarabangsa dan lokal melalui platform mereka. Lebih baik lagi, Google Play sudah terbina dalam semua telefon Android. Untuk pengguna ios, anda boleh menggunakan laman web Google Play untuk pilih, dan beli ebook. Google Books menyediakan reader untuk pengguna ios.

Dikalangan syarikat tempatan pula, pemain utama ialah e-sentral.com.



e-sentral sebagai pemain paling lama, mempunyai katalog ebook lokal yang paling banyak, melebihi 10 ribu tajuk. Kelebihan utama e-sentral ialah tawaran novel cinta dan tajuk-tajuk penerbit indie yang paling komprehensif. Ebook yang dibeli dari e-sentral, boleh dibaca di ios, Android, Windows dan juga browser.

Selain e-sentral, pemain baru seperti kakibuku.com juga menawarkan pilihan tajuk ebook lokal - tetapi masih terhad kerana usianya yang masih baru.


Satu lagi pemain ebook ialah portal Book Capital yang dimiliki oleh agensi kerajaan, Perbadanan Kota Buku. Book Capital mempunyai katalog yang agak komprehensif walaupun secara relatifnya masih baru dalam pasaran. Book Capital menggunakan khidmat white label dari e-sentral untuk membina kedai ebook mereka dalam masa yang pantas.


Tidak ketinggalan dalam meneroka pasaran ebook ialah marketplace paling besar di Malaysia, iaitu Lazada. ebook dijual dibawah nama Lazada ebook dengan katalog hampir 4000 tajuk.



Platform ebook yang ditawarkan oleh syarikat Telco umumnya telah tutup. Beberapa tahun lepas, Maxis hadir dengan ebuuk - sudah tutup. Platform yang didokong oleh Celcom, iaitu bachabooku juga telah tutup baru-baru ini.

Pembeli ebook dari platform yang telah tutup menghadapi masalah untuk mengakses ebook yang mereka telah beli. Pustaka ebook mereka akan lupus bila platform yang digunakan tutup. Ini adalah isu fundamental dengan platform ebook.

Untuk tajuk antarabangsa, servis yang boleh digunakan antaranya ialah Kobo dan Google Play Books. Peminat Kindle di Malaysia amnya menggunakan teknik work around untuk membeli ebook dari platform Kindle. Ada syarikat tempatan yang menyediakan khidmat 'work around' ini untuk sedikit upah.

Pengguna ios masih menunggu Apple membuka iBookstore kepada pengguna Malaysia (dan Asia Tenggara umumnya).


BERSAMBUNG ke Part 2/4.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Kedai buku terpakai - satu penilaian semula

Sengaja digunakan tajuk klise yang biasa dipakai dalam kertas akademik. Akhir-akhir ini saya cuba mengumpulkan buku-buku biografi individu dan juga syarikat media utama dalam dunia. Kebanyakkan buku ini pernah terbit dalam tahun 80an (era 'greed is good' ) dan 90an (era 'internet bubble' ). Sangat sedikit yang boleh dicari dalam kedai buku besar. Saya terjumpa beberapa tajuk dalam subjek ini di kedai-kedai buku terpakai. Sistem penjualan buku hari ini tidak membenarkan banyak buku mempunyai jangka hayat yang lama di rak. Kedai buku besar biasanya hanya mahu menjual frontlist (buku baru), bestseller dan juga backlist yang evergreen sahaja. Ini realiti peruncitan buku hari ini. Untuk mencari buku-buku lama, dalam konteks ini terbit lebih dari 3 tahun lepas dan kurang popular, kita perlu pergi ke perpustakaan atau kedai buku terpakai. Rare book itu subjek lain.