Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

Trend Dalam Pesta Buku 2009

Pesta Buku (PBAKL2009) tahun ini bakal menyaksikan sedikit penurunan dari segi jumlah pengunjung. Saya fikir jika dalam tahun 2008, kita menyaksikan hampir 2 juta pengunjung hadir, tahun ini kita mungkin akan menyaksikan sekitar 1.5 juta pengunjung. Jatuh dalam sekitar 20% hingga 25% pengunjung. Kita masih ada 2 hari, dan hujung minggu ini akan menyaksikan statistik sebenar. Kita belum nampak impak penurunan ini kepada penerbit dan penjual buku.

Saya juga melihat penurunan dalam jualan buku-buku berasaskan silibus. Ini mungkin sebahagian dari trend pengunjung hari yang yang sudah berubah. Kalau dulu orang masih berfikir bahawa 'buku' itu dalah buku kerja sekolah. Tapi hari ini orang menerima bahawa 'buku' itu lebih luas, meliputi pelbagai bahan bacaan yang luar silibus - untuk rekreasi, pengetahuan dan juga kepuasan intelek mereka. Ini trend yang sejajar dengan perkembangan pendidikan di kalangan masyarakat hari ini.

Google Book Search : Kebanyakkan Pembaca Semak 6 Muka Sahaja

Beberapa nota dari seminar dalam pesta buku kuala lumpur

Kebanyakkan pembaca baca 6 muka preview sahaja sebelum memilih untuk beli atau tidak sesebuah buku. Ini berdasarkan data dalaman yang dikumpul oleh GBS selama ini. Kebanyakkan buku dalam GBS mempunyai menggunakan 20% setting default untuk memberikan berapa banyak isi yang boleh diprebiu oleh pengguna.

Seterusnya, pembaca malaysia adalah pengguna tertinggi di asia, dan statistik malaysia diatasi oleh pengguna dari Indonesia dalam bulan October 2008. Pengguna indonesia kini ada pilihan lebih dari 40 ribu tajuk dalam GBS pada masa ini.

Setakat ini hanya MPH online sahaja yang dimasukkan sebagai kedai buku online malaysia, dan google sedang mencari kedai buku online lain yang sesuai untuk dimasukkan dalam sistem mereka.



p/s : Google maps malaysia edisi baru, telah dilancarkan 2 minggu lepas.

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Mungkin Tidak Dapat Hadir Ke Perasmian KLIBF 2009

Saya dapat berita mengatakan yang Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agung mungkin tidak dapat hadir ke pesta buku.

Saya merasa sedih jika Seri Paduka Raja Permasuri Agung tidak dapat hadir tahun ini.

Kami semua memang tertunggu-tunggu akan kesudian beliau untuk hadir. Ramai yang nak hadir, walaupun tak dapat jemputan rasmi tetapi ingin menyeludup masuk ikut teman-teman. Ada jabatan kerajaan yang call nak minta jemputan. Ada pencetak (printer) yang nak ambil cuti ikut datang - bila dapat tahu perasmian oleh beliau.

Buat pertama kalinya, pesta buku menerima penghormatan yang sungguh besar begini. Selama ini pesta buku hanya dirasmikan oleh timbalan menteri. Tahun ini adalah tahun yang terbesar dalam sejarah pesta buku, jika Seri Paduka Raja Permaisuri Agung sudi merasmikan pesta buku kali ini.

Saya sedang menunggu makluman rasmi jika berita ini adalah benar.

Secara peribadi, rasa rasa lemah semangat bila mendengar khabar ini. Sigh ....

Kementerian Hilang, Menteri Hilang dan Aktiviti Pesta Buku Juga Turut Hilang

Dalam sibuk-sibuk Najib menyusun kabinet barunya, jadual jemputan perasmian pesta buku juga turut menjadi huru-hara.

Ada banyak menteri yang dijadualkan hadir, tiba-tiba sudah bertukar. Ada juga kementerian yang hilang terus - bersama dengan menterinya. Habis semua aturcara yang gunkaan menteri bertukar.

Bagi ajwatankuasa pengelola, habis jadual aktiviti pesta buku selama 10 hari ini jadi huru-hara. Jadual dalam buku program yang sudah dicetak 2 minggu lepas, sudah tidak tepat lagi. Jadual di billboard dalam pesta buku juga berubah. Yang terkini dan boleh dikemaskini hanya tinggal jadual dalam website pesta buku : www.kualalumpurbookfair.com/aktiviti

Itu sahaja yang boleh diupdate dalam saat akhir begini.

Masa perubahan!

Persiapan Pesta Buku Giat Dibuat

Gambar pembinaan gerai di dewan tun razak 3 PWTC

Perang Retail Buku Melayu - Siapa Bakal Jadi Juara?

Sejak berita kemasukan Gramedia, banyak kedai buku tempatan mula bersiap sedia untuk menghadapai mereka.

MPH dan Popular sudah memulakan inisiatif mereka untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai kedai buku yang terulung di Malaysia.

Dari segi positioning, Gramedia cuba untuk menjadi kedai buku bahasa Melayu yang terbaik di Malaysia. Secara tradisionalnya, MPH dikenali sebagai kedai buku bahasa Inggeris, dan Popular adalah kedai buku bahasa Cina.

Tetapi hari ini, Popular dan MPH sudah mempunyai operasi bahasa elayu yang besar dan berkembang pesat pada kadar 30% setahun. Kemasukan Gramedia yang positioningnya begitu memberikan cabaran strategik kepada kedua-dua kedai buku ini - Siapa yang akan menjadi juara buku Melayu. Dulu ada 2, sekarang sudah jadi 3. Dan kata pepatah, 3 is too crowded.

MPH umpamanya sudah melancarkan peluru pertama mereka. Dengan kerjasama Harian Metro dan 8 penerbit tempatan, mereka melancarkan Top10 buku bahasa Melayu dan pelbagai ruang advertorial dalam harian Metr…