Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Kota Buku : Arked MARA, Musium Buku atau Kedai Buku Yang Besar?

Sejak menteri pelajaran mengumumkan penubuhan kota buku, berita ini menjadi salah satu topik yang banyak dibincangkan dikalangan penerbit buku. Banyak dari yang dibincangkan adalah sekadar gossip kerana belum ada maklumat yang sahih lagi. Antara persooalan besar; Siapa yang akan menjadi badan pelaksana? Kota buku khabarnya direbut oleh banyak pihak. Dulu lagi pernah diumumkan oleh Datuk Seri Najib. Pengumuman itu dibuat dalam majlis Dewan Industri Buku Malaysia (sebenarnya NGO industri buku yang fokus kepada memperjuangkan isu bumiputera), tetapi sehingga kini senyap sunyi dan gagal dilaksanakan. Pengumuman oleh Tan Sri Muhyiddin baru-baru ini dibuat dalam majlis ITNM, yang juga adalah pemaju kepada cadangan baru ini. Oleh itu banyak pihak menafsirkan bahawa projek kota buku 2009 ini akan dilaksanakan oleh ITNM. Tetapi, cadangana ini juga menarik minat badan-badan buku lain seperti DBP, MBKM dan juga Dewan Industri Buku. Ramai yang ingin menjadi agensi pelaksana kerana projek ini memp