Langkau ke kandungan utama

5 penerbit utama untuk Pendidikan Tinggi

Pasaran buku berasaskan silibus ini bernilai beratus-ratus juta setahun.

Jenis produknya terdiri dari buku teks, buku kerja/revision/rujukan/persediaan peperiksaan, alat bantu mengajar. Secara umumnya, saya tidak masukkan jurnal dan buku profesional, yang lebih fokus kepada practitioner, bukan pelajar.

Kalau kita lihat secara bertahap, buku berasaskan silibus boleh difokuskan kepada tahap dibawah;
  1. Prasekolah
  2. Sek Rendah
  3. Sek Menengah
  4. STPM/A-level
  5. Kolej/Universiti.
Sehingga kini, penerbit tempatan hanya mampu menerbit buku dalam kategori Prasekolah hingga Sekolah menengah. Banyak penerbit kecil dan baru, menerbitkan buku untuk pasaran sekolah rendah. Penerbit tempatan yang lebih kukuh pula, kuat di pasaran sekolah menengah seperti Sasbadi, Pelangi, Cerdik, Oxford Fajar.

Bagi tahap STPM, ini diterbitkan oleh penerbit yang punya hubungan antarabangsa - Pearson Malaysia dan Oxford Fajar. Lebih sukar subjek itu, lebih besar penerbitnya.

Jika kita masuk ke peringkat Pendidikan tinggi, majoriti buku-bukunya adalah diterbitkan oleh nama besar seperti ;
  • McGraw-Hill
  • Wiley
  • Taylor-Francis
  • Pearson
  • Cengage
5 penerbit utama ini menguasai pasaran buku teks Universiti dan Kolej di Malaysia. Jika kita lhat, mereka ini setiap satunya mempunyai beribu-ribu tajuk speciality dalam semua bidang pendidikan tinggi, dari falsafah, kepada kejuruteraan, perubatan hinggalah kepada sains sukan dan sebagainya.

Inilah satu kelebihan strategik yang dipunyai oleh penerbit antarabangsa. Bisnes penerbitan buku teks kolej/universiti ini stabil, dan konsisten dari tahun ke tahun selaras dengan perkembangan pendidikan tinggi.

Berbanding dengan bisnes buku umum (general book trade), yang sangat bergantung kepada tajuk-tajuk Hit. Jika tahun itu tiada tajuk Hit, maka sangat sukar untuk memberikan prestasi perkembangan yang baik.

Bagi banyak pengimport buku teks kolej & universiti Malaysia, tentangan paling kuat mereka adalah isu pemain dari Singapura. Kebanyakkan penerbit antarabangsa menggunakan syarikat-syarikat di Singapura sebagai agen/pengedar mereka. Walhal, pasaran utama mereka adalah Malaysia (Indonesia & Thailand banyak menterjemah!). Tetapi, harus melalui kutipan tol di Singapura.

Banyak pengimport ini sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk melangkau Singapura, dan mendapatkan hak agensi/mengedar terus ke Malaysia. Mereka percaya, jika diberikan hak terus, mereka dapat menjual lebih banyak buku dan mengutip lebih banyak untung.

Tanda-tanda awal telah mula nampak; contohnya dari segi Pesta Buku. Dalam tahun 80-an, semua perpustakawan, pensyarah dan ahli akademik akan turun ke Singapore Book Fair untuk melihat dan memilih buku terbaru. Kini, semuanya berlaku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Malah, semua agensi/pengedar dari Singapura akan membuka gerai di Malaysia.

Saya doakan kejayaan rakan-rakan dari Malaysia ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hologram Al-Quran KDN; Satu Bentuk Cukai Baru Kepada Pembaca Al-Quran.

KEMASKINI. Tambahan satu poin lagi tentang cukai dua kali, dan sedikit edit. ----------------------- Bermula pada 1 November ini, KDN telah memperkenalkan sticker Hologram yang mesti dilekatkan kepada semua Al-Quran yang ingin dijual di Malaysia. Rujuk kepada berita http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-al-quran-berpelekat-hologram-dilulus-kdn/ Menurut KDN, ini untuk mengatasi masalah Al-Quran yang tidak 'sah' dijual di Malaysia. Dari segi niatnya memang bagus dan patut kita semua sokong. Tetapi, dari segi pelaksanaannya, kami mohon supaya dibuat kajian yang lebih dalam. Malah, saya rayu supaya menteri KDN yang selalu tersenyum itu supaya membatalkan warta ini. Kenapa kami bantah stiker Hologram itu? Banyak perkara tersirat, tidak ditulis dalam berita itu. Saya mula dengan satu analogi: Seorang penjual ayam ditangkap di pasar Keramat kerana menjual ayam tidak disembelih kepada orang Islam. Serta merta menteri mengumumkan semua ayam di seluruh...

Ebook di Malaysia tahun 2017 (Part 1/4).

Hari ini, pembaca tempatan dalam bahasa Melayu, yang mahu buku dalam format ebook sudah ada pelbagai pilihan. Servis ebook dalam bahasa Melayu boleh dikelaskan kepada beberapa jenis; Pay Per Download (PPD), atau dipanggil juga a la carte, Subscription atau dipanggil juga sebagai ebook buffet, Pinjam dari perpustakaan digital (elibrary), dan Self publish platform yang rata-rata menawarkan pembacaan secara percuma. Semua bergantung kepada jenis buku yang kita mahu, dan bajet.   A. Kategori Pay Per Download, atau a la carte. Konsep yang paling awal, dan paling difahami oleh pembaca ebook. Pilih ebook, bayar dan ebook yang telah dibeli akan kekal dalam pustaka anda (selagi platform itu masih hidup). Di Malaysia khususnya, pemain utama konsep ini ialah Google Play Books . Google Play sudah terbina dalam setiap telefon Android.    Dalam Google Play, pilih Books.    Kemudian pilih Books in Malay.   Ada beribu-ribu tajuk bu...

Kedai buku terpakai - satu penilaian semula

Sengaja digunakan tajuk klise yang biasa dipakai dalam kertas akademik. Akhir-akhir ini saya cuba mengumpulkan buku-buku biografi individu dan juga syarikat media utama dalam dunia. Kebanyakkan buku ini pernah terbit dalam tahun 80an (era 'greed is good' ) dan 90an (era 'internet bubble' ). Sangat sedikit yang boleh dicari dalam kedai buku besar. Saya terjumpa beberapa tajuk dalam subjek ini di kedai-kedai buku terpakai. Sistem penjualan buku hari ini tidak membenarkan banyak buku mempunyai jangka hayat yang lama di rak. Kedai buku besar biasanya hanya mahu menjual frontlist (buku baru), bestseller dan juga backlist yang evergreen sahaja. Ini realiti peruncitan buku hari ini. Untuk mencari buku-buku lama, dalam konteks ini terbit lebih dari 3 tahun lepas dan kurang popular, kita perlu pergi ke perpustakaan atau kedai buku terpakai. Rare book itu subjek lain.