Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2008

FOTO sekitar majlis anugerah Popular Berita Harian 2008

Anugerah Pilihan Pembaca Berita Harian - Popular 2008

Maklumat tambahan. Untuk laporan rasmi mengenai keputusan Anugerah ini, sila rujuk kepada berita dalam BH . Semasa majlis anugerah ini, saya dapati agak ramai juga pengarang yang tidak hadir. Ada nama-nama besar seperti Datuk Zaid Ibrahim, Dato Fadzilah Kamsah (menghantar wakil), Datuk Harun Din (menghantar wakil), Adibah Amin (Khabarnya sedang sakit) dan HM Tuah yang tidak ada disitu. Jika mereka ini hadir, saya fikir akan membawa lebih prestig kepada Anugerah ini. Datuk Ong Tee Kiat, Menteri Pengangkutan yang menyampaikan ucapan beliau dalam bahasa Melayu yang pada pendapat saya, boleh dipuji. Bahasa Melayunya kemas, sebutannya tepat dan juga pilihan perkataan yang digunakan oleh beliau memang setaraf dengan majlis penganugerahan buku (walaupun beliau itu menjaga soal pengankutan). Secara retorik beliau bertanya 'Apa kaitan saya ini dengan buku?'. Jawapan beliau, ' saya juga pencinta buku seperti anda'. Ini tahun pertama, saya pasti tahun-tahun akan datang akan menja

Tun Mahathir Di Popular Bookfest KLCC

Tun Mahathir di KLCC semalam (Khamis, 29 Mei 2008) untuk majlis menandatangani buku beliau Selected Letters to World Leaders, yang diterbitkan oleh Marshall Cavendish. 70 orang pembeli dibenarkan untuk naik ke pentas dan mendapatkan tandatangan beliau. Selepas sesi tandatangan, beliau memberikan sedikit ucapan kepada hadirin. Selain mengucapkan terima kasih kepada Popular Bookstore, menurut beliau juga ini adalah kali pertamanya membuat sesi tandatangan bukunya seperti ini. Saya tidak terkejut dengan pengakuan ini, kerana sepanjang beliau menjadi PM, beliau tidak pernah sekalipun hadir ke pesta buku utama negara. Semasa ucapan terima kasih itu juga, beliau tersasul dengan merujuk kepada Datuk Abdullah (Kok Lanas) yang berada di atas pentas bersamanya, sebagai 'Datuk abdullah ahmad badawi'. Selepas itu hadirin tergelak bila beliau sendiri tersengih setelah menyedari kesilapannya (yang mungkin sahaja sengaja itu). Seterusnya, beliau ada menyatakan bahawa banyak lagi surat yang

Mustahil Menguatkuasakan Hak Cipta

Beliau dalam posting terbarunya bercakap soal trend baru dalam industri musik; music tax . Saya tidak mahu sentuh soal cukai musik ini lagi. Dengan menunjukkan beberapa trend dalam industri musik sekarang seperti; 1) majoriti pendengar memilih untuk muat turun musik mereka dari servis file sharing , walaupun ditawarkan alternatif untuk muat turun secara sah dengan mudah. File sharing hampir-hampir tiada kos kepada pendengar musik. 2) kebanyakkan syarikat rakaman besar sudah membatalkan DRM, kerana pelbagai sebab : kos, tidak efektif. 3) Mustahil untuk syarikat rakaman saman semua pengguna file sharing . Maka, beliau menyimpulkan model baru menjual musik ialah penganjuran konsert secara live oleh promoter. Musik berekod hanya dibuat untuk tujuan promosi dan diedarkan secara percuma menggunakan internet. Model lain yang saya nampak digunakan di asia masih mengekalkan penerbitan CD. Saluran menjual musik berekod tadi ditukar kepada mobile. Banyak CD yang diterbitkan di Indonesia dan Chi

FOTO Di KLCC

Beliau sedang tekun membaca bukunya. Saya tangkap gambar ini, didalam kedai kasut VINCI di KLCC. Sekitar jam 7PM, ketika orang sedang sibuk membeli kasut, atau mungkin juga sekadar sibuk melihat jualan murah dalam kedai kasut.

Kalaulah ini semua kertas putih..

Seorang rakan di Bookfest bercerita tentang sejarah hidupnya sebagai orang Sales dalam indistri ini. Beliau sudah bekerja lebih dari 20 tahun menjual buku. Kini beliau adalah pengurus jualan di satu penerbitan multi nasional. Kata rakan-rakan lain, sekarang ada 2 penerbit yang menguasai pasaran buku kerja low-end untuk sekolah rendah, Unik Didik dan Marshal Cavendish. Kira hebat juga pengurus ini dalam memburu pasaran untuk buku terbitan syarikatnya. ------ Menurut beliau, kalau digalur susur akar semua penerbit buku teks sekolah di Malaysia ini, puncanya ada 2. Satu kumpulan datang dari Delta. Antara anak-anak dari Delta ini termasuklah Sasbadi. Kemudian, ada satu kumpulan lagi. Bapanya Preston. Anak-anaknya juga ramai di pasaran sekarang. Dua kumpulan besar ini merupakan Raja dalam zaman mereka dahulu. Saya orang baru. "Apa maksudnya King itu?" Jawap beliau "Zaman dulu, satu sekolah yang besar boleh beri kita jualan sehingga lebih dari RM100K setahun. " Ini rupan

Melihat misi sosial kedai buku.

Jumaat lepas, semasa Gala Dinner Popular Bookfest 2008, founder kumpulan Popular ada menyebut "pada masa ini, kita mempunyai lebih dari 600,000 kaki persegi lantai pameran buku diseluruh negara". Kenyataan ini pada saya satu refleksi bagaimana beliau melihat kedai buku Popular boleh membantu meluaskan penyebaran ilmu kepada masyarakat. Bila digabungkan kekuatan kedai buku Popular, dengan kempen MCA Life Long Learning, ini betul-betul satu kombinasi yang baik untuk agenda pembacaan dan pendidikan.

Popular Book Fest 2008 - Jualan sampai RM20 juta ?

Saya menghadiri perasmian Popular Book Fest 2008 di Pusat Konvensyen KLCC jumaat lepas. Ramai rakan-rakan penerbit yang hadir disitu. Setelah lama tak jumpa, biasanya akan mula bertukar-tukar cerita tentang bisnes penerbitan sekarang. Oleh kerana sudah ada dalam Bookfest, maka cerita pertama yang keluar ialah komen tentang bookfest ini sendiri; 1) Menurut Popular, dijangka seramai 450,000 orang akan melawat tahun ini. Ini naik dari 300,000 dalam tahun 2006, dan 400,000 dalam tahun 2007. Kami tidak terkejut kalau lebih dari angka sasaran tercapai. KLIBF 2008 sendiri memecah 2 juta pengunjung, 20% lebih tinggi dari sasaran. Orang Malaysia gila cari buku! 2) Kehadiran besar-besaran penerbit China dalam dewan pameran. Malah, boleh dikatakan kini penerbit dari China mengusai pasaran buku bahasa cina. Tahun sebelum ini kita lihat buku Taiwan banyak di Bookfest. Kini gerai dari China jauh lebih banyak. Menurut rakan saya, ini kerana China menggunakan simplied chinese - manakala buku Taiwan m

Microsoft Book Search Dimansuhkan.

Projek Live Book Search, dan juga Live Academic Search dimansuhkan oleh microsoft. Ini diumumkan oleh microsoft dalam blognya disini . Microsoft tidak akan membuat scanning apa-apa lagi buku selepas ini. Apa yang akan dilakukan oleh penerbit yang memilih menggunakan platform Microsoft untuk mengindeks buku mereka. Sekurang-kurangnya belum ada penerbit Malaysia yang akan terpukul oleh keputusan ini (sepanjang pengetahuan saya). Ini kerana kebanyakkan penerbit disini menggunakan Google Book Search untuk mengindeks dan memberi akses kepada arkib buku mereka. PTS sendiri adalah satu partner awal di Malaysia untuk program ini. Menurut MS, mereka meminta supaya penerbit meneruskan usaha mengindeks dan mengarkibkan buku secara digital secara sendirian. Bagi penerbit kecil, kos untuk mendapatkan teknologi ini sangat tinggi. Saya tidak fikir penerbit kecil dan indie mampu menjalankan usaha yang sama secara sendirian. Projek book scanning seperti Live Book dan Google Book Search memberi teknol

Perak Minta Supaya Dasar Bahasa Inggeris Diubah

Dari Malaysian Insider, kerajaan Perak secara rasmi akan meminta Kementerian pendidikan untuk mengubah dasar lama pengajaran sainsa dan matematik dalam bahasa Inggeris. Perak calls for abolition of using English for Maths and Science IPOH, May 23 ─ The Perak state government yesterday urged the Education Ministry to abolish immediately the policy of using English to teach Science and Mathematics as it had failed to achieve its objective. Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin said the ministry should revert to the national language in the teaching of the two subjects to ensure that the students would have a better command of Mathematics and Science. "The state government will forward a formal request to the Education Ministry to reintroduce the national language in the teaching of Science and Mathematics," he told reporters after chairing a meeting of the State Executive Council. He said a study by Unesco revealed that the use of the nati

Adakah Buku Akan Jadi Seperti LP ?

Satu soalan yang selalu ditanya, bila saya ditemubual tentang topik mobile book atau google book search - dua servis yang digunakan oleh PTS sekarang. Pada pendapat saya, ini bukan soal buku dalam format bercetak yang kita biasa pegang. Lupakan soalan pertama ini buat sementara waktu. Persoalan yang lebih penting ialah pembacaan buku. Satu fakta yang penting dalam pembacaan ialah kedapatan buku (availability) . Orang tidak membaca kerana tidak bertemu dengan bukunya. Oleh itu, sasaran yang lebih tinggi ialah memastikan buku itu boleh didapati dari sebanyak mungkin format dan sumber. Sebagai penerbit, kita mahu menerbitkan buku dalam pelbagai format yang memnuhi keperluan pembacaan, dan memudahkan pembaca untuk membeli dalam format yang beliau suka - bercetak (paling dominan sekarang), mobile book, atau ebook. Seterusnya, baru saya akan menjawab soalan asal tadi. Saya fikir, format buku bercetak tidak akan hilang kerana pelbagai faktor - ia dominan, mudah, emosi, nostalgia, murah dan te

Pesta Buku Selangor 2008 Sedang Dirancang

Pesta Buku Selangor 2008 akan dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). Antara maklumat awal yang sudah ditetapkan adalah; Tarikh : 25 Julai hingga 3 Ogos 2008 (10 Hari) Lokasi : Kompleks PKNS, Shah alam Sebanyak 86 gerai pameran akan dibina di ruang pameran sebelah dalam, dan 24 unit lagi akan dibina di ruang lobi (sebelah luar) kompleks PKNS. Pihak penganjur menjangkakan yang Menteri Besar Selangor akan merasmikan pameran ini, sama seperti tahun lepas 2007. Pada pendapat saya, Pesta buku Selangor boleh dikatakan yang kedua terbesar selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Jika pihak penganjur berjaya membuat aktiviti A&P dengan baik, saya yakin ramai pengunjung sekitar daerah-daerah Selangor akan berkunjung ke Shah alam untuk membeli buku. Banayk daerah Selangor yang dipacu oleh komoditi. Pada zaman harga komoditi tinggi, penduduk di Selangor memang dianugerahkan rezeki yang baik oleh Allah SWT. Dalam tahun 2007, pelbagai agensi kerajaan seperti majlis ag

Mobile Book Dalam Portal Maxis

Projek yang hampir setahun dibincangkan anatar PTS dan pembekal teknologi mobile, Metadome kini dibawa oleh maxis dalam portal mereka.

Statistik Buku Yang Didaftarkan di Malaysia.

Kalau ada yang mengatakan orang tidak baca buku, ini adalah statistik dari perpustakaan negara Malaysia (PNM). STATISTIC OF BOOKS REGISTERED UNDER THE MALAYSIA’S DEPOSIT OF LIBRARY MATERIAL ACT, 1986 SUBJECT 2002 2003 2004 2005 2006 2007 Text Book 1,839 1,941 1,183 3,863 5,493 2,325 Children 3,200 3,420 1,003 2,470 3,929 5,040 Adult 2,001 2,268 2,539 3,977 5,141 3,658 TOTAL 7,040 7,629 4,725 10,310 14,563 11,623

Jalan Penuh Berliku

Sengaja tajuk posting gaya novel kerana fokus posting juga soal novel. Rujuk kepada Anugerah Pilihan Pembaca BH - Popular 2008 . Untuk kategori Bukan Fiksi = ada 7 dari 10 buku tercalon dari terbitan PTS. Untuk kategori Fiksi (buat masa ini hanya fiksi dewasa sahaja) = Nil. Kalau dikira, PTS sudah menerbitkan lebih dari 40 novel pelbagai genre :- inspirasi, klasik, cerita rakyat, sejarah, thriller, fantasi, sci-fi, metro(Syok!), literari, cinta islami (iNovella) - belum ada satupun yang menerima sambutan hebat hingga naik ke carta Top10. Dan ini adalah tahun ke-3 kami dalam pasaran fiksi. Pernah ada penulis kata, kalau mahu terbit buku bukan fiksi - pergi ke PTS. Kalau mahu terbit novel - pergi ke Alaf21. Saya akui bahawa persepsi ramai penulis ini ada betulnya. Kesimpulannya, bukan senang masuk dalam pasaran novel ini. Pada hari ini, dianggarkan sekitar 20 tajuk novel baru terbit setiap bulan. Kesemuanya mencari pembaca. Yang pasti, bagus untuk pembaca. Saingan ini akan menghasilkan

Bagus Kalau Ada Perubahan, kata Penerbit Buku Teks

Pagi tadi ialah majlis penyampaian LO untuk penerbit-penerbit yang menerima pesanan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 100%. Sekali lagi timbul cerita bahawa pengajaran sains dan matematik akan balik ke Bahasa Melayu semasa teh tarik beramai-ramai di kedai kopi hotel. Komen seorang penerbit "Bagus!". Menurut beliau "Kalau tukar, silibus akan disemak dan di naiktaraf. Kita boleh terbit buku baru" Penerbit buku teks rupa-rupanya suka kalau perubahan ini berlaku. Selain dari prospek menerbitkan buku teks baru, mereka juga boleh menjimatkan kos editorial. Untuk menerbit buku teks sains dalam bahasa Inggeris contohnya, mereka terpaksa menggaji beberapa orang konsultan editorial yang pakar dalam pengajaran sains dalam bahasa Inggeris. Majoriti konsultan ini sudah senior, dan sudah tua-tua belaka. Mereka datang dari generasi yang besar dan disekolahkan dalam sistem bahasa Inggeris dahulu. Jumlah guru pakar dengan skill ini tidak ramai, oleh itu harga mereka juga mahal. Kalau

Rakyat Malaysia Belanja RM5,395,840 untuk 1,197,920 SMS.

Dalam TheStar hari ini, rakyat Malaysia berbelanja sebanyak RM5,395,840 untuk menghantar 1,197,920 SMS bermula dari bulan Januari 2008. Mengikut konteks berita ini, saya percaya jumlah ini dibelanjakan untuk 29 buah rancangan TV yang menggunakan mekanisma SMS. Secara kasar, setiap rancangan menerima pendapatan sebanyak RM186, 063 dari SMS. Walaubegitu, rancangan super popular pasti menerima pendapatan yang jauh lebih tinggi dari purata ini.

Media internet semakin kredible : TPM jawab RPK secara rasmi

Satu trend baru, setiusaha akhbar TPM buat kenyataan media menjawap artikel dalam blog! Saya merujuk kepada surat dari TPM yang menjawab artikel yang dikeluarkan oleh RPK dalam blog terkenal beliau Malaysia Today bertajuk let's send the altantuya murderers to hell . Artikel asal RPK itu melaporkan teori-teori yang disebut oleh orang ramai mengenai penglibatan TPM dan isterinya. Seterusnya, Dato Tengku Sariffuddin, yang merupakan Setiausaha Akhbar kepada TPM telah membuat satu kenyataan akhbar rasmi untuk menjawap artikel itu. Isteri TPM, Datin Rosmah sendiri membuat kenyataan, dalam TheStar “Whatever you read on the Internet, don’t telan bulat-bulat (take it as it is). I guarantee that all the stories on the Internet about me are not true," “When I am patient and quiet, people resort to slander. I kept quiet previously thinking that people can decide for themselves but now even ridiculous stories are being believed. Fitnah (Slander) is not a small sin that can be easily forgi

Pasaran luar bandar - Lombong emas baru untuk penerbit.

Menurut satu laporan bertajuk consumer spending remains strong , disiarkan dalam Theedge baru ini, kita dapati bahawa kenaikan pendapatan isirumah utama berlaku di; Petani = naik 100% Pekerja kerajaan = naik 7.5 hingga 35% Pekerja swasta = naik 5.9% (paling rendah) Selain itu juga, laporan ini menunjukkan bahawa kenaikan pendapatan ini berpunca dari naiknya harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, padi. Selaras dengan kenaikan ini, hypermarket dan operator makanan segera seperti KFC akan membuka lebih banyak outlet di pekan-pekan kecil di Malaysia barat, Sabah dan Sarawak. Pemain-pemain ini semakin agresif keluar dari Lembah Kelang untuk menguasai pasaran retail yang bernilai lebih dari RM65 billion setahun. Mereka yakin bahawa kenaikan pendapatan isirumah, terutamanya di luar bandar, akan menimbulkan permintaan baru untuk pelbagai jenis produk moden yang dijaja oleh operator ini. Masanya sudah tiba untuk penerbit-penerbit juga untuk melihat dengan serius pasaran luar bandar i