Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2007

2 acara besar yang akan beri kesan kepada industri media tempatan.

Ada 2 acara dunia yang akan memberi kesan kepada industri media tempatan;

1. Sukan olimpik tahun 2008 di Beijing, dan juga
2. Kejohanan bolasepak Euro 2008.

Bagi penyiar, ini pasti akan menambahkan pendapatan dari iklan mereka. Tetapi dalam masa yang sama, kos untuk mendapatkan hak siaran kedua-dua rancangan dunia ini akan menjadikan belanja operasi meningkat dalam tahun 2008. Penerbit majalah sukan dan seksyen sukan dalam semua akhbar akan memberikan fokus besar kepada acara ini.

Saya belum dengar ada gerakan dari penerbit buku tempatan untuk mengambil kesempatan dari 2 acara ini.

Malah, para bookie juga akan menyambut tahun baru 2008 dengan penuh optimistik.

Temuramah Computerworld dengan Craig Newmark.

Temuramah oleh Computerworld dengan pengasas craiglist, Craig Newmark. Ada cerita tentang bagaimana beliau dapat idea memulakan craiglist dan motifnya. Kenapa beliau sendiri bertugas di bahagian khidmat pelanggan, bukan sebagai CEO, dijawab dalam interview ini.

Paling menarik adalah pendapat beliau seperti dibawah;

There have been ongoing concerns and criticisms from the newspaper industry that free online ad sites like Craigslist are eating them alive and drastically reducing their revenues. What's your reaction? No one in the newspaper industry seriously says that. I've spoken to a lot of publishers, editors and industry analysts. They say that our site does have a small but measurable effect on classified revenues. But they say the bigger problems are those niche-classified sites which go after the more profitable classified categories, specifically cars and jobs. There's Autotrader.com and Monster.com. Newspapers have much bigger problems. Newspapers are going after 10% …

Akhbar di Malaysia - 2 gerakan korporat.

Ada 2 pergerakan yang signifikan dalam Media & Publishing yang dilaporkan oleh TheEdge edisi 10 Dec 2007, kedua-duanya tentang akhbar.

Pertama, NSTP menjual Malay Mail.

Malay mail dijual kepada Gabungan Kasturi Sdn Bhd. Gabungan kasturi dipegang oleh Datuk Mohd Ibrahim (BluInc), Abd Rahman Ahmad (MD Media Prima), Shahril Ridza (MRCB) dan dipercayai GK adalah terkait dengan kepentingan UMNO.

Selepas penjualan ini, MM dipercayai akan menjadi akhbar gaya hidup & hiburan. Kakitangan MM diberikan pilihan untuk VSS, diserap ke NSTP, atau menyertai BlueInc.

MM pernah mencapai edaran setinggi 70,000 sehari dalam tahun 96, dan kemudiannya jatuh sehingga 20,000 sehari dalam tahun 2006.

Kini, MM dirombak semula untuk memfokus kepada pembaca muda dengan isi hiburan, gaya hidup dan sukan. Menurut pengurusan baru, ini supaya lebih bersinergi dengan BlueInc dan MediaPrima.

Ada banyak sebab yang diberikan tentang kejatuhan MM;
Cuba menjadi akhbar nasional, dari asalnya akhbar lembah kelang sahaja. …

5 penerbit utama untuk Pendidikan Tinggi

Pasaran buku berasaskan silibus ini bernilai beratus-ratus juta setahun.

Jenis produknya terdiri dari buku teks, buku kerja/revision/rujukan/persediaan peperiksaan, alat bantu mengajar. Secara umumnya, saya tidak masukkan jurnal dan buku profesional, yang lebih fokus kepada practitioner, bukan pelajar.

Kalau kita lihat secara bertahap, buku berasaskan silibus boleh difokuskan kepada tahap dibawah;
PrasekolahSek RendahSek MenengahSTPM/A-levelKolej/Universiti.Sehingga kini, penerbit tempatan hanya mampu menerbit buku dalam kategori Prasekolah hingga Sekolah menengah. Banyak penerbit kecil dan baru, menerbitkan buku untuk pasaran sekolah rendah. Penerbit tempatan yang lebih kukuh pula, kuat di pasaran sekolah menengah seperti Sasbadi, Pelangi, Cerdik, Oxford Fajar.

Bagi tahap STPM, ini diterbitkan oleh penerbit yang punya hubungan antarabangsa - Pearson Malaysia dan Oxford Fajar. Lebih sukar subjek itu, lebih besar penerbitnya.

Jika kita masuk ke peringkat Pendidikan tinggi, majoriti buku-…

Wishlish dari seorang perpustakawan untuk penerbit Ebook

Oleh John Dupois, dari York University, Toronto.

This is what an scitech ebook can be, a good source of information on a topic. Up to date, reviewing the literature, covering a topic comprehensively at multiple skill and knowledge levels, annotatable, sharable, copy and paste-able, blogable, citable, authoritative yet responsive and mashupable. We need to reimagine the scholarly monograph in the scitech fields, to find a business model that works, that rewards creators and meets the needs of readers. If it's something I'm going to pay for it needs to be better and easier to use than the free web, although I'm not sure I yet understand how I would evaluate that. Certainly, there has to be a compelling reason that students and researchers would use it rather than the free web, and I'm not sure what the range of those compelling reasons is yet either.

Dan 9 poin lagi didalam blog beliau. Menarik untuk diperhatikan bagi penerbit Ebook. Ini terutamanya soal model, harga, dan …

Penerbitan konvensional - satu model zaman dinosour?

Setelah 7 tahun terlibat dalam bidang penerbitan, saya melihat banyak perkara yang kami buat dalam industri ini sangat kuno sifatnya. Praktis yang dianggap lazim dalam industri ini, hampir sahaja sudah tidak diterima dalam industri lain. Malah, dalam industri lain, pemain yang mengamalkan praktik kuno ini pasti sudah punah.

Saya sendiri terfikir, kenapa praktik kita terlalu ketinggalan. Selalu kami membuat jenaka, "pandainya penerbit itu hanya setakat dari dapat monuskrip, hingga siap cetak. Lepas itu semua jadi bodoh". Banyak orang luar yang tidak duduk dalam industri ini, tidak tahu 'cerita dalam' industri ini.

Semua amalan ini, seolah-olah direka untuk memastikan tidak ada pemain baru yang dapat tumbuh dan hidup - kecuali yang yang benar-benar gigih. Memastikan monopoli pemain sedia ada tidak digugat, atau memastikan pemain baru mati dalam tempoh terpendek. Dalam jangka masa panjang, kita lihat sedikit sekali kreativiti dan inovasi dalam dunia penerbitan buku tempa…

Teater pendek masa depan pembacaan.

The Future of Reading (A Play in Six Acts), oleh Mark Pilgrim boleh dikatakan sebagai mash-up beberapa petikan dari Jeff Bezos, Richard Stallman, George Orwell, dan juga terma perkhidmatan Kindle sendiri - yang banyak kontradiksi antara satu sama lain.

Jeff memakai topi aktivis, dan bila beliau memakai topi businessman dibawah.

Act I: The act of buyingWhen someone buys a book, they are also buying the right to resell that book, to loan it out, or to even give it away if they want. Everyone understands this.Jeff Bezos, Open letter to Author’s Guild, 2002You may not sell, rent, lease, distribute, broadcast, sublicense or otherwise assign any rights to the Digital Content or any portion of it to any third party, and you may not remove any proprietary notices or labels on the Digital Content. In addition, you may not, and you will not encourage, assist or authorize any other person to, bypass, modify, defeat or circumvent security features that protect the Digital Content.Amazon, Kindle Te…