Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2007

Buku teks 100% percuma - kesan kepada Kedai Buku dan Penerbit

Pengumuman perdana menteri dalam bajet 2008 diterima dengan seronok oleh ramai ibu bapa. Masalah Cash Flow. Sebaliknya ramai penjual buku, dan penerbit yang rasa seperti nak demam. Jualan buku teks pasaran terbuka sangat penting kepada turnover kedai pada hujung tahun. Bila jualan ini hilang, maka kedai buku akan mengalami cash flow problem yang bukan sedikit. Bila kedai buku kena krisis aliran tunai, penerbit juga akan terpukul. Bayaran kepada penerbit akan dilambatkan. Bagi kedai buku yang banyak menjual kepada pasaran sekolah cina, jumlah jualan yang hilang sangat besar. Dianggarka sekolah cina hanya menerima lebih kurang 60% bantuan SPBT. Bakinya semua beli sendiri. Bagi sekolah kawasan bandar, dianggarkan 70% menerima SPBT. Bagi kedai buku di pendalaman, kesannya tidak begitu teruk, kerana hampir 99% sekolah kampung menerima bantuan SPBT. Bahaya Kerugian Untuk Petender Kedai buku Sekolah. Tender bagi menjalankan kedai buku sekolah sudah ditandatangani di banyak sekolah. Kedai-keda

Penulis superstar dan pasaran red ocean.

Komen seorang sifu dalam penerbitan novel, berkaitan dengan saingan dalam penerbitan buku. Ada pasaran yang sudah menjadi red-ocean kerana terlalu banyak pesaing. Yang mula-mula dirempuh badai adalah pasaran buku kerja & latihan sekolah. Harga jatuh dari rm4.90 bagi terbitan penerbit besar hingga ke edisi kulit putih rm2.50 terbitan penerbit baru. Seterusnya sekotor buku agama. Penjual buku agama bukan tengok isi, siapa pengarang dan desain - dia timbang berat buku sahaja sebagai bandingan. Buku dari penerbit A berat setengah kati, harga rm10 kenapa awak punya harga rm15? Kini novel cinta pula. Lebih dari 16 tajuk baru masuk ke pasaran sebulan. Penulis baru dan ternama bersaing hebat. Selama ini saya belum dapat mengkuantikan fenomena ini untuk pasaran tempatan. Perbualan telefon dengan sifu ini memberi jawapan. Menurut sifu ini, Kalau sudah ada lebih dari 8 superstars dalam satu genre, maka pasaran itu sudah puncak. Kalau sudah ada 10 superstars maka pasaran itu sudah pecah, su

Pesta buku 2008

Jumlah gerai dalam pesta buku 2008 semakin kecil, kerana kita tidak dapat tempah 2 dewan di lantai bawah. Dari 600+ gerai dalam tahun 2007, kepada 500+ gerai dalam tahun 2008. Ini seperti satu regresi kepada pesta buku yang sepatutnya semakin besar dari tahun ke tahun. Selain dari isu ini, ada 2 pesta buku yang juga akan berlangsung tahun depan. Popular bookfest@KLCC semakin besar dan mendapat sambutan yang baik dari ramai orang. Rumor yang industri dengar menagatakan bahawa jualan mereka meletup. Mereka sudah tempah dewan itu untuk tempoh 5 tahun akan datang. Kedua, pesta buku akademik - untuk buku-buku teks pengajian tinggi dan perpustakaan. Ini terutamnya untuk buku rujukan improt yang mahal. Bukan untuk pembaca umum. Lebih ditumpukan kepada pasaran pembeli institusi (perpustakawan) dan pensyarah universiti. Jangan cuba cari novel paperback kegemaran anda disini. Juga tunggu jualan gudang dari MPH, Popular dan Times tahun depan. Kalendar pembaca buku tempatan akan penuh dalam tahun

Pelajar kolej hari ini adalah warga digital (digital native).

Berita dari InsideHigherEd.com. Melabel Digital native untuk pelajar kolej bukan berita baru. Yang barunya adalah; a) kematangan pelajar dalam membezakan alat kerja dan alat personal b) dan mereka semakin agresif membawa masuk internet dalam pengajian mereka - bukan sekadar 'main' social network sahaja. Apa kesannya generasi ini bila datang ke tempat kerja? Apa kesan kepada habit membaca generasi ini? The authors of the study, which surveyed 27,864 students at 103 two- and four-year colleges and universities, note that most undergraduates today are “digital natives” who have grown up immersed in technology in some form. But the “millennials” aren’t necessarily ready to cast off the yoke of human interaction and learn solely within virtual 3-D environments wired directly to the brain. The study finds “themes of skepticism and moderation alongside enthusiasm,” such that 59 percent preferred a “moderate rather than extensive use of IT in courses.” Berita penuh disini .

Sedang baca - The cult of the Amateur

Buku tulisan Andrew Keen. Secara ringkasnya beliau mengatakan bahawa Internet hari ini, yang dipenuhi oleh bahan-bahan terbitan Amatur (blogs, youtube dan wikipedia), sudah menjadi kompetisi antara siapa yang paling kuat menjerit dan paling vokal bersuara. Siapa yang kuat, dia yang paling disukai orang. Ketepatan dan kesahihan berita dan pendapat itu tidak lagi penting. Harus cari kritikan kepada buku ini.

Malam Edan Bersama Search

Pusing lagu lama ketika aku masih disekolah rendah. Gadisku Artis : Search Gadisku Seri mewangi bagai disiram selautan kasturi Gadisku Terindah padamu kerna tak pernah meminta selain cinta Dialah gadisku (selalu) selama-lamanya Tak peduli kata orang terhadap dirinya Aku tahu dia gadisku Tak peduli nista yang terlempar padaku Dia tahu dia gadisku Cinta kan bermakna jika sama saling memahami Cintaku bercahaya jika disulami cinta suci Gadisku... Dikaulah hidup ini rangkap tak bermaya Dia datang membawa harapan Di kala hari-hariku menjadi gelita Dia datang membawa cahaya

Buku teks percuma dalam tahun 2008

Buku teks percuma masuk semula dalam bajet 2008. Saya fikir malam ini ada orang dalam industri ini mungkin tidak tidur lena. 50. I also wish to announce that, beginning the 2008 school session, the Text Book Loan Scheme will be provided to all students, irrespective of their families’ income and with no restrictions on the number of eligible children. With this, 5.7 million students will benefit from this Scheme compared with 4.5 million students currently. With these measures, schooling in Malaysia is now completely free.

Mobile content - applet atau web browser?

Dalam mengedarkan content dalam mobile , ada 2 pendekatan teknikal yang saya nampak. Model 1 - applet. Biasanya java applet yang menjadi reader. Buku di download kedalam reader untuk dibaca, dan dikawal hak ciptanya. Satu lagi analogi yang boleh digunakan adalah iTune-iPod. Model ini membolehkan applet mengakses fungsi telefon dalam hardware level. Beri kesan bunyi, getaran, dan geo-tagging. Model 2 - model web browser. Datangnya iPhone dari Apple, dan kekangan Apple yang tidak membenarkan applikasi luar dimasukkan kedalam uber phone itu, memaksa 3rd party membangunkan applikasi web2.0 untuk memberikan perkhidmatan kepada pengguna iPhone. Data dan juga kawalan hak cipta mesti dibuat dalam applikasi web2.0 itu sendiri. Saya fikir iPhone akan memaksa lebih banyak pengeluar telefon untuk membina model yang menawarkan ciri-ciri yang setaraf dan hampir serupa. Web browser dalam telefon akan menjadi lebih baik. Yang lebih menarik sekarang, bilakah ini semua akan bermula?

Bagaimana industri penerbitan boleh menjadi lebih seksi kepada bakat muda?

Satu soalan yang industri ini perlu fikirkan untuk terus berkembang dalam era ekonomi-K. Secara relatifnya penerbitan dan penulisan buku sudah passe. Atau dilihat sebagai tua, statik, dan tidak dinamik. Tidak ada keghairahan baru. Tidak ada buku yang melambangi dan merepresentasi generasi muda. Buku bukan mereka punya - tetapi social networking, instant messenger, sms, blog dan photo sharing adalah media ekspresi mereka. Kertas & dakwat dalam era Internet. Kesannya, penerbitan buku menjadi pilihan akhir kepada pelajar pengajian media atau mass comm . Penerbit buku kehilangan bakat terbaik kepada industri PR, siaran, journalisma, majalah - dan akhir sekali barulah penerbitan buku. Penerbitan buku juga jadi pilihan terakhir untuk pelajar art & design, selepas agensi pengiklanan, majalah dan lain-lain. Bukan itu sahaja, aspek glamour dunia buku ini sebenarnya pada penulis buku - bukan kepada profesional penerbitan yang ada dibelakang buku itu, bukan editor, bukan desainer, bukan o

Migrasi buku ke format digital.

Ada beberapa subjek yang sudah migrasi ke bentukdigital. Ada yang migrasi secara total, ada juga medium digital menjadi komplimentari kepada edisi kertas. Migrasi Total : contohnya bidang undang-undang. Banyak buku dan statut sudah berpindah kepada bentuk digital. Bidang undang-undang adalah contoh terbaik dimana edisi kertas menghadapi cabaran pupus. Di Malaysia, kita sudah lihat konsolidasi berlaku dimana Malaysian Law Journal (hanya ada 2 yang terkenal : MLJ dan ILBS) sudah dibeli oleh LexisNexis, salah satu unit bawah gergasi Reed Elsevier. Medium digital menjadi komplimentari kepada kertas : ini boleh dilihat dalam penerbitan kejuruteraan, artitektur, saintifik. Jurnal utama dalam bidang ini memberikan akses komplimentari kepada pelanggan kepada perpustakaan digital mereka. Subjek yang akan direvolusikan oleh medium digital (tetapi belum berlaku, atau belum ada model yang memberikan keuntungan kepada penerbit) : Pendidikan. Janji bahawa teknologi digital kan merevolusikan bidang