Langkau ke kandungan utama

Jalan Penuh Berliku

Sengaja tajuk posting gaya novel kerana fokus posting juga soal novel.

Rujuk kepada Anugerah Pilihan Pembaca BH - Popular 2008.

Untuk kategori Bukan Fiksi = ada 7 dari 10 buku tercalon dari terbitan PTS.
Untuk kategori Fiksi (buat masa ini hanya fiksi dewasa sahaja) = Nil.

Kalau dikira, PTS sudah menerbitkan lebih dari 40 novel pelbagai genre :- inspirasi, klasik, cerita rakyat, sejarah, thriller, fantasi, sci-fi, metro(Syok!), literari, cinta islami (iNovella) - belum ada satupun yang menerima sambutan hebat hingga naik ke carta Top10. Dan ini adalah tahun ke-3 kami dalam pasaran fiksi.

Pernah ada penulis kata, kalau mahu terbit buku bukan fiksi - pergi ke PTS. Kalau mahu terbit novel - pergi ke Alaf21. Saya akui bahawa persepsi ramai penulis ini ada betulnya.

Kesimpulannya, bukan senang masuk dalam pasaran novel ini. Pada hari ini, dianggarkan sekitar 20 tajuk novel baru terbit setiap bulan. Kesemuanya mencari pembaca. Yang pasti, bagus untuk pembaca. Saingan ini akan menghasilkan pilihan yang pelbagai kepada pembaca novel.

Apa pun, kami berazam, dalam tahun 2009 nanti ada tajuk-tajuk novel terbitan kami yang masuk senarai Top10 !

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Statistik membaca rakyat Malaysia

Petikan dari Utusan hari ini, bawah entri USIM perkayakan buku tempatan.
------------------------

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htmOleh W. Rahimah DramanHasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India. Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar. Daripada 10,310 judul buku berdaftar setahun yang dihasilkan oleh perangkaan PNM itu pula, hanya 1,273 atau 32 peratus sahaja buku ilmiah yang dikategorikan boleh meningkatkan minda, inovasi dan keilmuan kepada pembaca. Yang lain adalah bahan bacaa…

Mari Cakap Soal Ekonomi Sekarang.

Debat soal kenaikan harga minyak antara Anwar Ibrahim dan Shabery Cheek pada 15 Julai ini akan diteruskan menurut TheStar.

Pada pendapat saya ini adalah perkara yang baik untuk politik Malaysia. Ada juga pendapat-pendapat yang mengatakan sebaiknya jangan diadakan debat ini dengan alasan tidak ada kebaikan untuk rakyat. Menurut laporan Utusan ini, lebih baik kita semua cakap soal liwat, atau Altantuya sahaja!

Kalau saya boleh bagi satu sebab : debat Anwar-Shabery ini akan menukar pemikiran orang Melayu tentang ekonomi.

Sebelum ini, politik Melayu hanya berkisar soal 'ketuanan', 'kedaulatan' - cakap retorik biasa. Politik orang Melayu tidak pernah dengan serius membincangkan isu pendidikan atau ekonomi yang sebenarnya penting kepada pembangunan bangsa. Ini berbeza dengan politik kaum Cina di Malaysia yang sangat mementingkan prestasi ekonomi dan kualiti pendidikan anak-anak mereka. Rujuk saja manifesto MCA dalam pilihanraya lepas.

Debat Anwar-Shabery ini berkisar pada topik…

Kedai buku terpakai - satu penilaian semula

Sengaja digunakan tajuk klise yang biasa dipakai dalam kertas akademik.

Akhir-akhir ini saya cuba mengumpulkan buku-buku biografi individu dan juga syarikat media utama dalam dunia. Kebanyakkan buku ini pernah terbit dalam tahun 80an (era 'greed is good') dan 90an (era 'internet bubble'). Sangat sedikit yang boleh dicari dalam kedai buku besar.

Saya terjumpa beberapa tajuk dalam subjek ini di kedai-kedai buku terpakai.

Sistem penjualan buku hari ini tidak membenarkan banyak buku mempunyai jangka hayat yang lama di rak. Kedai buku besar biasanya hanya mahu menjual frontlist (buku baru), bestseller dan juga backlist yang evergreen sahaja. Ini realiti peruncitan buku hari ini.

Untuk mencari buku-buku lama, dalam konteks ini terbit lebih dari 3 tahun lepas dan kurang popular, kita perlu pergi ke perpustakaan atau kedai buku terpakai.

Rare book itu subjek lain.