25 April, 2009

Trend Dalam Pesta Buku 2009

Pesta Buku (PBAKL2009) tahun ini bakal menyaksikan sedikit penurunan dari segi jumlah pengunjung. Saya fikir jika dalam tahun 2008, kita menyaksikan hampir 2 juta pengunjung hadir, tahun ini kita mungkin akan menyaksikan sekitar 1.5 juta pengunjung. Jatuh dalam sekitar 20% hingga 25% pengunjung. Kita masih ada 2 hari, dan hujung minggu ini akan menyaksikan statistik sebenar. Kita belum nampak impak penurunan ini kepada penerbit dan penjual buku.

Saya juga melihat penurunan dalam jualan buku-buku berasaskan silibus. Ini mungkin sebahagian dari trend pengunjung hari yang yang sudah berubah. Kalau dulu orang masih berfikir bahawa 'buku' itu dalah buku kerja sekolah. Tapi hari ini orang menerima bahawa 'buku' itu lebih luas, meliputi pelbagai bahan bacaan yang luar silibus - untuk rekreasi, pengetahuan dan juga kepuasan intelek mereka. Ini trend yang sejajar dengan perkembangan pendidikan di kalangan masyarakat hari ini.

Tiada ulasan: